Rebut Hati Encik Duda ~ Ezdiani Abd Rahman

atau
WhatsApp 010-4398892
atau


REBUT HATI ENCIK DUDA
harga rm25.00 sem / rm28.00
Postage RM7.00 SEM / RM11.00


“Mak, malam ni Ziyad tidur sini ke rumah kita?” soal Ziyad kepada emaknya. 
Tok Zaki mengekek ketawa dengar soalan Ziyad. 
“Hang tak mau berkepit dengan bini hang tu ka? Orang lain kalau dah kahwin, sesaat pun tak mau lepas. Kalau boleh nak cepat-cepat malam.” Lantang sahaja Tok Zaki berkata. Perlahan-lahan kepalanya menggeleng.
Mak Piah dan Puan Hannah menyambut kata-kata Tok Zaki dengan ketawa besar. Ada-ada sahaja Tok Zaki. Berona merah muka Ziyad bila diusik begitu oleh Tok Zaki.
“Mak rasa bermalam di sini saja. Ambik masa untuk bersama Humaira.”
Ziyad diam sejenak. Beberapa saat kemudian dia anggukkan kepala. “Tapi, Qiesya macam mana?”
Mak Piah mendengus kuat. Alahai, anaknya seorang ni. Macam-macam yang dia fikir dalam kepala otak.
“Qiesya nanti kita fikir lain. Ikutlah dia nak tidur mana.” Mak Piah membalas sambil menggeleng kepalanya.
“Apa kata Qiesya bermalam di sini. Lagipun bilik kami luas. Boleh tidur dengan kami malam ni.” Ziyad mencari alasan agar dia dapat mengelak berdua-duaan dengan Humaira malam ini. Boleh jatuh imannya nanti kalau digoda Humaira. 
Tok Zaki hanya ketawa mendengar permintaan Ziyad. Kenapalah suami cucunya ini gelabah lain macam sahaja? Geli hati.

No comments:

Post a Comment