KOMBO VIRAL dari 4 PENULIS BEST SELLER

Sinopsis
SIR, MAKE ME YOURS
Kahwin tanpa cinta? Pilihan keluarga? Klise kan? Tetapi itulah yang terjadi di antara Wafaa dan Adeef.
ADEEF ARYAN, pensyarah di universiti tempat isterinya belajar. Payah sebenarnya nak mengajar isteri sendiri. Ada saja benda yang tak kena. Bila dimarah, si isteri mogok bisu. Bila didenda, si isteri lancarkan perang dingin.
WAFAA IBITISAM, pelajar yang kuat tidur. Pantang ada kelas yang membosankan, dia akan jatuhkan kepala ke meja. Heaven! Kena marah? Itu perkara biasa. Janji bukan dari suaminya. Annoying!
Sikap mereka yang saling menyakitkan hati satu sama lain, menimbulkan rasa asing di hati masing-masing. Namun dengan munculnya Idora kekasih Adeef buatkan Wafaa berjauh hati.
"Make me yours forever if your heart for me." - Wafaa Ibtisam
"You already mine." - Adeef Aryan
"Cinta perlu dilafaz. Saya bukan nujum untuk ramal apa yang awak rasa." - Wafaa Ibtisam
Jika dirimu sayang padaku, ucapkan saja I love you..
🦋🦋🦋
HANA, MADLY IN LOVE WITH YOU
Hana dan Qaiser berkahwin setelah bertahun saling jatuh cinta. Tetapi sifat dendam dan amarah seseorang telah memusnahkan impian mereka.
"Kita berpisah, Hana." - Qaiser.
"No! Sampai hati abang buat Hana macam ni. Hana cintakan abang." - Hana
"Cinta saja takkan buat kita bahagia! Kita tak patut berkahwin." - Qaiser
Hana kecewa dengan Qaiser yang awal-awal menyerah langsung tidak berusaha. Qaiser pula terpaksa demi masa depan mereka.
Setelah bertahun tidak berjumpa, Hana dan Qaiser dipertemukan semula. Masing-masing menyimpan rasa tetapi kehadiran Salina di samping Qaiser dan kehadiran Naqi buat Hana tersepit.
Sekiranya Qaiser bukan untuknya, dia reda melepaskan lelaki itu pergi. Asalkan hidupnya tenang walaupun sendirian.
"Hana, my princess. I am madly in love with you.Yakinlah yang rasa itu tetap ada walau kita tak bersua." - Qaiser
🦋🦋🦋
CARL
LOVE WITH BENEFIT
KERANA sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya.
Bagi Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi.
"Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?" CARL
"Me." NATALIA
Pada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang di hajati. Natalia sanggup lakukan apa saja!
Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam.
"Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya." JUWITA
Dalam mereka mahu mengakui cinta, satu tragedi telah merenggut semuanya.
"Aku minta maaf Natalia... Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Ayah yang baik. Aku tak boleh." CARL
"Then, what should I do, Carl?" NATALIA
Apakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?
🦋🦋🦋
BARITH
CAN'T UNLOVE YOU
(Reprint-ada penambahan bab)
Bernikah tanpa pengetahuan keluarga di bumi London. Itulah permulaan kisah mereka. Barith atas kepentingannya sendiri. Manakala, Tasneem atas alasannya sendiri.
"I akan beri apa yang you mahu bila-bila masa saja you mahu tapi dengan dua syarat. Marry me and give me money." TASNEEM
Melayari kehidupan bersama, tanpa mereka sedar cinta makin bercambah di hati. Namun ego dan rasa takut dilukai membuat Barith mahupun Tasneem memendam perasaan sendiri.
Kerana salah faham yang terjadi, mereka akhirnya terpisah jua.
"Tasneem binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak satu." BARITH
Bertahun-tahun berlalu. Mereka ditakdirkan bertemu semula tanpa diduga di kala masing-masing masih solo lagi.
"Look Barith. You dah janji kan? Kita tak akan berjumpa lagi. You lupa?" - TASNEEM
"I masih percaya yang dunia ni bulat Cik Tasneem. Sebab tu kita bertemu semula." BARITH
Bagi Barith, pertemuan mereka adalah jawapan istikharahnya. Tetapi, bagi Tasneem pula banyak lagi rahsia yang tersimpan kemas dalam hati.
Adakah kisah mereka bakal bermula sekali lagi setelah satu demi satu punca salah faham antara mereka sebelum ini mula terungkai?

 Tekan link tuk order yee... 

No comments:

Post a Comment