Bidadari Salju ~ Mia Kiff

RM36.90 sem / RM29.90 ss
postage RM10.00 sem / RM13.00 ss
1000ms +++

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”.

Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?

“Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik.

“Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! 

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga

 WhatsApp 010-4398892
atau
atau

No comments:

Post a Comment