KOMBO LADY BOSS by HANI FAZUHA



Pre-Order  
COMBO LADY BOSS bermula hari ini sehingga 15 Oktober 2020
COMBO LIMITED EDITION tak akan dijual dikedai buku.
Hanya melalui online sahaja
MENGUKIR BAHAGIA📷📷
** Versi terbit semula dengan laras bahasa baru dan pertukaran plot(Revamp)**
.
Sinopsis :
“Jika menjadi isteri you tidak memungkinkan I untuk hidup bahagia, you lepaskan I, Zahim.” – Tasya.
Itu permintaan Tasya di hari pertama dia bergelar isteri apabila Zahim membuktikan perkahwinan mereka bukan atas kemahuan sendiri. Tapi, Zahim tetap pergi tanpa sepatah kata.
Empat tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Waktu itu, ijab dan kabul masih belum terlerai. Dan bila Tasya mahu leraikan segera, Zahim pula yang enggan menurut.
“I dan Haris dah berjanji untuk berkahwin dan seeloknya kita selesaikan masalah kita segera.” - Tasya
“Beritahu Haris, hak I akan terus menjadi hak I sampai bila-bila. Tak ada sesiapa pun boleh sentuh walau seinci.”- Zahim
Bila Zahim mahu mereka lupakan kisah lama dan diberi peluang kedua, Tasya pula berkeras menolak.
“Mati hidup semula pun you tak akan mungkin dapat peluang itu, Zahim. Dalamnya luka yang you tinggalkan di hati I tak mungkin akan sembuh walau untuk seribu tahun lagi.”- Tasya
Tapi, apa akan jadi bila mereka ‘terlanjur tanpa sedar’ dan ianya membenihkan satu nyawa?
Dan mampukah Haris menerima kenyataan orang yang dia cintai selama ini rupanya isteri sahabat sendiri?
*** Harga seperti dalam poster**
.
.
.
YANG KAU DUSTAKAN
Sinopsis :
“Kenapa kau setuju, Zehra. Kau tahu aku cintakan Yana, kan?” – Haqeef.
“Aku tak diberi pilihan untuk tak setuju.” – Zehra.
Mereka saling kenal tetapi tidak saling cinta. Apabila tiba-tiba disuruh berkahwin, keadaan jadi huru-hara. Perang dunia tercetus.
“Berapa kau tuntut dari daddy aku untuk kau setuju kahwin dengan aku?”- Haqeef
“Kalau boleh aku nak tuntut seluruh harta keluarga kau. Tapi, itu aku belum buat lagi.”- Zehra
Berdepan dengan Zehra versi baru, stres Haqeef jadi berganda. Ditambah pula dengan kerenah orang ketiga.
“Antara aku dan Qeef, kau adalah orang ketiga, Zehra.” Liana.
“Kau jangan cakap kau tak tahu aku cintakan kau sejak dulu, Zehra.”- Haddie.
Tiba-tiba saja istilah orang ketiga jadi berkecamuk. Mereka semua bersahabat. Liana yang Haqeef cinta, tapi Zehra yang Haqeef kahwini. Haddie yang cintakan Zehra tapi Haqeef yang Zehra kahwini.
“Berapa Haddie bayar kau? Atau.. satu pakej nanti dia kutip kau jadi isteri dia bila kau tuntut cerai dari aku?” – Haqeef.
“Akan tiba masanya, kalau ada jodoh aku dengan dia, aku akan hantar kad jemputan pada kau.”- Zehra.
Pergaduhan tanpa henti, cemburu tanpa sedar. Apakah akhir perkahwinan mereka adalah perpisahan atau ada bahagia di penghujungnya? Atau... Mungkinkah di akhir cerita, Zehra akan jadi milik Haddie dan Haqeef menjadi milik Liana?
‘Haqeef...Pilihlah dia yang pandai memaafkan kamu walau sebesar mana pun silap kamu.’
‘Zehra... Pilihlah dia yang akan sentiasa ada dan akan memeluk kamu walau saat hati sedang kepanasan.’
.
.
*** Harga Seperti Dalam Poster***

No comments:

Post a Comment