SEGALANYA UNTUKMU


HARGA RM15.00 
TERMASUK POSTAGE


Kenangan cinta memang indah untuk diingat. Momen-momen manis bagai berputar di layar ingatan. Ada air mata dan tawa ria. Begitulah lipatan kenangan yang disimpan Atia.


Cinta Atia pada Azali, hanya bertepuk sebelah tangan. Atia kemudian mengundur diri. Orang tak sudi, dia pun tak mahu menonjol diri.


Atia kemudian berkenalan dengan Nicky, seorang lelaki lembut yang memiliki sebuah butik. Layanan dan kemesraan Nicky telah memikat hati Atia. Nicky jatuh hati pada Atia yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Nicky berterus terang untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki sejati.


Malangnya, hasrat pasangan kekasih ini dihalang oleh Azali dan keluarga Atia. Akhirnya, hanya surat wasiat Nicky yang ditatap oleh Atia sedangkan lelaki lembut itu sudah pergi menemui ILAHI.

No comments:

Post a Comment