KOMBO MANJA


 | 👄 CIKGU KAHWINLAH DENGAN SAYA 👄|

SINOPSIS 👄
Bukan mudah menjadi sorang Ardleen Arsya. Mungkin orang lain nampak hidup dia selalu happy. Tergedik sana, tergedik sini. Huha sana huha sini. 
Tapi hakikatnya, cuma dia dan tuhan saja yang tau betapa hidup dia diuji. 
"Aku bukan suruh kau mengangkang. Aku suruh kau ringan-ringan je. Alah...macam tak biasa. Kau tu dari kecik lagi makan duit haram. Duit aku jual tubuh. Dah besar nak jadi baik konon." - Mak. 
Membesar dalam keadaan tertekan. Buat Ardleen rasa, hidup ni tak berbaloi kalau hanya diselubungi rasa sedih. Cari sesuatu yang boleh buat jiwa sendiri bergembira, ya, itu matlamatnya.
"Aku rasa aku kena kahwin dengan cikgu tu. Biar anak-anak aku pandai-cerdik-bijak macam Cikgu Aef. Takdelah nanti bengap macam kita ni. Math pun boleh failed. Aku kena atur strategi ni. Apa pun jadi, aku nak jugak Cikgu Aef jadi laki aku." - Ardleen Arsya
Misi mengusik dan mengorat cikgu tuisyen handsome bernama Aef Afkar membuatkan hidup Ardleen seakan kembali ceria. Kena cop gedik, muka tak malu, satu patah tak dihiraukan. Ekspresi dan reaksi Cikgu Aef boleh jadi hiburan kala hatinya berduka.
"Aef tak pernah jumpa perempuan gedik macam tu, umi. Baru 17 tahun tu. Dia asyik ajak Aef kahwin je. Gila la. Tak tau segan langsung." - Aef Afkar. 
Tapi, persoalannya. Cikgu Aef pun keliru dengan perasaan sendiri. Kalau diusik, dia meluat. Tapi masa Ardleen tak ada,  kenapa dia selalu teringat-ingat?
Adakah itu namanya cinta?
❣️KEKASIH HATI GEZA MIKAIL❣️
"Kau, yang kat situ. Sini kejap!" 
Adra tunding jari pada diri sendiri. Dia ada namalah. Suka-suka hati je nak gelarkan dia 'kau'.
Apabila Geza angguk, dia melangkah. Berdiri lebih dekat dengan lelaki itu.
 Puan Laila di sebelah sudah menggeleng dengan tingkah anaknya. Cerewet! Tapi daripada siapa lagi sifat cerewet itu diwarisi kalau bukan daripada dia.
"Sekarang kau kenalkan diri kau kat aku. Tapi yang simple-simple jelah. Macam nama kau, umur, dan kenapa aku kena terima kau kerja kat sini. Bukan apa, supaya aku yakin yang kau takkan dera anak aku."
Agak dingin suara lelaki itu. Ada ke dia nampak muka Adra ni macam orang jahat?
"Nama saya..."
Geza angkat kening bila Adra seperti sukar mahu menjawab. Bukan susah mana pun. Dia cuma minta gadis itu kenalkan diri, itu je.
"Geza ni garang sangat. Mana tak gagapnya Adra ni. Cuba senyum sikit, barulah rupa tu takde macam nak telan orang." 
Puan Laila menyampuk. Dia tahu sejak bila Geza berubah menjadi seorang yang dingin seperti ini. Semuanya sejak bekas menantunya itu buat perangai. Tetapi dia tahu, sedingin-dingin Geza yang sekarang, jauh di lubuk hati masih tersimpan sifatnya yang dulu. 
"Yelah, sekarang awak kenalkan siapa diri awak." 
Sudah sedikit lembut pertuturan Geza setelah ditegur ibunya. Namun, dia masih berwajah serius sambil mendakap tubuh sendiri. 
Sebelum mula. Adra tarik nafas dalam-dalam. Senyuman diukir, sekadar untuk meredakan suasana.
"Nama saya Adra Sofea, boleh panggil saya Fea je. Umur saya 22 tahun. Kenapa saya nak jaga anak Encik? Sebab saya tak sanggup nak tengok ibu Encik sedih, susah hati fikirkan Encik yang susah nak buat kerja, selalu tak cukup tidur. Asyik stress...Selalu tak boleh nak fokus kerja encik..."
siap dihintung dengan jari lagi apa yang dia senaraikan.
"Cukup! Dah banyak sangat tu." 
Geza sembunyi senyum. 'Polos!' Bisik hatinya.
Puan Laila yang sejak tadi tersenyum kembali membuka mulut. Lagipun dia sudah lambat untuk ke butik.
"Ibu dah lambat nak pergi butik ni. Adra, kalau ada apa-apa tanya je pada Geza. Petang nanti driver saya akan hantar awak balik." 
Puan Laila nampak kalut mahu ke butik.
"Jangan takut-takut. Nampak je garang tapi orangnya baik."
 Sempat lagi dia titipkan kata-kata buat Adra sebelum berlalu.
Selesai menunjukkan bilik dan segala keperluan Mikayla. Geza bawa diri ke bilik kerjanya yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.
DARI dalam bilik kerjanya Geza dapat mendengar suara tangisan Mikayla. Sengaja pintunya dibiar terbuka sedikit, senang untuk dia perhatikan Adra. Sejak semalam ibunya tak henti-henti memuji gadis itu. Nak tahu juga apa kelebihan yang ada pada Adra sehingga menjadi kesayangan ibunya.
Kali ini Geza tidak dapat bersabar lagi bila tangisan anaknya belum berhenti. 
"Belum sehari kerja dah buat hal."
 Kaki dihayun laju menuju kamar anaknya. Tombol pintu dipulas.
"Kau ni..." 
Belum sempat dia memarahi Adra, lidahnya kelu. Dari celah pintu yang terbuka, dia dapat melihat sosok Adra yang lengkap bertelekung sedang mendukung anaknya.
Mungkin baru selesai menunaikan solat Asar. Matanya jatuh pada jam ditangan. Sudah hampir pukul enam petang. Dia sendiri belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Terasa khilaf kerana tadi sempat akal warasnya menuduh Adra.
Diperhatikan tingkah Adra yang leka melayani anaknya.
"Satu-satu, saya sayang...Allah. Dua-dua, saya sayang..."
 Mikayla yang terhibur, tertawa kecil di dalam pangkuan Adra.
Geza menutup pintu kembali. Dia mahu mandi, solat dan selepas itu dia mahu meluangkan masa dengan anaknya. Seharian ini dia belum sempat bermesra dengan si kecil itu dek lambakan kerja yang menanti. Dalam tak sedar, ada senyum yang terlukis. Dia lega bila melihat Mikayla tenang bersama Adra. 
Usai mandi dan solat, dia turun semula ke bawah. Langkah dibawa semula ke kamar anaknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, tidak ada kelibat yang dicari. Adra mahupun anaknya tiada di situ.
Jangan-jangan...
Mustahil gadis seperti Adra berniat mahu menculik anaknya. Arh, akalnya sudah tidak dapat berfikir lagi. Daripada menuduh secara melulu, ada baiknya dia mencari.
"Kak Midah dah lama kerja kat sini ke?"
Dari jauh suara yang kedengaran mesra itu seperti mengetuk gegendang telinganya.
Sebaik sahaja sampai di ruang dapur, dia melihat Adra yang sedang memangku Mikayla rancak berbual dengan Kak Midah iaitu tukang masak mereka. Sudah dua minggu Kak Midah bercuti kerana ada ahli keluarganya yang sakit di kampung.
"Encik Geza nak makan ke? Atau nak apa-apa ke? Kak Midah siapkan,"
 soal Kak Midah apabila majikannya itu menjengah dapur.
"Kak Midah bila balik. Dah sihat ke ahli keluarga Kak Midah yang sakit tu?" 
Kerusi di sebelah Adra ditarik sebelum duduk. Sengaja dia mengambil tempat di sebelah gadis itu. Kenapa? Dia sendiri tidak pasti. Cuma satu keinginannya saja, mungkin. Malas dia mahu bersoal jawab dengan diri sendiri.
"Alhamdulillah, dah sihat. Tu yang balik harini. Tak best pulak cuti lama-lama ni. Tak sangka pulak, sampai-sampai dah ada pengasuh cantik yang jagakan anak Encik Geza."
Adra yang sedang menyuap Mikayla makan, pura-pura tidak dengar. Walhal mukanya sudah panas gara-gara dipuji cantik di depan Geza.
Geza disebelah pula intai sedikit gadis itu. Memang dia tak nafikan, Adra ini cantik orangnya. Memiliki mata yang bundar serta hidung yang mancung menambahkan lagi kecantikan gadis itu.
"Dah kenyang yer sayang?" 
Adra bertanya pada Mikayla walaupun dia tahu si kecil itu belum pandai bercakap.
"Sayang abi, sini abi dukung Mikayla." 
Tangan dihulurkan, mahu mengambil anaknya dari pangkuan Adra. Tanpa sengaja tangan kekarnya menyentuh jemari halus Adra.
Cepat-cepat Adra serahkan si kecil itu pada Geza. Lagipun waktu kerjanya sudah tamat, mahu segera pulang.
"Saya dah bagi Mikayla makan, lampin pun saya dah tukar. Kalau takde apa-apa saya nak minta diri dulu." 
Sebenarnya dia tak mahu berlama-lama dengan Geza. 
"Saya balik dulu Kak Midah." 
Kak Midah mengangguk. Namun belum sempat Adra membuka langkah, suara Geza lebih cepat menahan.
"Tunggu jap. Aku ada something nak cakap."
Adra berdebar. Serius semacam bunyinya. Dia ada buat salah ke? Masih sabar menanti. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak terlihat oleh lelaki yang sedang tunak memandangnya.
"Terima kasih."
"Itu je?" 
Spontan Adra menyoal. Lekas-lekas dia tekup mulutnya bila menyedari kesilapan sendiri.
"Kenapa? Awak ada nak benda lain ke selain daripada ucapan terima kasih?" 
Laju Adra menggeleng.
❤️ CIKGU, KAHWINLAH DENGAN SAYA ❤
Cikgu Aef hempuk segala buku yang ada atas meja. Habis berselerak. Muka Cikgu Aef merah. Telinga dia pun merah. Nafas dia laju. Tulang rahang dia tenggelam timbul. Tali leher dia tarik-tarik. Cabut. Lepas tu lempar atas lantai. "Bodoh! Apsal kau suka kacau hidup aku hah? dah janji hari tu. Dah janji dah. Lepas kau dating dengan aku, kau takkan kacau aku lagi. Apa jadahnya kau ni? penipu. Dasar..." Pam! Cikgu Aef tumbuk meja. 
Aku kebelakang lagi. Aku undur. Aku terkebil-kebil. Niat aku bukan nak kacau dia pun. Dan, kalau aku kacau dia pun. Aku masih ada hak. Sebab dating haritu mana cukup pun 24 jam. Lagi 5 minit nak cukup 24 jam. Cikgu math ni bodoh ke apa. Tak reti nak kira? 
Cikgu Aef datang dekat. Dia pegang lengan aku. kuat. "Apa kau nak hah? apa niat kau sebenarnya? Apa kau nak dari aku? hah?" Aku betul-betul nampak Cikgu Aef macam sangat-sangat bengang. Tak pernah aku tengok dia jadi gila macam tu. 
Kecut perut aku. Sejuk kaki tangan. 
"Sa...Saya...Saya..." Tergagap-gagap aku sambil usaha nak lepaskan genggaman Cikgu Aef kat lengan aku. Kuat gila dia pegang.
"Saya, saya. Saya apa?" Kuat suara jantan Cikgu Aef jerkah aku. 
Terloncat tubuh aku. 
Aku tarik lengan aku. Terlepas. Aku undur ke belakang. Aku bukak beg. Air mata dah penuh kat pelupuk mata. Aku tak boleh r kalau lelaki yang aku sayang. Lelaki yang aku hormat main jerkah-jerkah. Jerit-jerit. Hati aku ni kadang-kadang jadi tisu jamban. Lembek. 
"Saya nak bagi ni. Saya jumpa kat parking tadi. Cuba cikgu check. Dompet cikgu ada ke tak?" Air mata dah meleleh ke pipi. Aku lap. Dia jatuh lagi. Aku tunduk-tunduk sembunyi muka. 
"Allah..." Cikgu Aef merengus. Dia tekup muka dengan dua-dua belah tangan. Dia merengus lagi. Dia serba salah. Dia capai dompet. "Ardleen..." Muka dia tenang sikit dari tadi. Tumbuh riak-riak menyesal. "Ardleen..." perlahan suara dia.
Aku tutup zip beg. Aku langkah keluar. Air mata masih lagi laju. Sampai hati Cikgu Aef buat aku macam ni. 
Aku dengar langkah Cikgu Aef melaju. Dia kejar aku. "Ardleen. Kejap! Ardleen." 
Aku tak pusing. Biar. Biar dia. Aku panjat skuter.  Terus pecut. Tak pusing langsung. Biarlah. Sekali sekala kena jual mahal. 
On the way balik rumah. Aku sengih-sengih. Duk bayang babak Cikgu Aef pujuk aku esok. Auwwww...Taksyabarrr.

No comments:

Post a Comment