Valet Cinta ~ Khairy Tajudin

VALET CINTA ~ Khairy Tajudin
Rm20 (SM). RM22 (SS)
Postage SM , RM8

Mengandungi 20 buah cerpen percintaan patuh syariah yang manis-manis bergula lagi bersemut.
..ada yang touching habis
.
Sekejap dulu tular pasal valet doa. Sekarang ada Valet Cinta.
Kata Khairy Tajudin, "Fattah Amin adalah sumber inspirasi saya untuk guna judul ini."
Terima kasih kerana memilih cerpen DAN SERU PUN TIBA untuk dimuatkan dalam Valet Cinta: Berapa saya kena bayar untuk parkir di hati awak?
Requote Khairy Tajudin:
- Antologi VALET CINTA memaparkan cerpen-cerpen cinta yang patuh syariah. Hah? Ada ka cinta patuh syariah? Eh, mestilah ada. Ada dalam antologi ini.
- Cerpen pertama, “Jadikan Aku Bidadarimu” oleh Yana Arissa, cinta bersulam romantis dan seram. Baca sampai habis baru tau, mengapa si awek ini terlalu obses dengan lelaki idamannya. Ada juga awek yang gila sampai begitu ya?
- Cerpen kedua, “Kerana Kau, Syurga Buatku” oleh Afifah Razak, buat saya touching. Huh, comel je lelaki macam saya ni touching baca cerpen, kan?
- ada lagi dan lagi dan lagi...
- Selak lagi, jumpa pula cerpen “Dan Seru Pun Tiba” oleh Saodah Lasim.
“Wati, saya nak berkenalan dengan Wati. Selama ni saya tak nampak Wati. Mungkin saya buta. Wati pun, mungkin tak nampak saya. Katarak di mata kita mungkin sangat tebal. Sampai kita perlukan tangan lain untuk operate mata kita.”
“Mulai sekarang, saya, Kamal Redza, ingin mengenali Wati dengan lebih erat. Bukan setakat berkenalan malah saya bermohon semoga Allah permudahkan bagi saya untuk mengambil Wati menjadi suri hidup saya. Dan anak-anak Wati, sebagai anak saya.”
“Subhanallah... Kak! Angguklah kak!”

kata Khairy Tajudin: MANIS BERSEMUT!
- Selak lagi, jumpa cerpen “Cinta, Bersabarlah” oleh Maizura Muhamad buat saya jatuh cinta dengan pantun:
“Pinang tua beraga-raga, pinang muda bertemu hati, orang tua mengada-ngada, orang muda apatah lagi,”
“Berpetang di rumah Pak Leman, hajat di hati memikat bunga di taman.”
“Berakit-rakit ke hulu, sambil membawa buah kundang, cerminlah diri tu dulu, jika tak ingin kecundang,”
- Cerpen oleh Dr Mahyudin Diagnosis - Setulus Kasih Patin Tempoyak - memaparkan keenakan ikan patin dan planning suami mengenakan isterinya pada ulangtahun birthday. Ada unsur-unsur twist di situ.
- “Ada jual cinta tak? Kalau ada. Tolong bungkus satu. Lepas tu kasi ikat kejap-kejap ye. Tak nak ikat tepi nanti tumpah pulak. "
Pandai pulak Nadz Zumierah ni buat ayat-ayat manis dalam cerpen “Bungkusan Cinta.”
- Cerpen oleh Deana April Nurdiyanah Dzulkarnain, "Bidadariku". Penulis terus mengekalkan rentak romantik, cayang-cayang ucuk diselit touching atas pengorbanan suami isteri.
- Cerpen “PENCINTA DAN PENDOSA” oleh Norillah Abdullah Hassim penting untuk dibaca oleh awek-awek supaya tak mudah terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan wali.
- Terharu membaca cerpen “WASIAT DARI KAMAR BANDUAN AKHIR” oleh Dhodhenn Rasa. Touching beb! Seorang suami sanggup dipenjara kerana mencuri demi untuk menanggung kos pembedahan buah pinggang isterinya. Sedangkan, isteri itu telah menuntut cerai ketika si suami di dalam penjara. Dan, isteri tu tak tahu pun, bekas suaminya itulah yang memberikan buah pinggangnya kepada bekas isteri.

Fuh, ini sebahagian sahaja cerpen yang saya sempat ulas. Ada beberapa buah cerpen lagi yang sangat menarik, yang perlu kalian baca!

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment