Combo Xuanza

KOMBO 
BERNAFAS TANPAMU & BERNAFAS BERSAMAMU
RM80.00 SEM / RM90.00 SS
termasuk postge

SINOPSIS : BERNAFAS TANPAMU
Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak. “Kenapa pilih Fi?" “Because you’re too precious to lose.” Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku. “Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang pulak?” “Kumpul pahala pun tak nak?” Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya. Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga. Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan. “I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.” “Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?” Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah. “Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.” Itu kata Nadine, jadi apa pula kata Aidan? Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?



SINOPSIS : BERNAFAS BERSAMU
Raja Aidan Dzakirin dan Nadine Saffiyah. Kisah sadis perkahwinan mereka sudah lama berakhir dalam BERNAFAS TANPAMU. Pada dasarnya, mereka nampak bahagia. Namun, ada yang masih belum cukup buat Nadine.
“Apa lagi yang tak cukup, Nadine Saffiyah?” -Aidan

“Apa lagi tak cukup?! How could you say that to me?” - Nadine
“Sugar…” - Aidan
“Don’t sugar me if you don’t mean it.”- Nadine
Apa sebenarnya yang Nadine mahu dan apa sebenarnya yang belum cukup ialah cahaya mata. Dia rasa dia tidak sempurna buat Aidan tanpa anak. Dan Nadine tak puas hati bila cadangannya untuk melaksanakan ‘Plan B’ ditolak Aidan.
“I don’t make love to you because I want a baby. I want a baby because I love you. Got it?” - Aidan
Namun, ianya tidak habis di situ. Nadine tertekan bila dapat tahu Leia sudah punya anak dan sudah bercerai dengan Irham. Lebih membuatkan dia insecure ialah anak Leia panggil Aidan papa.
“Abang pernah cakap kan? I’ll be fine as long as you’re with me. Abang dah cukup bahagia bila Fi ada di sisi. I don’t need anyone else. All I need is you. That’s enough for me.”- Aidan
Sumpah janji Aidan belum cukup buat Nadine. Dia mahu juga menjayakan ‘Plan B’.

Apa yang Nadine lakukan untuk ‘memaksa’ Aidan bersetuju dengan rancangannya? Dan adakah ianya berjaya seperti yang dirancang?
WhatsApp 010-4398892
atau
atau

No comments:

Post a Comment