PENSYARAH HOT ITU SUAMI AKU

SOLD OUT!
BAB 8..

PENSYARAH HOT ITU SUAMI AKU..
Hari isnin adalah hari yang paling tidak disukai mana mana pelajar. Termasuklah Dewi Yusra. Tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa ramai student perempuan yang monyok, sedih. Yang menangis pun ada. Memang tersangatlah pelik.
"Hey, kau ni kenapa?" Soal Dewi pada salah seorang pelajar yang duduk di atas tangga sambil mengelap air mata.
Soalan Dewi tidak dijawab sebaliknya gadis itu meraung raung seperti orang gila.
Dewi Yusra mengundurkan langkahnya kebelakang, rasa takut hadir.
"Gila..!!" Rungut Dewi, langkahnya diatur laju ke kelas.
Sampai sahaja di kelas, Dewi bertambah pelik bila Diana dan Anisah turut termenung. Raut wajah mereka menggambarkan kesedihan.
"Weh.. korang ni kenapa? Mati laki?" Tanya Dewi belum sempat duduk. Rasa ingin tahunya berkobar kobar.
"Kau tak tahu ke Dewi? Lecturer hot dah nak kahwin." Terang Diana.
"Hahh!!!!" Terkejut Dewi. Terlepas buku yang dipeluk dari tadi.
"Haa.. kau pun terkejut kan. Aku ni rasa down sangat. Terus tak ada mood nak belajar." Mata Anisah berkaca kaca. Nampaknya kawan baiknya itu betul betul sukakan Aduka.
"Aku kalau dapat perempuan yang berani nak rampas Aduka aku tu, siap aku lenyek dia dengan lori simen." Sambung Anisah. Penumbuk digempal.
"Korang mana tahu ni? Gosip je kot." Dewi Yusra cuba menenangkan kawannya. Agak takut melihat reaksi Anisah. Confirm lepas ni dia kena tempah batu nisan awal awal.
"Gosip otak kau..! Satu U dah kecoh, kau je slow. Aku tahulah kau tak sukakan lecturer tu. Tapi, cubalah selami hati kami yang kecewa ni." Anisah sudah bangun berdiri. Ingin ke toilet membetulkan make up.
Diana menggeleng lemah.
"Dah lah Dewi, kau bukan tak kenal Anisah tu. Angin satu badan, nak nak bila pasal Aduka tu." Diana menarik lengan Dewi Yusra supaya duduk.
"Ni aku tanya, kau tak jawab lagi. Mana korang tahu pensyarah kerek tu nak kahwin?" Soal Dewi lagi. Sesak otaknya dengan persoalan.
"Ala.. kau ingat tak student IT yang couple tu. Ermm Fina dengan Farid tu. Diorang lah cakap. Diorang pergi butik, serempak dengan lecturer hot. Yang mengejutkan, lecturer hot tu dengan mummy dia tempah baju kahwin untuk majlis dua minggu lagi. Gila tak meroyan student yang duk tergila gilakan Aduka tu." Terang Diana panjang lebar. Ternganga mulut Dewi yang mendengar.
"What?? Dua minggu? Macam mana aku boleh tak tahu ni.." bentak Dewi di dalam hati. Dewi Yusra pantas berdiri. Ingin mencari Aduka. Ada perkara yang perlu dibincangkan.
Dewi Yusra mula melangkah laju tanpa menghiraukan panggilan Diana.
---------
Aduka menghempas kasar badannya ke atas sofa. Sungguh letih dirasakan hari ini, walaupun waktu belum menginjak ke tengahari. Macam mana tak letih? Masuk je dalam kotak parking staff, terus dia diserbu. Jenuh nak menjawab soalan. Rasa macam dah kalah artis diserbu wartawan.
"Apalah nasib, dapat wajah kacak pun jadi masalah." Aduka memicit batang hidung. Kepala mula berdenyut.
Dummm!!!
Kuat bunyi pintu ditolak kasar. Terhenjut bahu Aduka, terkejut.
"Astaghafirullah al azim.. Cik Nora. I ingatkan siapa lah tadi." Aduka mengurut dadanya yang terkejut. Bagai mahu melompat jantungnya keluar. Seorang wanita yang berambut curl dengan berbaju kurung moden berwarna oren, tegak berdiri di muka pintu.
Seram melihat wajah Cik Nora iaitu salah seorang pensyarah di fakulti media massa, dengan maskara dan eyeliner sudah meluntur di sekitar kawasan matanya. Comot wajahnya dengan lipstik merah terang dan rambut juga berserabai. Aduka Eskandar mengundurkan langkah ke belakang beberapa tapak. Agak takut dengan panahan mata Cik Nora yang tajam.
"Kenapa you buat I macam ni, Aduka? You dah kecewakan I." Soal Nora sambil menenyeh matanya.
"I buat apa?" Aduka bertanya kembali. Dahi berkerut cuba memahami maksud Nora.
Jujur sebenarnya dia faham apa yang dimaksudkan Nora. Tetapi dia berpura pura tidak mengerti. Pensyarah itu sudah lama sukakan Aduka, sejak dia berpindah ke universiti ini beberapa tahun lepas. Aduka tidak pernah melayan mahupun menerima pemberian Nora setiap kali hari guru, hari jadi atau hari kekasih. Hanya Nora yang tergila gilakan dirinya. Mengembar gemburkan cerita yang Aduka Eskandar adalah bakal suaminya.
"Betul ke you nak kahwin? Siapa I di hati you Aduka? Apa I ni tak cukup cantik ke? Tak cukup seksi?" Soal Nora bertubi tubi.
"Whoaa.. slowly. Calm down Nora. I just nak ingatkan you, before this pernah ke I declare yang you tu girlfriend I or my future wife? Not kan. So, how could you blame me. I never love you Nora. Never.." tegas suara Aduka sambil berpeluk tubuh. Kepala makin berdenyut.
"And yes.. I akan berkahwin dengan pilihan hati I." Sambung Aduka tidak menghiraukan Nora yang sudah teresak esak.
Nora pantas meluru dan memeluk kejap badan sasa Aduka.
"Eh.. apa ni Nora." Tangan Aduka menolak badan Nora yang sudah melekap ke badannya.
"Please Nora. Don't do this." Tangan Aduka masih cuba melepaskan rangkulan Nora.
"Oppss.. sorry ganggu." Dewi Yusra menutup kembali pintu bilik Aduka, selepas matanya menangkap adegan yang kurang menyenangkan.
"Dewi!!! Masuk..!!!" Bagai halilintar suara Aduka, begitu kuat. Terlepas rangkulan Nora.
Dewi Yusra tidak jadi menutup pintu, kaki dihayun perlahan menapak masuk ke ruangan Aduka yang mula berbahang panas.
"So, Nora. Please get out of my room. I ada hal dengan my student." Nora masih tidak berganjak menatap sayu ke dalam anak mata Aduka.
"Nora.. please.." Aduka mengangkat keningnya sebelah. Agak rimas dengan kelakuan Nora.
Nora menghentak hentakkan kakinya sebelum keluar, sempat dijeling Dewi Yusra bila berselisih.
Dummm!!! Nora menghempas kuat pintu bilik Aduka. Aduka hanya menggeleng kesal.
Elok pintu tertutup, terlepas ketawa dari mulut Dewi yang ditahan sedari tadi.
"Itu Cik Nora ke hantu kak limah?" Dewi meneruskan tawanya. Perutnya ditekan tekan, senak bila ketawa terlalu banyak.
Aduka yang mendengar kata kata Dewi turut ketawa. Ada ke patut samakan Nora dengan hantu kak limah? Dewi.. Dewi..
"So.. ada apa datang sini?" Tanya Aduka sebaik ketawa Dewi berhenti.
"Hmmm.. encik dah tahu belum majlis kita lagi dua minggu?" Jawab Dewi Yusra.
"What?? 2 weeks? Mana Dewi tahu? Gosip je kot." Balas Aduka bersahaja.
"Bukan gosip lah encik. Ni mama encik yang cakap."
"Hahh??? Tak mungkinlah. Bila awak jumpa mama? Jangan nak kelentong eh minah ketot."
"Don't call me minah ketot. Dan saya tak kelentong." Dewi Yusra mendengus geram dipanggil minah ketot.
"Encik ada pergi butik kan? Encik ada jumpa sesiapa tak yang sembang dengan mama encik?"
Aduka mengangguk. Seingatnya ada satu pasangan yang sedang fitting baju.
"Couple tu student U ni. Fina dan Farid. Diorang cakap, mama encik yang beritahu encik nak nikah lagi 2 minggu." Terang Dewi Yusra.
"Tapi mama cakap majlis 5 bulan lagi." Aduka kurang mempercayai kata kata Dewi.
"Encik... akad nikah lagi 2 minggu and majlis resepsi yang lagi 5 months. Huhh!!" Dewi mendengus lagi. Susah bercakap dengan orang yang tak nak dengar cakap.
"Serius Dewi.. Awak jangan main main. Now, Ikut saya pergi jumpa mama. Kita tanya mama terus, senang." Laju Aduka mengheret tangan Dewi. Sebelah tangan mencapai handphone dan kunci kereta di atas meja.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment