PELANGI UNTUK ARA ~ AZURA RASIDDIN

Pelangi Untuk Ara 

RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak)
POSLAJU RM8.00 SEM / RM12.00 SS

*******
Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

“Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don’t you dare... Kau tak ada hak.” – Ara
“In case kau terlupa, aku ni abang kau.” – Eiyad
“In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku.” – Ara
“Even we are not blood related, aku tetap abang kau.” – Eiyad
Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.
Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh.
Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka.
Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Do you still love me?” – Eiyad
“Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil.” – Ara
Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Di sebalik semua ini, Ara percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah antara dirinya bersama lelaki yang dicintai. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Semuanya tak mustahil.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment