Pre Order Julai Idea Kreatif

Pre-Order Untuk Novel keluaran Julai 2017....
harga seperti dlm poster di atas

1. TAJUK : Masih Aku Terasa
PENULIS : Dhila Asyfa 


SINOPSIS : 
Tersedar dari koma, Jasnita tertanya-tanya tentang status dirinya sebagai isteri Ezzat. Lelaki itu pula, sukar berterus-terang bila ditanya berkaitan masa lampau.

“Saya kenal lagilah macam mana rupa tangga, tingkap, pintu, katil.” – Jasnita
“Tapi masih tak kenal Ez lagi, kan?” - Ezzat
“Sekurang-kurangnya awak kena bersyukur sebab saya masih hidup.”- Jasnita.

Segalanya makin mengelirukan dengan kemunculan Amzar sebagai Along Ezzat. Setiap apa yang diluahkan lelaki itu menambahkan rasa curiga di hati Jasnita. Apatah lagi dia merasakan kewujudan dirinya seperti tidak direstui. 

Demi meneruskan kehidupan, dia cuba menerima diri Ezzat dengan sepenuh jiwa walaupun persoalan demi persoalan timbul tanpa jawapan. 

“Jadi, Jas masih rasa Ez ni lelaki asing ke?”
Lelaki asing? Awal-awal dulu aku rasa macam itu tapi bila dah kenal Ezzat, bercakap dengan dia, aku dah tak rasa asing. Dia memang mudah bertolak ansur dengan aku walaupun kadang-kadang aku banyak buat dia naik angin.
“Awak suami saya, kenapa nak rasa awak lelaki asing pula?” Aku balas soalan Ezzat.
“Kalau Jas anggap Ez sebagai suami, Jas tidurlah dengan Ez.”
Terkelip-kelip aku pandang Ezzat. Tidur dengan dia tu maksudnya apa?

Berjayakah Ezzat meyakinkan Jasnita yang mereka memang saling mencintai? Dan mampukah Ezzat menghalang Amzar daripada meracuni fikiran Jasnita?

*********

2. TAJUK : Kerana Lamaran Itu (LIMITED EDITION - online sahaja)
PENULIS : Chérie Xuanza
SINOPSIS : 

Walau tempoh perkenalan mereka sangat singkat, ia sudah mampu membibitkan rasa luar biasa di hati Nur Amal Humaira terhadap Haicarl. Dan apabila tiba-tiba si jejaka bermata hazel itu melamar, Maira terus saja setuju.

Menjadi isteri kepada Haicarl, makin hari dirasakan si suami penuh misteri. Tiada yang kurang pada layanan Haicarl tapi, kenapa Maira rasakan ada yang lompong dalam hubungan mereka? 

“You’re my sunshine, my rainbow, my starlight to my grey sky, Maira. Tak ada sesiapa pun yang pernah mendapat tempat istimewa di hati I kecuali you.” - Haicarl

Ayat Haicarl memang mampu mencairkan hati yang beku tapi kenapa Haicarl sering mengelak menunaikan ‘tanggungjawab’ sebagai suami? 

Rahsia yang tersimpan mewujudkan syak wasangka. Ditambah pula dengan kemunculan Irham yang menutut janji lama pada Maira.

“You’ve promised to marry me.” - Irham
Arrgghh!! Kenapa Irham datang menuntut janji saat aku terikat dan diikat rapi dengan lafaz akad seorang suami?

Mampukah Maira terus bertahan menjadi isteri kepada YM Tengku Ariff Haicarl yang penuh rahsia dan misteri?

“Am I a bad husband?” 
Eh? Kenapa tiba-tiba dia tanya soalan begini? 
“Perkenalan kita terlalu cepat. I bukan tak sayangkan you cuma I…”

Apa akan jadi pada hubungan mereka apabila rahsia yang disimpan mula didedahkan?

********

*** Pembelian Combo Lebih Jimat .
*** Kerana Lamaran Itu adalah Re-print semula. Versi baru dengan rombakan plot.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment