KOMBO PANAS MEMBARA 3 + FREE NOVEL

PROMOSI BELI KOMBO HADIAH NOVEL FREE
KOMBO PANAS MEMBARA  3 + FREE NOVEL
Edisi Terhad ni uols..
Murah....Murah!!
RM90.00 SEM / RM95 SS 
termasuk poslaju
CEPAT! TERHAD KPD 50 SET SAHAJA!
-
WHATSAPP 010-4398892
.
* KEKASIH SATU MALAM - #FiruzShah
* DARA AISYAH - #MumLinz
* MR HOT DADDY - Mum Linz
_
.
DARA AISYAH
DARA AISYAH, hidupnya penuh dengan kisah duka. Hidupnya tidak seceria apa yang tergambar pada raut wajahnya. Dia terpaksa menumpang hidup dengan Mak Ngahnya sejak ibu dan bapanya meninggal.
Hidupnya yang kelam beransur-ansur berubah saat dia berkenalan dengan lelaki idaman hatinya iaitu Faiq Amzar ketika mereka masih di bangku sekolah. Dunianya berbunga-bunga dan dilimpahi cahaya bila melihat wajah idaman hati.
Furqan, kawan baik Dara dan merangkap adik kepada Faiq Amzar lah yang menjadi orang tengah dalam cinta sebelah pihak Dara.
Walaupun ditolak berkali-kali oleh Faiq, Dara tidak pernah mengalah.
“Budak kementot ni lah yang akan awak peluk satu hari nanti. Saya yakin, jodoh kita kuat.” Dara Aisyah.
Siapa sangka, doa Dara termakbul. Dan mereka disatukan kembali selepas 8 tahun terpisah. Dan Dara Aisyah perlu bertindak agresif untuk menggoda dan menambat hati suaminya yang dingin.
+ Awakkk.. Tolonggg.! ~ Kucing Merenyam.
Nama gelaran Dara yang disimpan di dalam telefon bimbit Faiq.
+ Kenapa? ~ Faiq Amzar
+ Saya terkunci... ~ Kucing Merenyam
+ Hah? Terkunci? Kat mana? Mama tak ada ke? ~ Faiq Amzar.
+ Saya terkunci dalam hati awak.. meowww.. ~ Kucing Merenyam
+ Gila ~ Faiq Amzar
+ Gila untuk awak, saya sanggup. ~ Kucing Merenyam
Berjayakah misi Dara Aisyah menambat hati suaminya? Tergodakan Faiq Amzar dengan gaya kucing parsi isterinya? Siapa pula Arabella pada Faiq? Semuanya bakal tersingkap dalam Dara Aisyah..-
-
=================
KEKASIH SATU MALAM
“CANTIK Iqa pakai inai. Sesuai dengan warna kulit Iqa. Putih kemerah-merahan,” ujar ibu saudara Akak Puteri atau lebih tepat lagi ibu kepada Tengku Qarl, Tengku Aiza. Dia yang bertanggungjawab memakaikan aku inai di jari-jemariku.
“Iskkk Iqa malulah. Bukan Iqa yang kahwin.” Aku masih berusaha mengelak dari diinaikan. Kenapa aku dilayan sebegini. Walhal aku hanya tetamu biasa abang Aryan. Aku juga diberi sepersalinan pakaian mewah berwarna cream. Dan anehnya, ia sedang elok di tubuhku. Kak Puteri ni mesti nak aku jadi pengapit dia. But, wait! Dia tak risau ke kalau aku overshadow keanggunan dia sebagai pengantin kelak?
“Jom!” Kak Puteri mencapai tangan aku lalu kami berpimpinan turun ke ruang tamu.
“Dia datang... jeng jeng jeng...dengan lenggang lenggoknya…” Semasa aku dan Kak Puteri sampai di ruang tamu, kedengaran suara-suara sumbang kaum lelaki mengusik kami. Aku jadi termalu-malu walhal yang menjadi pengantinnya ialah kak Puteri. Over mak!
Puteri yang disambut. Tetapi aku juga turut dilayan bagaikan permaisuri sehari. Aku dan Kak Puteri dipersilakan duduk di atas sebuah kerusi indah yang disediakan di atas karpet berwarna merah. Lebih tepat lagi pelamin! Bingung aku seketika. Sekarang ni siapa pengantin? Aku ke Kak Puteri, atau kedua-dua kami akan menjadi isteri abang Aryan? Tak relaaaa!
Aku mengeraskan tubuh cuba menentang ajakan Kak Puteri.
“Iqa, kenapa ni?” Kak Puteri mengerutkan dahi.
“Apa ni kak? Kenapa saya pulak kena duduk situ?”
“Haih awak ni, kan ini majlis kita.”
Oh no… no! mesti ada yang tak kena. Atau aku sebenarnya yang sudah mereng. Tidak faham apa sebenarnya berlaku.
“Kak!” Aku keraskan tanganku menentang. Semua mata mula terarah kepada kami. Kak Puteri kelihatan serba salah. Tapi ini soal maruah. Apa kes aku pula kena duduk dipelamin. Silap-silap nanti pelamin Kak Puteri akan menjadi pelamin anganku musnah!
“Iqa…” Satu suara lembut menyapaku. Tidak jauh dari belakang aku dan Kak Puteri.
Seperti terkena renjatan elektrik, Aku terus menoleh. Mataku bersabung pandang dengan sepasang matanya yang tajam menikam. Srett! Jantungku break emergency sesaat. Aku terkedu. Jantungku berdegup laju. Tapi tidaklah sampai ovariku pecah. Heart beat aku bertukar rentak. Jantung… dup dap! Dup dap! Cepat-cepat aku menundukkan kepalaku. Aku memejamkan mataku. Katakan tidak pada rokok! No, bukan! Katakan tidak pada tengku Qarl.-
-
===================
MR HOT DADDY
"Manda.. Manda..!"
"Wuhuuu....! Minyak panas dah sampai." Ilham Wazir memanggil manggil Amanda Aisyah.
"Tadi ada kat atas katil, ni pergi mana pulak." Gumam Ilham Wazir sendirian.
Amanda Aisyah yang menyorok di bawah katil pula sudah kesejukan. Bukan sejuk disebabkan aircond tapi sejuk takut. Berpeluh dalam dingin. Risau jika Ilham Wazir menjumpainya. Kaki Ilham Wazir yang berdiri di depan katil dipandang. Mata dipejam, seram.
Ilham Wazir menghayun langkah ke arah bilik air.
Pintu bilik air dibuka. Tiada
Kaki dihayun ke arah almari baju pula.
Dalam almari baju. Pun tiada.
"Manda.!!" Lagi sekali Ilham Wazir memanggil.
"Hisyy.. mana pergi ni?"
Kepala di garu, tiba-tiba matanya terpandangkan katil. Perlahan lahan kaki di bawa menuju ke katil. Dijengok ke bawah katil.

No comments:

Post a Comment