Selendang Dari Sadim




SELENDANG DARI SADIM 
Harga: RM19.00 SM/RM22.00 SS


POSLAJU RM7 sm/ ss
Genre :Horror mistik
Sekali selendang ini tersarung di kepala mu

Selama-lamanya kau akan menjadi milik ku

Blurb:
Rumiha yang menjadi mangsa kezaliman suaminya telah menemukan dirinya dalam lindungan dunia halus. Namun cinta terlarang yang terjalin antara mereka tidak mungkin disatukan dalam ikatan yang sah kerana masing-masing terikat oleh hukum alam.

Rumiha, bagaimanakan takdir wanita malang ini?
“Ya, aku lelaki durjana. Yang tidak kenalkan pahala mau pun dosa.
Tapi lelaki seperti dirimu, apa tidak bertaraf durjuna sepertiku?
Membiarkan isterimu menderita dalam penjara yang dirimu cipta.
Tidakkah dirimu juga termasuk dalam kelompok yang sama?” ~Daim

“Sekurang-kurang aku masih suaminya. Sedangkan kau, apa ada sebarang pertalian? Yang aku tahu kau memikul dosa kerana berhubungan dengan wanita yang sudah bersuami. Dan wanita itu adalah isteriku! ~ Hamad

“Dah puas bercengkerama?” suara Hasmad bergema perlahan. Namun cukup untuk membuatkan Rumiha gentar. Tahu suara itu berbaur sindiran.

Tambah mengecutkan tangkai hati bila hujung parang yang masih bersalut sarung kayu itu singgah di batang tengkuknya yang tersarung selendang putih bercorak bunga halus.

Tubuh Rumiha menggigil semakin kuat.“Patutlah setiap kali pulang ke rumah, aku tengok badan kau bersarung baju kurung.

Lepas itu badan kau bau wangi. Rupanya kau buat kerja terkutuk belakang aku?!” memetir suara Hasmad sehingga terangkat bahu Rumiha.

Tangannya semakin kejap menggenggam hulu parang. Sehingga jelas urat-urat tangannya yang kebiruan menimbul.“Abang Mad, Miha boleh terangkan...”

“Ya, aku cintakan isteri kau,” potongnya sebelum sempat Rumiha menghabiskan kata-kata.

“Cinta aku terhadap Miha, tak setanding air di lautan, tak termampu dikejar gunung mencecah awan. Cinta aku ikhlas. Tulus dari hati, bukan seperti dirimu yang memperjudikan ikatan suci itu demi hasutan nafsu,” tenang dia berbicara tanpa ada rasa gentar.

Tidak mengendahkan akibat yang bakal diterima.


 email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752


atau 

No comments:

Post a Comment