Alahai Miss Blur ~ Ayra Zahra

ALAHAI MISS BLUR 
RM27.00 SEM / RM30.00 SS
RM8.00 SEM / RM12.00 SS
“ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Kau orang berdua ni dah tak ada kerja lain ke hah?” soal Puan Fauziah dengan wajah yang cukup marah. Akid dan Awatif saling berpandangan seketika.

“Kak Awa ajak Akid bersenam, mummy,” jawab Akid dengan selamba.

“Senaman apa macam ni? Yang kamu ikut aje Kak Awa kamu tu kenapa?” Geram pula Puan Fauziah dengan anak-anaknya.

“Akid, Awa apa ni buat bising malam-malam buta? Waktu macam ni orang dah masuk tidur, kamu berdua main apa ni?” tegur Encik Fathudin pula. Sungguh dia terkejut melihatnya. Dalam masa yang sama juga dia ingin tergelak melihat kerenah anaknya.

“Senamanlah ni, mummy daddy. Alah, sekali sekala aje Awa buat senaman rupa ni. Takkan tak boleh kut,” jawab Awatif dengan selamba.

“Baik kamu berhenti sekarang dan matikan laptop kamu sebelum mummy campak laptop kamu luar rumah. Cepat,” arah Puan Fauziah dengan tegas.

“Mummy ni tak sporting langsung, kan Akid?” bebel Awatif. Dengan pantas dia menoleh ke belakang dan menekan butang pause. Muzik video yang tadi rancak kedengaran terus sepi.

“Entahlah, mummy ni. Nak senaman sikit pun tak boleh,” jawab Akid pula. Dia terus melangkah menuju keluar dari bilik Awatif.

“Bukan tak boleh nak lakukan senaman tapi biarlah kena dengan waktunya. Ini dah tengah malam anak-anak oiii...” Puan Fauziah mengeluh dengan berat.

“Sudahlah tu, mummy. Dia orang dah berhenti pun. Sekejap lagi tidurlah tu,” jawab Encik Fathudin.

“Kalau sekejap lagi mummy dengar kamu pasang lagu tu kuat-kuat, taulah nanti. Ingat tu,” gertak Puan Fauziah. Awatif memandang wajah orang tuanya.

“Yalah, mummy.” Dengan rasa kecewa, Awatif menjawab. Selepas itu, Puan Fauziah dan Encik Fathudin berlalu meninggalkan bilik Awatif. Melihat saja orang tuanya masuk ke bilik, Awatif bergegas mengunci pintu biliknya. Dia kembali menyambung semula tarian senamannya tadi. Dia memperlahankan volume pada muzik video tersebut. 

Tujuan asalnya hanya satu. Untuk membakar lemak yang sudah mula berada di badannya. Inilah padahnya apabila duduk di rumah goyang kaki sahaja. Selera makan bukan main tinggi lagi. Awatif sememangnya menyukai masakan mummynya. Kalau dibiarkan, mahu jadi tong drum nanti. Tak dapatlah Awatif nak menyarung kebaya nyonya.

PAGI itu, Awatif dikejutkan dengan panggilan telefon. Pada mulanya dia agak waswas untuk menjawab dek dia tidak mengenali nombor yang tertera di skrin. Namun selepas dua kali deringan, terus dia menjawab. 

“Alhamdulillah, dapat temu duga jadi setiausaha,” ujar Awatif dengan gembira sekali. Apabila diberitahu melalui panggilan telefon sebentar tadi, Awatif tidak mampu untuk berkata-kata melainkan melompat dengan gembira. Sekarang ini memang sukar sekali untuk mendapatkan kerja walaupun ada kelulusan yang tinggi. Kebanyakannya bergantung kepada nasib dan hari ini merupakan hari bertuah buat Awatif apabila namanya tersenarai untuk ditemu duga nanti. Awatif berlari menuju ke tingkat bawah. Dia ingin berkongsi berita gembira tersebut bersama mummynya. Dengan laju sekali Awatif menuruni anak tangga. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu mummynya. Awatif mencari Puan Fauziah di ruang tamu tetapi mummynya itu tiada di situ lalu Awatif menerjah ke ruang dapur pula.

“Mummy... Mummy...” Awatif memanggil Puan Fauziah.

“Ya... Mummy dekat sini,” sahut Puan Fauziah yang sedang berada di belakang dapur. Awatif terus menuju ke arah suara itu.

“Mummy... Awa ada berita baik nak dikongsikan dengan mummy,” ujar Awatif dengan teruja sebaik saja berada di hadapan Puan Fauziah.

“Berita apa?” soal Puan Fauziah sambil merenung anak gadisnya. Dia memandang tepat pada wajah Awatif.

“Awa dapat panggilan untuk ditemu duga bagi jawatan setiausaha dekat Aspirasi,” jawab Awatif dengan teruja dan ceria sekali. Puan Fauziah terkejut. Aspirasi, desis hatinya. 

“Betul ke? Alhamdulillah. Bila temu duga tu?” soal mummy Awatif dengan gembira sekali. 

“Isnin depan, mummy. Awa rasa happy sangat dan pada masa yang sama Awa rasa takut juga. Ini baru interview, entah dapat entah tidak job tu. Bagaimanalah nanti dia orang interview,” ujar Awatif dengan gelisah. Walaupun hatinya melonjak kegembiraan namun dalam masa yang sama juga dia bimbang proses interview nanti.

“Janganlah takut. Awa kena buat research sedikit tentang company tu. Mummy doakan anak mummy berjaya dalam interview tu nanti,” ujar Puan Fauziah sambil mengusap kepala Awatif dengan senyuman.

“Terima kasih, mummy..,” balas Awatif lalu memeluk Puan Fauziah dengan erat sekali.

“Mummy, kalau lepas interview Awa dapat kerja tu macam mana?” soal Awatif dengan tiba-tiba.

“Kalau dapat syukur. Alhamdulilah. Kalau tak dapat, maknanya bukan rezeki Awa,” jawab Puan Fauziah. Awatif hanya mendiamkan diri.

“AWA, kau dah ready ke nak pergi interview Isnin ni?” soal Fatin yang sedang berdiri setentang dengan Awatif ketika ini. Mereka berdua baru saja keluar dari panggung wayang. Fatin merupakan teman baik kepada Awatif. Hubungan mereka berdua sememangnya akrab sejak dulu lagi. “Aku nervous tau, Fatin. Apalah nanti yang dia orang akan tanyakan?” soal Awatif lalu memandang wajah Fatin. Terserlah kebimbangan di raut wajah Awatif saat ini. Setiap kali memikirkan tentang interview itu, dada Awatif berdebar-debar. “Relakslah. Kau janganlah nervous semacam, nanti susah pula masa interview tu. Kau buat macam biasa saja. Kau buat presentation dalam kelas dulu okey aje aku tengok, so interview nanti pun kau boleh buat punya,” jawab Fatin sambil memberikan kata-kata semangat pada Awatif. Namun saat itu kelihatan Awatif seakan-akan blur tentang sesuatu. Dia memandang Fatin dengan pelik. “Presentation? Eh, interview presentation juga ke Fatin?” soal Awatif. kena buat.

“Helo, Cik Nurain Awatif a.k.a miss blur, kau ingat interview tu tak ada presentation ke? Kalau dia suruh ceritakan latar belakang kau tu samalah macam presentation,” terang Fatin. Awatif memandang wajah Fatin. 

“Kau faham ke tidak apa yang aku cakap?” soal Fatin sambil bercekak pinggang. 

“Oh, kalau dia orang tanya kita kena buat ala-ala presentation la, eh?” soal Awatif pada Fatin. 

“Yup, miss blur. Kau masa interview nanti jangan pula kau tayang muka blur kau tu ya bila dia orang tanya soalan. Aku pula yang runsing fikirkan kau,” jawab Fatin lalu melepaskan keluhan yang berat. “Pasal apa pula kau nak runsingkan aku? Cik Fatin, bukan kau yang nak kena interview, tapi akulah,” ujar Awatif. “Memanglah kau yang kena interview, bukan aku tetapi aku runsingkan dengan sikap blur kau tu yang kadangkala tak bertempat. Aku kenal kau bukan sehari dua Awa, dah bertahun tau. Aku masak sangat dengan perangai blur dan sengal kau tu. Ingat eh, kau jangan nak tanya soalan yang bukan-bukan nanti,” pesan Fatin sebelum melangkah. 

Awatif menganggukkan kepala dan turut berjalan seiringan dengan Fatin. 

“Eh, kejap-kejap, Fatin. Aku ni blur sangat ke?” soal Awatif dengan tiba-tiba sewaktu mereka berdua sedang menuruni eskalator. Fatin tersengih pada Awatif. 

“Tak adalah blur sangat tapi kadangkala ada juga blur kau tu tahap tinggi tambah-tambah kalau sikap dungu kau tu datang,” jawab Fatin dengan selamba.

“Ya ke? Aku ni dungu, eh?” soal Awatif seakan-akan tidak percaya dengan keadaan dirinya.

“Yalah...” Awatif hanya menjongket bahu. Ah, tak kesahlah blur ke, dungu ke. Ini adalah diri aku. Mummy selalu pesan supaya jadi diri sendiri, jangan jadi seperti orang lain, bisik hati Awatif.

“Errmm, Fatin kau temankan aku beli baju, eh? Aku nak cari baju untuk pakai pergi interview nanti.” Awatif menarik lengan Fatin sebaik saja ternampak salah satu butik pakaian yang ada di situ. 

“Boleh aje. Jomlah, aku temankan kau,” jawab Fatin dengan senyuman.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment