KOMBO CINTA ~ Sophilea

PRE-ORDER KOMBO CINTA.
-
Harga yang tertera, adalah Harga Diskaun untuk PRE-ORDER KOMBO SAHAJA. Lepas tutup pre-order tiada lagi harga diskaun tau. Untuk order single tiada harga diskaun ya... Lebih berbaloi beli kombo.
-
Tutup Pre-order : 27/1/2018
Dijangka Post : Selepas 14/2/2018
-
PREORDER KOMBO CINTA.
KOMBO : RM57 SM/RM67
Harga Single:-
LOVE STORY RM33 SM/RM40 SS
CALON ISTERI BUAT SUAMI RM35 SM / RM42 SS



LOVE STORY
“Suka hati Han lah. Tapi nanti kalau Han tak bahagia, Han jangan cari kak long.”
Kak long bangun. Kain baju yang belum selesai berlipat di tinggalkan. Zhafhan menggeleng sendiri.
“Kak long bahagia tu boleh di cari selebihnya di tangan DIA yang satu.”
Dia bangun. Kewajipan kepada sang pencipta harus di tunaikan. Sekejap lagi asar akan berganti meghrib. Dan esok malam, statusnya akan bertukar. Dia akan menjadi suami kepada Rindu Harlina seandainya diizinkan Allah swt. Harapannya tinggi untuk membina sebuah mahligai yang akan di bawa sehingga syurga.
Perkahwinan itu bukan hanya satu hubungan antara dua manusia tetapi hubungan dengan agama dan Allah swt.
----------------------------------------------------------------------------
CALON ISTERI BUAT SUAMI
“Apa? Kahwin dengan anak datin? Biar betul? Anak datin tu gay ke apa sampai tak ada girlfriend?”-Haizi
“Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak boleh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim.” - Datin Zainab
Berat tugasan yang di beri. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat kerja begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima. 
“Mama nak suruh Nazim bernikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?”-Raja Nazim
Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim samada suka atau tidak.
Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata.
“Awak ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?”
“Saya nak makan sandwich yang ada ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?”
“Saya tahulah Mayonis tu apa. Mayonis tu leper-leper macam piring terbang. Lepas makan awak boleh terbang ke planet lain sebab duduk kat planet bumi menyusahkan orang.”
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment