Semanis Tomato ~ Fresia

RM21.00 SEM / RM24.00 SS
SINOPSIS
Takdir Zafeeya dengan kaum Adam tak pernah indah. Bapanya bencikannya dan dia halimunan di mata lelaki-lelaki lain. Seringkali merasa tersisih dan keseorangan, dia gunungkan ego, dia keraskan hati agar ianya kebal untuk disakiti. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan sinar cinta. Pertemuannya dengan Andriy tanpa dijangka telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Demi memberi peluang kepada dirinya sendiri, dia belajar untuk keluar dari zon selesa. Egonya cuba direndahkan, hatinya cuba dilenturkan demi menjadi yang terbaik buat Andriy.

“Saya ni bukan jenis perempuan idaman kebanyakan lelaki. Saya cuma seorang pelukis. Bekerja sendiri, gaji tak menentu.” – ZAFEEYA.

“Saya tak kesah. Bukannya awak yang akan beri nafkah.” – ANDRIY.

Dalam niatnya yang tampak suci di mata Zafeeya, Andriy sebenarnya menyimpan satu rahsia. Dia tak mahu bernikah dengan gadis pilihan emaknya. Namun, dia tak punya restu keluarga untuk mengahwini kekasihnya, Shasha. Dengan persetujuan Shasha, Andriy mengatur satu rancangan. Dia akan mencari seorang gadis lain yang cukup ego, keras hati dan tak mudah jatuh cinta untuk dinikahinya. Luarannya, niatnya nampak mulia; mahu berkahwin sebelum bercinta. Hakikatnya, cinta yang tak terputik sebelum kahwin itu akan dia kekalkan sehingga Shasha kembali kepadanya. Jika saling tak mencintai, dia yakin dia mampu melepaskan gadis itu pergi tanpa rasa bersalah.

“Aku bukan nak mainkan dia. Aku cuma nak cipta hubungan yang rigid antara kami berdua. Cukup setakat dia terima aku untuk jadi husband dia, tapi tak ada perasaan cinta.” –ANDRIY

Sayang, takdir punya rancangan lain baginya. Pelan yang dirasakan mudah hampir memakan diri sehingga Andriy terpaksa tamatkan segalanya dan belajar untuk menerima kehadiran Zafeeya dalam hidupnya. Namun, bayang rancangan kejinya terus menghantui apabila Shasha yang sepatutnya berada di luar negara tiba-tiba pulang ke tanahair untuk menghadiri majlis perkahwinannya dengan Zafeeya.

“You can’t live without me. I know that. Lambat-laun nanti I yakin you akan ceraikan dia.” – SHASHA

Kepercayaan Zafeeya terhadap Andriy lantas teragut. Saat Zafeeya menjauhkan diri, Andriy kian merasakan dirinya tipis dengan harapan. Walau kini dia ikhlas, niat yang pernah keji tetap memakan diri! Tetapi di sebalik semua kejadian itu, terselit hikmahnya. Seperti masamnya tomato, ada terselit rasa manisnya. Ikuti kisah mereka dalam Semanis Tomato.

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment