Firdaus Buat Jannah ~ DANISYARAHMAT



HARGA RM26.00 SEM / RM29.00 SS
Poslaju RM8.00 / RM12.00 SS

whatsapp 010-4398892
teaser.. MUNDAR-MANDIR Raiz Firdaus macam kucing nak beranak. Duduk salah berdiri terasa payah. Kepala tangga sudah beberapa kali dihentak-hentak dengan kakinya. Muka pintu sudah beberapa kali dijengahnya. Namun bayangan rombongan meminang tidak juga kunjung balik. Sekejap-sekejap kepala terteleng ke jam dinding yang tergantung di tiang seri rumahnya. Dari pagi sampai menginjak ke petang, bayang rombongan tidak juga pulang. “Hesy... pi meminang ka, pi makan kenduri?” Mulutnya tak henti-henti mengomel. Panjang muncungnya seperti cencorot kerana tidak puas hati. Bukannya pergi meminang Puteri Gunung Ledang, sampaikan berakar sudah punggungnya menunggu di kepala tangga ini. “Hai Jannah... nak pinang Jannah pun payah. Kalah pinang Puteri Gunung Ledang. Jangan minta hantaran mengarut sudahlah. Abang ni doktor manusia. Tak mampu abang sediakan kalau Jannah minta 7 dulang hati nyamuk.” Terkekek-kekek Raiz Firdaus ketawa. Gila apa cakap seorang diri? Nur Jannah punya pasal, hati Raiz Firdaus tidak tenang. Macam ombak tsunami gelora membadai dalam hati. Gambar Nur Jannah sedang mengayuh basikal itu ditenung lagi. Gambar curi yang sempat dirakam semasa Nur Jannah berbasikal pulang dari sekolah. Gambar gadis sunti belasan tahun. Ayu dan manisnya terpahat dalam memori. Kemudian beralih pula pada gambar Nur Jannah sedang memancing ikan di tali air. Itu gambar terbaru yang sempat dia curi-curi ambil semasa Nur Jannah tidak perasan. Lebar koyakkan senyum Raiz Firdaus saat melihat kereta Proton Saga merangkak perlahan berhenti di depan rumahnya. Belum pun sempat Hajah Fatimah memijak kaki ke tanah, Raiz Firdaus sudah meluru bertanya. “Macam mana mak? Jannah terima?” soalnya tidak sabar. “Mak dah pergi meminang Arlisa, anak kawan baik mak. Hujung tahun ni kamu nikah.” Raiz Firdaus terkesima. Mana munculnya nama Arlisa ini? Yang disuruh pinang itu namanya Nur Jannah, bukan Arlisa. Dia pandang Haji Sulaiman meminta pengertian. Bapanya itu hanya mampu menggeleng. “Sabarlah.” Tenang saja Haji Sulaiman memujuk. Raiz Firdaus terbata-bata. Tidak hadam dengan kata nasihat ayahnya itu. “Mak kamu merajuk. Mak Jarah tolak pinangan kamu. Lepas tu mak kamu pergi meminang Arlisa terus.” Akhirnya Haji Sulaiman memberitahu perkara sebenar. Lemah lutut jadinya. Yang dipuja siang malam itu Nur Jannah. Dari mana pula munculnya Arlisa dalam kisah cintanya? “Mak tak kira, kau kena nikah juga dengan Arlisa. Dia tu bukan calang-calang orang. Bakal menantu mak tu pensyarah undang-undang kalau nak dibandingkan dengan Jannah yang belum lagi habis belajar tu. Entah berjaya entah tidak nak jadi peguam, yang Mak Jarah tolak pinangan kau tu. Katanya Jannah belajar tak habis lagi. Dia tak mahu Jannah kahwin selagi tak dapat genggam ijazah.” “La... Firdaus sanggup tunggu dia, mak.” Raiz Firdaus bela diri. “Nak tunggu Jannah habis belajar???” Naik tinggi nada suara Hajah Fatimah. Mata mencerlung memandang Raiz Firdaus. “Masa tu kau pun dah beruban. Mak tak sabar nak timang cucu. Kau tu bukan muda lagi Firdaus.” “Tapi, mak...” rintih Raiz Firdaus. Belum lagi habis akalnya merayu, Hajah Fatimah sudah memotong cakapnya. “Kalau kau tak nak jadi anak derhaka, kau kena nikah juga dengan Arlisa.” Raiz Firdaus duduk terjelepok. Apakah dayanya lagi apabila Hajah Fatimah sudah menjatuhkan hukuman mandatori!

No comments:

Post a Comment