MY SWEET ROCKERS ~ Hayati Ahmad

MY SWEET ROCKERS ~ Hayati Ahmad
PRE ORDER DIBUKA HANYA SELAMA 2 MGGU SHJ💥
JUALAN ONLINE SHJ💥

TIADA ULANG CETAK💥
PEMBELIAN 300 TERAWAL PERCUMA ZINE 💥
KAMARUL benar-benar tidak faham apa yang berlaku.Yang dia tahu, tugasnya cuma kahwin. Dah selesai dah pun. Kahwin terkejut. Kahwin yang pasti akan meletuskan perang dahsyat di kemudian hari kelak. Kamarul Lail vs Orked Karmila, seteru maha dahsyat dari tingkatan satu sampai lima. Siapa yang tidak tahu? Dan Orked pengsan bukan sebab bau tangannya. Tapi terlalu terkejut bersuamikan dirinya. Jika empunya tubuhpun terkejut bagaimana pula Idham dengan Safiah?
Ketika zaman persekolahn mereka, jika Orked yang paling pandai, Kamarullah paling bodoh dalam kelas. Ketika Orked bersemangat menghadapi peperiksaan, Kamarul pula yang paling bersemangat menghadapi final bola sepak MSSPK. Ketika Orked sibuk menghias kelas, Kamarullah kaki penjahanam nombor wahidnya. Ketika Orked sering menjadi contoh baik dalam kelas, Kamarul pula contoh paling kutuk dalam kelas mereka.
Dan bagaikan tidak cukup episod-episod zaman remaja mereka, setelah dewasa Kamarul Orked vs Kamarul, bagai bangunan Dayabumi dengan Pejabat pos. Macam Kwang Soo dengan Aida Jebat! Kau orang faham tak?
Kamarul tersentak saat abah membisikkan sesuatu ke telinganya.
“Abah balik dulu. Terima kasih Rul. Rul anak abah.”
Abah tepuk bahunya perlahan. Kamarul terkesima! Sungguh dia kehilangan kata-kata. Untuk pertama kalinya abah selembut ini. Kalau tidak, hendak bercakap dengan Kamarul pun abah kena guna mak sebagai perantara. Kamarul dengan abah memang jarang pernah ngam!
Wait! Tiba-tiba Kamarul tersedar. Kalau abah balik, dia pun kena balik jugakan? Bergegas dia mengekori abah ke pintu.
“Bagi sinilah kunci keter tu bah. Tadi kata nak suruh orang drive!”
Kamarul ‘menghambat’ abah. Tiba-tiba berpasang-pasang mata memandang ke arahnya.
‘Aku ada buat salah kah?’ bertele-tele soalan itu menerjah benak Kamarul. Tapi jawapannya tidak kunjung tiba.
Mak membisikkan sesuatu kepada Orked yang kelihatan lemah kerana baru sedar dari pengsan. Orked yang ikut sama menghantar mak ke pintu mengangguk-angguk perlahan lantas menghulurkan tangannya kepada mak. Kedua tangannya yang penuh berinai merah siap corak berbunga-bunga itu berdakap kemas dengan tangan mak.
Pap, bahu Kamarul ditepuk. Dia menoleh.
“Kamarul tidur sinilah, rumah dady.”
“Iya Kamarul, tinggallah sini. Nanti esok senang hari besar kenduri tak lah tertunggu-tunggu. Mami dah siapkan baju Kamarul.” Mak Cik Zabidah menyokong kata-kata Pak Cik Musa.
‘Dady! Mami! Ahh sudahhh! Matilanakkk! Guru besar aku jadi mami! Ini betul-betul ngeri ni!’
Gulp, Kamarul telan air liur lagi. Nampaknya malam ini dia memang kenyang air liur.
Sebaik sahaja abah dan mak balik. Pak Cik Musa aka dady menggamit Kamarul. Heh, nak turunkan tips malam pertama lah tu. ‘Sorry, but it won't be tonight.’ Getus hati Kamarul geram. Betul-betul geram. Kamarul mula faham drama yang cuba dimainkan oleh mereka. Sekarang Kamarul cukup pasti dia sudah menjadi pak sanggup!
Kamarul lelaki sejati. Anak jantan encik Jamal ini takkan sama sekali menyentuh, jauh sekali menyetubuhi musuh ketatnya. Apatah lagi kalau musuh ketatnya itu kelapa yang sudah ditebuk tupai! Copy that! Itu syarat pertamanya. Meskipun tak seperti syarat Puteri Gunung Ledang, tapi ianya pasti cukup berat. Lebih berat dari menyediakan hati kuman tujuh dulang.
“Jagalah Orked tu, dia nampak terkejut sangat tadi. Ambik masa bertenang. Pujuk elok-elok. Nanti eloklah tu.”
Pak Cik Musa menyampaikan pesanannya dengan ringkas. Kamarul sempat menjeling sejenak ke arah Orked. Orked juga melepaskan kerlingan tajam. ‘Hishh katik ni, aku cucuk mata tu baru tau.’ Kamarul tersenyum kepada Orked. Senyuman plastik itu dilemparkan separuh hati. Kalau boleh, plastik pun Kamarul tidak mahu berikan kepada Orked!
Namun kemudiannya Orked melangkah longlai ke bilik. Kamarul hanya mampu mengangguk kepada Orked, tanda setuju memujuk wanita itu. Lain yang bergolak di hati, lain pula yang terzahir di sikapnya.
‘Jaga Orked? Habis siapa nak jaga aku? Kalau aku kena rogol macam mana?’ giliran Kamarul pula membantah, namun kata-kata itu terus terkurung di dalam hati.

No comments:

Post a Comment