ITALY CINTAKU DI SINI ~ HASREEYATI RAMLI

PRE ORDER 
ITALI, CINTAKU DI SINI.

Print On Demand
Harga : 
RM 40 SM (termasuk kos pos)
RM 47 SS (termasuk kos pos
Tarikh tutup pre-order : 15 Ogos 2017.

Sinopsis :
Cerita mengisahkan tentang pergolakan seorang anak yang hanya inginkan kasih sayang seorang ayah. Namun pencariannya telah membawa Nur Angelia ke bumi Itali. 
Kemelut perebutan harta di dalam keluarga Tuan Mattheo menggundahkan jiwa Nur Angelia. 
Apakah cintanya bersulam kemewahan yang didambakan selama ini? 
Pastikan kisah cinta romantis di dalam kumpulan Mafia Itali ini menjadi pilihan anda.
Teaser...
"Lia, tunggulah kami!" jerit Ezra di belakangnya.
Lia berpaling ke belakang seketika dan mendapati penumpang di sebelahnya betul-betul berdiri di belakangnya sambil tersenyum memandangnya.
"I thought you might want to leave me without saying good bye," ujar lelaki tampan itu sambil menguntum senyum. Alamak. Dia harap aku kejutkan dia tadi ke? Tak ada maknanya. Tetapi dia tidak menunjukkan sikap sebenarnya.
"Oh sorry, I thought... well...you might want to sleep till those aunties wake you up!" sempat juga dia buat lawak. Iyalah. Pramugari yang ada mungkin boleh dikatakan seusia dengan mak cik-mak cik masih lagi dengan setianya melayani karenah-karenah penumpang yang ada dengan senyuman yang manis di bibir mereka. Entahlah kalau-kalau semua senyuman itu palsu atau tidak.
Lelaki itu tergelak kecil sambil membuat muka dan mengangkat bahunya. Dalam pada itu sempat menjeling ke arah mak cik-mak cik yang berada berhampiran dengan pintu keluar mereka.
"Naughty you!" ujar lelaki itu sambil tergelak kecil. Tinggi betul lelaki itu berdiri tegak di belakangnya. Namun ketinggian Lia sendiri 5 kaki 9 inci itu sendiri membuatkan mereka tidak jauh berbeza. Mungkin lelaki itu dalam 6 kaki 2 inci. Wah. Sempat lagi Lia berkira-kira begitu.
Lia hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Dia sempat menjengah ke arah teman-temannya. Ezra dan Jihah melopong memandangnya. Jeleslah tu. Tak ada maknanya pun kerana bagi Lia itu tidak mendatangkan sebarang kesan terhadapnya.
"Okey, ladies. Till we meet again, then," ujar lelaki itu sambil mengangguk seketika sebelum melangkah melepasinya. Cepat betul kaki panjang itu berjalan pergi. Tergesa-gesa pula tu. Hmm... selamat tinggal juga, hensem Italian! Jumpa lagi ya di dalam mimpi. Hmm... beranganlah kamu, Lia!
#bab8nakalnyalelakiitalian
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment