Asam Pedas Untuk Dia


ADAPTASI DRAMA dan NOVEL 

HARGA RM21.00
tambah RM6.00 SEM / RM10.00 SS



SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan seorang pembantu rumah separuh masa bernama Ainin Sofiya. Tugas Ainin Sofiya bukan sahaja mengemas rumah majikannya, malah urusan memasak juga turut diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, Ainin menyajikan masakan asam pedasnya dan ternyata air tangannya mendapat pujian daripada majikannya.
Namun, dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupanya.. Ziyad terpikat dengan asam pedas Ainin Sofiya. Bagaimanapun, Ainin Sofiya tidak menyangka, Ziyad ingin melamarnya, bukan kerana cinta tetapi hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia menolak lamaran itu, dan mahukan hasil kesenangan atas hasil usahanya sendiri.
Namun, setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil. Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.
Namun, sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya itu? Jiwa Ainin Sofiya tertekan menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun ikatan perkhawinan mereka sah. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya hingga takdir menentukan yang dia hamil anak Ziyad.

Berminat boleh 
email 
atau sms 

019-3658598

No comments:

Post a Comment