Lelaki Sehebat Dia ~ ban berahim

RM42 SEM / RM45.00 SS 

termasuk postge
bonus dalam buku ni. BELAHAN 2 JIWA versi RAYA

& fridge magnet
email mybizsantaishop / whatsapp 010-4398892

(Sinopsis)
****
Bang Berahim aka Baim tetiba meroyan apabila tunangannya menghilang tanpa kata. Pergi membawa diri. Konon2 menyambung pengajian tanpa sepatah pun mengucapkan selamat tinggal. Paling pelik, apabila sahabat2 yang lain menuduh Baim punya angkara sehingga 5 sekawan itu berpecah-belah.
Baim tiada tempat mengadu, melainkan Keen. Gadis Melayu ala2 tomboy yang pandai bersilat tiba2 juga menjadi mangsa. Izzul yang separuh spesis tiba2 menjadi jantan. Menyalahkan Baim dan Keen punca TT membawa diri. Iqbal, kekasih hati Keen pula buat tak endah.
Kecoh satu kampung dibuat angkara Izzul. Sampai ke balai polis jadinya. Baim tumpah simpati terhadap Keen. Dah TT pergi begitu sahaja, Baim putuskan tunang. Keen jadi ganti. Mereka nekad untuk hidup bersama, biar apa orang kata.
Malangnya, majlis kahwin tak settle pun lagi, datang pula bencana lain. Masa bersanding tu jugalah mereka dipisahkan. Ketika cinta meluap-luap dan rindu berlagu gundah, Baim dipaksa melafazkan talak. Apalah nasib Keen. Pada saat hati dah sepenuh cinta, sayang tidak terbilang, rindu pula yang jadi pelukan.
Apa jadi kepada nasib mereka? Mampukah Baim menebus khilafnya membahagiakan Keen? Jom ikuti LSD-BB kalau nak tahu kesudahan Baim dan Keen.

=======================

Lagi Sinopsis :-
Dah muka tak seindah bidadara, reda ajalah. TT tiba-tiba kata nak sambung belajar dan pergi macam tu saja.
Hati terpaling pada kaunter pertanyaan merangkap kaunter pengaduan a.k.a Keen. Mula-mula, tanya, lepas tu mengadu. Lepas tu jatuh suka.
Tapi, tak mudah nak dapatkan Keen juga rupa-rupanya. Perempuan tu macam berpagar halimunan di sekelilingnya. Ada IQ yang dah tentunya couple dengan Keen sejak sekian lama. Ada Izzul patah yang tiba-tiba mengaum jadi sado menuntut hak. Ada kisah-kisah di taska yang menjadi penentu hala tuju kisah cinta pelik mereka.
Peliklah, sebab Keen betul-betul jatuh cinta pada Baim hanya selepas Baim lafazkan ijab dan kabul.
Kahwin paksa? Taklah!
Cerai paksa? Mungkin kot?
mari kita lihat siapa yang kena©

No comments:

Post a Comment