BIAR KITA TERUS SETIA

BARU. LIMITED EDITION
STOK TERHAD
HARGA RM55.00 SEM / RM60.00 SS
ternasuk poslaju


Biar Kita Terus Setia (Kesinambungan Biar Aku Yang Setia)
LIMITED EDITION
Penulis : Nani Yuhanna
Sinopsis :

Kesinambungan kisah Aki dan Jasmine dalam Biar Aku Yang Setia bersambung lagi. Aki yang dulunya beku kini sudah berubah laku. Menjadi terlebih penyayang apabila Jasmine melahir zuriat mereka yang kedua. “Awak jangan macam-macam ya? Ingat sikit yang saya ni tengah berpantang.” - Jasmine “Sayang ikut ajaran mana ni isteri tengah berpantang suami tak boleh peluk?” - Aki

Pun begitu, lautan mana yang tak bergelora. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Selisih faham berlaku apabila Jasmine rasa sangsi dengan si suami.

Lebih membuatkan Jasmine geram apabila salahnya pula yang sang suami nampak. Penat bawa anak ke klinik sendirian, balik rumah kena marah tanpa usul periksa. Siapa yang tak geram dan sakit hati. “Kenapa suruh Yui naik atas? Biarlah dia kat sini.” Jasmine tak puas hati. “Tak apalah, dia pun nampak macam mengantuk je.” “Ahh..itu alasan awak je, kan?”Jasmine mendengus. “Sebagai langkah berjaga-jaga, sayang. Tak elok anak kecil tengok aktiviti asmara ibu bapanya.” Aki sembunyikan senyum. “Bila masa pula saya nak berasmara dengan awak?” Mata Jasmine terbuntang.

Aku sudah melebar senyum. “Aki! Saya tengah marahkan awak ni tahu tak?!” Siapa sebenarnya yang mencelah dalam hubungan mereka yang membenih sangsi di hati Jasmin? Dan berjayakah Aki menepis kesangsian itu untuk membuktikan dia tetap setia pada yang satu?

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment