Combo Sheisbell


pre order COMBO telah ditutup lebih awal. Koata telah penuh!

tunggu penghntaran Julai 2016

Pun begitu,  masih buka untuk sesiapa yang berminat membeli SAY sahaja dengan harga buku + pos.


SOMETHING ABOUT YOU
Harga Buku : RM33.00
Postage : RM5 sm/RM10 ss

email
mybizsantaishop@gmail.com
atau
whatsapp 010-4398892

SINOPSIS SEXY MAN ALIVE
Ini kisah cinta Taaj Rizkiey, the sexy man alive terhadap Mizmatulhuda dengan cara berbeza.

Pada Taaj Rizkiey, cinta itu adalah penerimaan. Sama ada seseorang itu sempurna atau banyak cacat celanya, cinta akan melengkapkan kelemahan seseorang. Bukan nak mengubah-ubah seseorang.
Pada Mizmatulhuda pula, cinta itu adalah pengorbanan. Sama ada rela atau terpaksa, seseorang itu sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangannya. Termasuklah kena berubah jika dituntut si cinta hati.
“Kenapa you tak boleh terima I seada diri I?” – Taaj Rizkiey
“You kata sanggup mati untuk I tapi you juga tak nak berubah demi I. Kenapa?”-Mizmatulhuda.
Baik Taaj Rizkiey atau Mizmatulhuda, antara mereka kena ada tolak-ansur. Maka, perkahwinan yang baru setahun retak berbelah-belah apabila kedua-duanya berkerat rotan tidak mahu mengalah.
Setelah dua tahun bercerai, muncul Aziem di antara mereka. Lelaki yang cukup pakej dengan suara mendayu-dayu, romantik sungguh.
Jangan salah sangka. Aziem bukan hendak mengambil kesempatan dalam hubungan tanpa nama antara Taaj Rizkiey dan Mizmatulhuda. Hadirnya merapatkan dua insan. Munculnya menyegarkan rasa yang cuba ditanam hidup-hidup. Dan kesempatan itu hadir bersama tawaran Aziem.
Terperangkap dalam keterpaksaan, Taaj Rizkiey dan Mizmatulhuda bersatu atas dasar professional. Yang tanpa sedar membajai jiwa dengan benih-benih cinta. Ikuti bagaimana dua insan yang melihat cinta dari sudut berbeza akhirnya bersatu kembali demi sebuah rasa yang bernama cinta.
Kali ini, perkahwinan semula Taaj Rizkiey dan Mizmatulhuda kembali disapa masalah yang sama. Apa tindakan mereka? Kembali kepada keputusan dulu, atau cuba pendekatan yang berbeza? Kena beli dan baca.


SINOPSIS SOMETHING ABOUT YOU
Cinta tidak pernah berbuat salah. Yang salah itu adalah apabila jatuh cinta dengan orang yang salah. Cinta mengkhianati Siti Azura sehingga terpenjara di bumi Afrika. Satu-satu jalan keluar dari negara asing itu adalah dengan mengukir bahagia sendiri.

Lantas, apabila Hairiel Rayyan membelinya daripada Aromo, Siti Azura sanggup disepak terajang, dimaki hamun dan diperlakukan seperti binatang. Apa sahaja demi satu doa. Kesempatan untuk menebus dosa dengan pulang ke pangkuan keluarga dan memohon ampun.
Anehnya, cinta berputik di hati Hairiel Rayyan melihat ketabahan seorang Siti Azura. Demi cinta, lelaki bengis seperti ular berbisa itu menjadi lemah dan sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya. Termasuk memenuhi kehendak Siti Azura untuk pulang bersama.
Apa yang berlaku setelah mereka pulang ke Malaysia? Masih adakah cinta di hati Hairiel jika Siti Azura berpaling tadah? Siapa sebenarnya Siti Azura itu? Mampukah cintanya berbalas setelah kasihnya berupa seksaan, pinangannya berupa hinaan, hantarannya berupa tamparan dan cincinnya berupa sebatan?
“Be my wife yesterday, now and for the rest of my life.”
Apa jawapan Siti Azura?

No comments:

Post a Comment