IAN NAURA ESHAN~ Dhiyana

PRE ORDER DIBUKA SEHINGGA 19/3/2017

OFFICIAL COVER MINI NOVEL - LIMITED
IAN.NAURA.ESHAN
RM38.00 SEM / RM37.00 SS
termasuk postage
HANYA DIJUAL SECARA ONLINE SAHAJA!

ADA BONUS CERPEN SUAMIKU ENCIK COMOT!! BEST! CERITA YG SANTAI DAN PERCINTAAN YG SIMPLE.

*PENGHNTARAN INSHAA ALLAH APRIL 2017*
Random Teaser
IAN.NAURA.ESHAN
" Bila kita dah besar nanti, kau jadi pengapit aku masa kahwin nanti eh. " pinta Ian. Tumpuannya masih lagi di buku latihan sekolah.
" Siapa bakal jadi pengantin kau? " Eshan kembali menyambung kerja-kerja sekolah yang cikgu berikan.
" Naura. "
Dengar saja sebaris nama itu, terhenti gerakan tangan Eshan. Dia kembali memandang Ian. Tubuhnya yang sedang meniarap sebentar tadi terus bangun dan duduk bersila pula.
" Kenapa Naura? " soal Eshan, tak berpuas hati.
" Sebab aku sukakan dia. "
Eshan semakin tak senang hati dengan jawapan Ian. Ian sukakan Naura? Tapi, Naura sukakan Ian tak? Tapi, kalau Naura pun sukakan Ian, macam mana? Melepaslah dia!
" Naura? "
" Naura? " Ian mengalihkan pandangan ke wajah Eshan. Dia pun turut bangun dari meniarap dan duduk bersila seperti Eshan.
Ian tersenyum meleret sehingga langsung tak kelihatan sepasang mata yang sepet itu. " ... Naura pun suka kat aku. Semalam dia cakap semasa di kelas komputer. Bahagia kot dapat berkongsi komputer dengan dia. "
Eshan semakin tidak keruan. " Habis... aku macam mana? "
" Kau macam mana apa? Kau jadi lah pengapit aku. " tempelak Ian.
" Mana aci! Aku pun nak kahwin dengan Naura. Nak jaga dia sampai lah dia tua. " luah Eshan.
" Kalau macam tu, kau jadi pak guard kat rumah aku jer lah. Kau boleh jaga dia sampai lah ke tua. Kita bertiga sama-sama merangkak tua. " provoke Ian.
******************

PRE-ORDER DIBUKA SAMPAI 19/3/2017. Hasil karya novelis CINTA SI WEDDING PLANNER, ANUGERAH CINTA DARIPADA DIA, PAKEJ CINTA KOMBO & PENGANTIN TANGKAP MUAT
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment