Aduh Bergetar Jantungku


Penulis : Cenderawasih
Harga : RM25.00 (SM) , RM28.00 (S/S)

POSLAJU PERCUMA [3-7 hari bekerja]
Tebal : 582 halaman

SINOPSIS

AMIRA / Ayang - Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN - Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”
“Jebon.” Amira masih selamba.
“Jebon?”
Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!
“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”
“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.
Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.
“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda...

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”
Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada. Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.
“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam. Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”
“Mak tuk...”
“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”
“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula. Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya. Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

No comments:

Post a Comment