KEKASIH SATU MALAM

LIMITED EDITION
HABIS TIADA REPRINT
HARGA RM38.00 SEM / RM40.00 SS
termasuk poslaju


sombong betul Tengku Qarl ni..

Sedang aku dan bonda terkekeh-kekeh ketawa sambil bersembang, tiba-tiba sebuah kereta sport Ferrari berwarna merah berkilat berhenti di sebelah gerai bonda. Aku terpegun. Eh, tak pernah-pernah ada orang pakai kereta sport nak beli pisang goreng cheese bonda aku! Emm, orang ni sesat jalan kut! Mungkin nak tumpang tanya.

Seorang lelaki yang segak berkot keluar dari kereta sport itu. Berkaca mata hitam, rambut yang stylo, wajah yang berkulit cerah telah memakukan mataku untuk terus memandang ciptaan Allah yang tersangatlah kacak ini. Si jejaka pun berjalan menghampiri gerai bondaku. Dup! Dap! Dup! Dap! Aku terasa seperti heroin filem tamil yang sedang dihampiri oleh heronya. 

Berhenti! Berhentilah! Ah, pecah jantung ku! Eh, yang aku nak dup-dap ni dah kenapa? Macamlah ada anak raja yang mencemar duli dekat gerai bonda aku ni. Aku cuba kawal ayu. 

Kini, dia berdiri betul-betul di hadapanku. Ya Allah, handsomenya dia. Kalau dia buka cermin mata hitam dia tu, mesti lagi kacak. Aku kembali penasaran. Sia-sia saja kawal ayu, tapi gagal.

Dan…sekelip mata aje lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya lalu disangkut di kolar baju kemeja putihnya yang sudah dibuka butang paling atas. Aku nyaris ternganga melihat kekacakan lelaki di hadapanku ini. Iqa! Kontrol ayu okey? Jangan tunjuk sangat kau tergila-gilakan mamat ni. Faham? Sekali lagi aku mengingatkan diri sendiri.

“How much this all pisang goreng cheese or what ever you call them?” Mak ai, angkuhnya soalan. Tahulah kau orang kaya, tapi perlu ke kau berlagak sebegitu rupa? Huduh kau tau? Suara dah sedap, tapi sayang berlagak! Terus peratus keterujaan aku merudum jatuh. Daripada 99.9%, terus jatuh ke 0.09%!

“Semua pisang goreng cheese ni RM900. Mampu ke?” soalku sinis. Sombong dibalas sombong, angkuh dibalas angkuh! Dengan manusia spesies yang ada kat depan aku ni, kena tunjuk action sikit. Baru dia tak rendah-rendahkan kita. 
“Excuse me? This is Tengku Uwais Zulqarlnaen lah. Setakat pisang goreng cheese you ni, I lebih dari mampulah. Seratus gerai macam you ni pun I mampu beli!” 
“Macamlah aku tanya nama kau,” gumamku sendiri. Mata mencerlung pandang tampang lelaki itu. 
“I beg your pardon?” lelaki itu memandang ku. Aku garu kepala, haih mintak beg pulak mamat ni. Di sini mana ada jual beg! 
“Apa beg? Sini jual pisang goreng cheese lah! Bukan jual beg Gucci or LG!” bidasku.
Dia tersenyum sinis. Aku mencebik. Huh

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment