CINTA UNTUK DIA ~ HANA EFRIENA


#MiniNovel1
#ZuriatCinta
#ReprintCetakanKe2

BAKI STOK TERHAD!
HABIS TIADA REPRINT LAGI!
HARGA RM43 SEM / RM50 SS
termasuk poslaju
BAYARAN HINGGA 15/1/2018 SAHAJA1
BANKIN BAYARAN KESALAH 1 ACC:
CIMB 12170003733207
MAYBANK 512343655328
Norshahidah abdul wahap⁠⁠⁠⁠
-
PM / Whatsapp:- 📲018-9666752

BUKTI BYRN, NAMA, ALAMAT LENGKAP dan FON NO


"Sampai bila nak juangkan ego tu, Raz?" selar Datuk Hamdan lembut.

Hiraz diam membatu. Tangan masih disilangkan ke dahi. Memerhati siling cantik di pejabatnya itu.


"Raz boleh aje buktikan pihak media tu salah. Raz boleh buat rawatan dan dapatkan keputusan kesihatan. Tu pun dah cukup untuk buktikan yang anak abah ni bukan mandul. Kenapa perlu dipaksa orang yang tak sudi, Raz?"

Bicara Datuk Hamdan ibarat angin lalu. Bibir Hiraz terconget senyuman penuh makna.

"Abah takkan faham.." Mendatar suara Hiraz. Belum sempat Datuk Hamdan nak bertanya lanjut, elok pintu dibuka rakus dari luar.

Hiraz tegakkan tubuh yang tersandar. Niat Marlia baru nak 'basuh' si suami itu kaw-kaw. Bila nampak wajah bapa mertuanya, niat terpaksa dibatalkan.

Pijar wajah Marlia bila perasan akan pandangan terkejut bapa mertuanya.

"A.. Abah, maaf. Mar ingat Raz tak ada tetamu." Hampir tak terkeluar suara Marlia. Datuk Hamdan senyum sambil jatuhkan kepala sekali.

Hiraz bangun. Betulkan kot di tubuh dan saat dia melewati si isteri, lancar saja bibir dia membidas.

"Selagi dia tak bagi abah cucu dan selagi dalam rahim dia tak ada benih Raz, Raz takkan mengalah. Abah jadi saksi." Hiraz memang bercakap dengan Datuk Hamdan, tapi mata si lelaki elok kerling wajah Marlia yang dah berubah tona.

"Aku ada hal. Kalau nak serang aku, bukan di hadapan abah. Show me your respect, darl.." bisik Hiraz lalu dengan selamba dia tarik daun pintu dan keluar.

No comments:

Post a Comment