PROJEK SERAM MITOS

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Hasil gabungan 3 orang penulis
-AKMA SAIDON (MIYONGKKAE)
-EQBAL MOHAYDEEN (MARIA LABO)
-SUZANI NADZIR (MARYATI)


Ellzatul Akma

Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan setiap kali datangnya jelmaan yang menyerupai seorang perempuan itu, pasti datangnya dengan sepotong ayat sumpahan. Mampukah dia lari dari kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?

Kecantikan itu akan membunuhmu!/ MIYONGKKAE

Eiqbal Mohaydeen


Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

Di kala malam menjelma, dia datang memburu nyawa
/ MARIA LABO

Suzani Nadzir
Hidup Sastra dipenuhi perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?

Pabila keangkuhan memakan diri, kemaafan dituntut sehingga mati!/ MARYATI

Kesemuanya menghantui anda!!!
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment