KERINDUAN ~ PENA KAYU

HARGA RM24.00  SEM / RM27.00 SS
PROMOSI POSLAJU PERCUMA

#KERINDUAN 
Hati Dan Jiwaku Hanya Untukmu

◎ Hajar 'n' Din ◎
"Awak nak balik mana ni?”
“Balik rumah sayalah.”

Tiba-tiba saja Din mendekatkan wajahnya pada Hajar. Terhenti terus nafas Hajar. Kelam-kabut dia bangun dari kerusinya. Hajar jadi gerun bila diperhatikan secara dekat.
"Saya ada suruh awak balik ke?"
Soalan Din diikuti dengan tindakan merampas muk yang berada di tangan Hajar. Mujurlah Hajar tidak melatah. Hanya matanya yang terkebil-kebil dek kerana terkejut.
"Malam ni tidur sini. Jangan nak gedik sangat balik. Kalau mak saya tanya, saya nak jawab apa kalau awak balik? Ataupun awak sengaja nak saya kena marah?"
Balik salah, tak balik pun salah. Hajar tak tahu apa sebenarnya tujuan Din marah-marah bila melihatnya tadi.
"Buatkan saya segelas milo juga,” pinta Din dengan selambanya.
"Eh?"
"Sama tak nak milo eh. Saya nak milo macam awak punya ni. Lepas tu ambilkan sekali tin biskut kraker."
Muk Hajar diserahkan kembali. Kemudian Din menarik kerusi, menunggu milonya siap disediakan.
"Hajar," panggil Din bila melihat Hajar membuka satu bekas berjenama tupperware.
"Saya tak nak milo instant."
"Tapi milo saya tu instant. Tadi awak juga kata nak sama macam milo saya buat tu."

"Sekarang saya tukar fikiran. Saya nak milo + susu. Susu jangan letak banyak sangat, milo letak lebih tak apa. Tapi jangan terlebih manis. Saya tak nak dapat kencing manis. Biarlah muka saya saja yang manis.”
“Dia ingat aku ni bibik dia ke apa? Arwah abang Fadhil pun tak pernah buat permintaan macam dia,” keluh Hajar lagi. Bibirnya mulai memanjang menahan rasa.
"Apa dia, Hajar? Kuat sikit kalau nak mengumpat tu. Cakap depan-depan, jangan cakap belakang-belakang." - Din, bekas adik ipar Hajar

atau
WhatsApp 010-4398892




No comments:

Post a Comment