Sila Suka Saya


Harga: RM26 / RM29

Sinopsis:

Hana Qarmila tidak menduga cinta pertama tidak semanis gula. Pahitnya apabila yang di dalam gengaman itu sebenarnya bukan milik dia. Ditolak dan tertolak sangat menyakitkan. Rasa terhina dan malu tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Dirinya hanya diperlukan sebagai seorang ibu, tidak sebagai kekasih, jauh sekali isteri kepada lelaki itu.

Syed adwa ada seribu satu alasan menolak Hana Qarmila tetapi dia tetap keliru dengan perasaan sendiri. Terperangkap antara kasih saudara dan cinta yang bertunas kala hati tertutup selepas kematian isteri tercinta. Dia fikir dia perlukan Hana Qarmila hanya sebagai pengganti arwah Manisah di sisi anak tunggalnya, Syed Iman. Tidak yakin kasih dan cinta yang bertunas dalam hati tidak perlu minta izin kepada si pemilik hati. Itu hukum cinta yang dia belum mengerti.

Aideen si budak KL yang patah hati kerana ditinggalkan bakal isteri muncul kala hati Hana Qarmila tidak lagi punya ruang untuk diisi. Aideen yang tak pernah Hana Qarmila berkenan itu telah menyumbang satu kisah yang terus melekat dalam ingatan Hana Qarmila. Hana Qarmila memusuhi Aideen dan bencikan lelaki itu sungguh-sungguh. Namun Aideen memburu cintanya tanpa peduli Hana Qarmila meletak nilai yang mahal sekali. Nak hati gree A++ saja!

“Hana yakin ke yang Hana tak akan terpikat dengan saya ni? Saya dengar Hana suka tengok cerita Jepun. Muka saya ni tak ada iras hero Jepun yang boleh memikat hati Hana ke?”
“Cerita Jepun yang saya suka tu cerita kartun Doraemon. Hah, yalah tu muka awak ada iras muka Doraemon.”

Tidak pernah diduga hidup yang pada awalnya indah laksana warna pelangi itu jadi kelam tiba-tiba. Sejarah silam dan rahsia yang terbongkar membuat Hana Qarmila rasa dia tak punya apa-apa untuk layak menjadi rebutan dua lelaki. Kala perasaan sudah tak punya rasa, Syed Adwa muncul kembali menuntut cinta yang hanya tinggal sisa di hati. Sedangkan bersama Aideen Hana Qarmila rasa hatinya terisi. Antara Syed Adwa dan Aideen, Hana Qarmila jadi keliru. Siapa lebih suka dia dan siapa yang dia suka sebenarnya?

No comments:

Post a Comment