CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 2 ~ KAT MARIAM

PRE ORDER
HARGA RM42.90 SEM / RM49.90 SS
termasuk postage


TEASER - CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 2

💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💚💙💚💙💚

" Diam Andika! Salah ke daddy kenalkan perempuan ni pada tetamu-tetamu kita. Daddy nak mereka berjaga-jaga supaya tak terjerat dengan permainan perempuan miskin ni!"

Terdengar tangisan Nia yang terlepas dari bibir. Bibir diketap menahan hiba.

" Permainan apa yang daddy maksudkan ni? Permainan apa! Nia tak pernah jerat Andi. Andi yang jatuh cinta dengan dia! And I love her!!"

Semua yang ada di situ tercengang. Andika bercinta dengan cikgu sendiri?? Wow! Zahira terkesima. Besar matanya melihat kekasih sendiri sedang meluahkan kata cinta pada wanita lain dalam majlis tunangnya! Dato Elias dan isteri termati kata. Semua ini gila! Semua ini tak betul! Anak perempuannya sedang dimalukan pada hari istimewanya.

Emil juga masih terperanjat dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Baru dia tahu mengapa Andika dan Nia bagaikan kenal antara satu sama lain sebelum ini. Rupa-rupanya mereka pernah bercinta. Jawapan yang dia cari selama ini sudah terjawab. Teka-teki pada soalannya telah lengkap.

" Lihat! Betul kan apa yang saya cakap?? Perempuan kampung ni dah sihirkan anak saya untuk jatuh cinta dengan dia! Anak saya sanggup melawan saya hanya kerana perempuan tak sedar diri ni!!". Encik Radhir rentap lengan Nia menarik hampir dengannya.

" Ahhh". Nia menahan pedih. Menyapu airmata yang deras mengalir.

" Lihatlah pakaian dia yang serba daif ni. Baju dari jalanan! Dari bawah sampai atas semua low class. Orang macam ni nak jadi menantu keluarga El Haj?? Bermimpi!!"

Bertitisan airmata Nia jatuh ke lantai. Dia yang dilihat sebagai barang pameran, menutup mulut menahan sendu. ' Dari bawah sampai atas semua low class!'. Ayat itu mencengkam dada. Bertaut kening menelan kata hinaan yang tertuju untuk dirinya.

Andika sudah tidak tahan dengan sikap biadab ayahnya. Semua ini patut dihentikan!

" Daddy stop it!"

Andika merapati Nia. Diangkat wajah naif itu mengadap mukanya. Bertembung mata mereka berdua ketika ini. Bergenang airmata Nia. Sayu...

" Jangan nangis sayang". Disapu airmata yang sedang mengalir. " Bukan kah saya dah beritahu pada awak jangan datang ke majlis ni. Kenapa awak datang? Sekarang lihat bagaimana awak dimalukan sayang". Bergetar bibir Nia menahan esakan.

" Saya akan kembalikan maruah awak semula". Andika menyapu lagi airmata Nia yang sedang turun. Menoleh dirinya pada tetamu-tetamu yang hadir. Mereka berdua menjadi barang tontonan sekarang ini. Andika alih anak mata pada daddy nya. Dia tersenyum sinis seakan mengejek perangai ayah sendiri.

Encik Radhir sedang menahan baran. Dilihat perangai anak yang tak habis-habis mempertahankan orang luar!

Suasana kini sepi... Sunyi tanpa suara manusia yang gemar menghukum tanpa tahu cerita sebenar.

Andika melihat Nia semula. Dia tersenyum. Dipegang tangan Nia erat. Kemudian sebelah tangannya menyeluk ke dalam saku seluar mengeluarkan kotak cincin berwarna merah.

Tetamu-tetamu masih berdiam. Masing-masing melihat tingkahlaku Andika yang aneh.

Andika pandang Nia. Digosok lembut jari manis wanita itu. Nia kelu tanpa bicara. Masih tersisa sendu tangisnya.

Andika ambil cincin yang berada dalam kotak itu dan perlahan-lahan menyarungkannya ke jari manis Nia. " Cincin ni untuk awak sayang. Dari Andika untuk Nia Iskandar". Nia sebak. Andika...

Zahira ternganga. Babak apa yang sedang dia lihat ni?? Andika sarungkan cincin tunangnya ke jari wanita lain??? Terbeliak matanya. Emil yang melihat adegan itu, membisu. Ikut hati, dia mahu menarik Nia pergi tapi Andika sedang hebat mempertahankan Nia. Jadi dia membiarkan saja.

Dato Elias menghampiri Encik Radhir. " Rad, apa semua ni?!". Dia naik angin. Keluarga mereka sudah jatuh malu. 

" Andika! Tanggalkan cincin tu! Cincin tu daddy beli untuk Zahira!! Bukan perempuan miskin tu!" . Encik Radhir meradang. Berombak dada tuanya. Semua darah naik ke muka. Dia sudah hilang sabar.

Andika menoleh melihat ayahnya.

" Senyum daddy. Daddy patut bersyukur kerana Andi dah jumpa cinta teragung Andi. Dan untuk pengetahuan kamu semua". Andika lihat pada para tetamu. 

" Sebenarnya apa yang keluar dari mulut daddy saya tadi, adalah satu pembohongan!"
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment