DOKTOR CINTA

RARE
TERPAKAI TAPI KONDISI SGT BAIK. BACA SEKALI AJE.
HARGA RM40.00 SEM / RM48.00 SS 
TERMASUK POSLAJU 
-
ADA 1  SHJ.

Rumusan Kisah :
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah Tengku Iskandar dengan egonya. Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kalau itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model itu. Julia Hana yang mula rasa tergugat dengan Mazliana mula mereka-reka cerita untuk memburukkan Mazliana.
Diperangkap, difitnah, dihina, hilang kepercayaan dari insan-insan disayanginya membuatkan Mazliana membawa diri.

Petikan-petikan dari dalam novel :
“Saya jadi calon isteri dia sehari saja bos. Sampaikan saja terima kasih saya dekat bos besar tu. Lagipun selama ni saya jalan kaki juga. Tak ada pulak apa-apa,” kata Mazliana kemudian terus berjalan keluar. – m/s 120
Macam mana kau make over budak ni sampai aku pun tak kenal? Bagus betullah. Tak sangka mekap boleh jadikan awak macam Miss World.” – m/s 173
“Saya tak setuju!!! Ingat bertunang ni macam main pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan saya, saya tak nak kahwin dengan bos besar, faham tak???” jeritnya lagi sambil melepaskan fail merah ke meja. Bergema satu MM Holding. Itulah kau Maz, dulu tak nak baca betul-betul, main redah aje! Sekarang siapa dah buta kayu? Kau juga… - m/s 225
“I nak you ingat, jangan nak pandai-pandai rapat dengan Iskandar!!! Dia milik I dan akan selamanya jadi milik I! I takkan biarkan you sesuka hati rampas dia dari I!!!” Amaran daripada si minah lintah. Ala… ayat copy paste aje… Dah berapa kali nak cakap entah. – m/s 268
“Perasaan ni pelik sikit. Kadang-kadang dalam kes-kes terpencil yang memerlukan rawatan pesakit luar, perasaan kita mengatasi akal tapi sepatutnya akal perlu mendahului perasaan.” Ringkas dan padat pesanan penaja. Zikri tersenyum. Mazliana memang bijak berkata-kata. – m/s 332
“Kau tak nak ada cerita bukan-bukan atau hati kau berbisik sesuatu bila tengok aku bawa dia? Kadang-kadang kata hati kita pun pandai berlakon,” sindir Zikri. Dia Nampak kelibat Tengku Iskandar tadi di stesen minyak. – m/s 400
“Kalau bos besar terus terus layan saya macam ni, saya boleh mati, tahu tak? Saya dah tak sanggup nak sembunyikan rasa cinta saya, dan bos besar jangan salahkan saya kalau saya jatuh cinta pada bos besar!” – m/s 422
Julia Hana : Cinta I hidup I semua untuk dia. I sayangkan dia lebih dari segala-galanya. Kalau cinta itu untuk I biarlah hanya kita berdua di dunia ini. I akan sentiasa sayangkan dia, cintakan dia, dan di setiap nafas I hanya pelukan cintanya. – m/s 448
Tengku Iskandar : Saya seorang lelaki yang percaya dengan cinta… bagi saya cinta pertama adalah segala-galanya. Mencintai sesorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya dan saya mahu orang yang saya cintai memahami dan for love, I just can say I love you. – m/s 449

SINOPSIS BLKG BUKU
Mazliana Haji Nordin gadis yg hidup dgn 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yg sentiasa diamalkan dlm hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dala lakonan sbg tunang kpd mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...
Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?
Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?
Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik.
Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa.
Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta.
Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?
atau


WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment