CINTA 3 RASA

RM24.00 SM / RM27.00
POSLAJU RM8 SEM / RM12 SS

Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat buat Tengku Rayyan. Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan menyibukkan diri dengan urusan kerja.

Sikapnya ini menjadi kebimbangan di hati Ku Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan. Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tidak mungkin ada galang gantinya.

Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging, secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan Tengku Rayyan tidak mahu mengalah dengannya.

"Cik... Saya tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah. Assalammualaikum..." - Tengku Rayyan

"Tak guna. Dia kata aku ada mental problem! Arghhh... sakitnya hati aku!!! - Amanda Sofea

Amanda, dendamnya pada kaum lelaki tak pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh dipercayai. Kebenciannya pada kaum lelaki yang satu ini semakin membara kala bertembung dengan seorang lelaki yang digelar 'mangkuk ayun'. Harap muka sahaja kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah. Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering bergaduh dengannya itu adalah anak kawna baik mummynya, Datin Aminah. Semakin sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu . Sekerasnya dia menolak. Namun, masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku Rayyan dan Amanda bersatu.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment