HATI YANG TERSAKITI

RM21.00 SEM / RM24.00 SS
Adam… Walau sebaik mana dia melayani seseorang wanita itu, dia tetap gagal. Gagal dalam percintaan. Dua kali putus cinta membuatkan dia pasrah dan reda. Jika ada jodoh pasti dia akan bertemu dengan wanita yang memang sudah ditakdirkan buatnya.
Farhaini… Hidup sebagai seorang adik angkat membuatkan dia tersedar sesuatu. Batas pergaulan di antara dia dan Abang Idham terlalu besar jurangnya. Hatinya merintih kerana cinta yang mekar tidak dapat dipupuk. Kesudahannya dia hanya memendam perasaan sehinggalah dia bertemu lelaki itu. Lelaki yang membuatkan hidupnya berubah warna.
“Habis tu encik nak bawa saya pergi mana?” – Farhaini
“My house.” - Adam
Pertemuan yang tidak disangka itu membuahkan satu perasaan indah dalam hati Adam. Dia berusaha untuk mengenali dan mengambil hati Farhaini. Jarak umur 10 tahun tidak membataskan Adam untuk jujur dengan hatinya.
“Sebenarnya saya nak minta tolong awak untuk berlakon jadi kekasih olok-olok saya. Untuk satu hari je.” – Farhaini
“Saya setuju. Tapi, dengan satu syarat.” – Adam
Adam mengambil peluang itu untuk menawan hati si gadis. Perhubungan mereka berjalan lancar dan seperti apa yang diharapkan Adam. Tetapi, dia tidak sedar. Kerana kejujuran dan sikapnya yang terlalu menyayangi itu akan memakan dirinya sendiri di kemudian hari.
“Katakan satu hari nanti saya ada buat sesuatu yang menyakitkan awak, apa yang awak akan buat?” – Farhaini
Kata-kata itu bukan sekadar soalan tapi, lebih kepada mahu bersedia. Hubungan yang dirasakan indah itu rupanya dibina atas dasar penipuan. Adam rasa dirinya diperbodohkan.
“Awak pernah tak fikir tentang perasaan saya bila awak buat keputusan untuk jadikan saya sebagai kambing hitam? Awak pergunakan perasaan saya untuk kepentingan awak sendiri. Unbelievable!” – Adam
“Saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma…” Farhaini
Cuaca tak selalunya indah. Begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Di manakah nilai kasih sayang jika hanya sebelah pihak yang menunjukkan kesungguhan? Masih adakah harapan untuk Farhaini memujuk sekeping hati yang telah disakitinya? Dan mampukah dia menerima satu berita yang tidak dijangka?

atau
WhatsApp 010-4398892


No comments:

Post a Comment