cover belum final
RM35SM /RM 38SS
TERMASUK POSTAGE
Bab 4-part 1
BAB 4 ~PART 1
HARI ini akan di adakah majlis kenduri di sebelah keluarga Orked. Namun sebelum majlis, Kamarul sudah dapat satu nota pendek.
‘Fea tunggu abang di jambatan. Kalau abang tak datang, Fea terjun.’
“Ya Allah Fea…!” Terburu-buru Kamarul keluar dari rumah.
“Nak ke mana tu Rul?” Mami menegur. Langkah Kamarul terhenti. Kalau bohong berdosa, habis macam mana ni?
“Nak tengok catering mami. Tadi Orked dah call ada perubahan kat kek. Orked minta mereka tukar nama pengantin tu.” Tiba-tiba Orked muncul dari bilik lalu menjawab bagi pihak Kamarul. Mereka saling berpandangan. Mata Kamarul menangkap sesuatu di tangan Orked.
‘Ya Allah, macam mana aku tertinggal nota tu.’ Desis hatinya. Kamarul tersenyum kelat. Malu pula pada Orked yang baru saja menyelamatkannya.
“Kan boleh telefon saja. Pengantin baru ni darah tengah manis. Tak elok sangat ke sana-ke mari.’ Mami beri komentar. Ketika itu Orked menyerahkan kunci keretanya kepada Kamarul.
“Thank you.” Bisik kamarul.
“Cepat balik.” Kamarul angguk.
Menggeleng mami melihat gelagat pengantin baru itu. Jauh di sudut hatinya agak kecewa, Kamarul bukanlah calon suami yang sekufu buat Orked. Mengapa mesti Kamarul. Mana perginya Idham sehingga menghilangkan diri di majlis perkahwinannya sendiri?
“Pergi dulu cikgu… eh mak, erkk makcik!” Kelam kabut Kamarul meloloskan diri dari saudara-mara sebelah Orked yang tidak begitu dikenalinya.
“Hisyy dimak ciknya aku!” Bebel Puan Leha.
“Mak…” Orked faham angin kus-kus mak cik Leha, silap hari bulan dia boleh marathon membebel dari siang sampai malam. Mak cik Leha menjeling tajam.
“Huh, baru kahwin tak sampai 24 jam, kau dah jadi team Mat Rock tu?” Mak cik Leha menempelak. Orked hanya angkat bahu lalu masuk semula ke bilik pengantin. Cepat-cepat dia mencapai telefon.
“Helo Kak Maya. Nanti datang sini alter baju pengantin lelaki ye.”
“Bini abang tak de, dia kat tandas tu ha. Sakit perut katanya. Tak lain makan asam boi terlebih tu. Maklumlah, mengandung…” Satu suara yang lemah-lembut menyambut panggilan di corong telefon.
“Oh, abang Kamal. Maaflah. Lupa bagi salam. Assalamualaikum abang Kamal.”
“Waalaikum mussalam, kenapa nak di alter Orked?”
“Dah tukar pengantin lelaki abang Kamal.”
Bersembur kopi O abang Kamal mendengar tukar pengantin lelaki. Ketika itu Kak Maya yang baru keluar dari tandas tertanya-tanya melihat gelagat suaminya.
“Kenapa ayang…” Meleret suara kak Maya menyebut ayang. Tiba-tiba Orked rasa nak muntah…
Setelah berunding dua tiga minit, akhirnya abang Kamal berjanji akan datang ke rumah Orked untuk membetulkan baju pengantin Kamarul. Setelah memutuskan panggilan, cepat-cepat Orked mendapatkan mak cik Leha.
“Mami, betul ke Kak Maya mengandung?”
“Ha, betullah! Dah masuk empat bulan dah. Itupun kemain besar perutnya, macam dah masuk lapan bulan.”
“Yang kahwin dengan abang Kamal lembut lentuk tu?”
“Haa, iyalah. Habis tu Kamal mana lagi. Kamal buntal dah ada bini. Kamal syabu dah masuk lokap. Kamal lembut lah!”
“Erkk, tak sangka ye?”
“Apa pulak tak sangkanya! Pondan pun kalau di kahwinkan dengan perempuan, boleh mengandung jugak. Janji ada benda tu.”
“Benda apa mami?” Orked kerutkan dahi.
“Benda tu lahhh!” Mak cik Leha meninggikan suaranya. Tak berani Orked hendak bertanya lebih-lebih. Cuma persoalannya, benda apakah yang dimiliki oleh abang Kamal sampai cepat sangat Kak Maya mengandung?
PADA pagi sabtu yang indah dan permai itu, Kamarul memandu pada kelajuan 100km/jam di jalan kampung. Matlamatnya cuma satu, Safiah.
Sreettt! Tiba-tiba dia menekan brek kecemasan. Seekor ayam betina hampir sahaja menjadi mangsa tayar keretanya. Jantung Kamarul berdegup kencang, bagaikan ada petanda tidak elok pada hari ini.
“Kau pun ayam, lain kali melintas tengoklah kiri kanan!” Vrommm Kamarul memecut lagi. Dia berselisih dengan abang Kamal yang dalam perjalanan ke rumah Orked. Abang Kamal beri hon panjang. Kamarul membalas hon tersebut. Abang Kamal bagi high beam. Kamarul bagi high beam semula. Dia tahu, mesti abang Kamal minta dia berhenti, tapi sekarang bukan masanya hendak membawang. Kalau betul Fea terjun jambatan macam mana?
Sakit hati abang Kamal melihat gelagat Kamarul. Dia cuma hendak ukur badan Kamarul untul alter baju, tapi Kamarul memecut laju. Kalau di kejar mungkin dia terpaksa memandu ala-ala Vin Diesel dalam Fast and Furious. Kandungan kak Maya kena dijaga. Dia ambil keputusan tunggu saja Kamarul pulang di rumah Orked. Itu lebih mudah.
Bab 4 part 2
PADA pagi sabtu yang indah dan permai itu, Kamarul memandu pada kelajuan 100km/jam di jalan kampung. Matlamatnya cuma satu, Safiah.
Sreettt! Tiba-tiba dia menekan brek kecemasan. Seekor ayam betina hampir sahaja menjadi mangsa tayar keretanya. Jantung Kamarul berdegup kencang, bagaikan ada petanda tidak elok pada hari ini.
“Kau pun ayam, lain kali melintas tengoklah kiri kanan!” Vrommm Kamarul memecut lagi. Dia berselisih dengan abang Kamal yang dalam perjalanan ke rumah Orked. Abang Kamal beri hon panjang. Kamarul membalas hon tersebut. Abang Kamal bagi high beam. Kamarul bagi high beam semula. Dia tahu, mesti abang Kamal minta dia berhenti, tapi sekarang bukan masanya hendak membawang. Kalau betul Fea terjun jambatan macam mana?
Sakit hati abang Kamal melihat gelagat Kamarul. Dia cuma hendak ukur badan Kamarul untul alter baju, tapi Kamarul memecut laju. Kalau di kejar mungkin dia terpaksa memandu ala-ala Vin Diesel dalam Fast and Furious. Kandungan kak Maya kena dijaga. Dia ambil keputusan tunggu saja Kamarul pulang di rumah Orked. Itu lebih mudah.
Perjalanan ke jambatan terasa terlalu jauh meskipun sepatutnya hanya memakan masa tidak sampai 15 minit. Tempat yang menjadi lagenda anak-anak kampung berdating itu tidak seharusnya menjadi tempat bunuh diri.
Sekoyong-koyong sebaik sahaja sampai ke jambatan itu, Kamarul terus memakirkan keretanya di tepi jalan lalu berlari menghala ke jambatan. Beberapa buah kereta dan motorsikal juga terparkir di tepi jalan. Ramai orang sedang berkumpul sambil memandang sesuatu dari jambatan. Dada Kamarul seakan hendak pecah membayangkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kumpulan orang yang berkumpul itu dirasakan terlalu jauh untuk dijangkau oleh kakinya yang panjang meskipun hanya berjarak beberapa meter sahaja.
“Fea, jangan buat kerja bodoh Fea. Mati bunuh diri nanti jadi hantu!” Gumam Kamarul dengan debaran yang tidak dapat digambarkan. Liurnya terasa tersekat, suaranya bagaikan tidak terkeluar dari kerongkong. Sebaik sahaja sampai di kumpulan orang yang berkumpul, dia terus meloloskan diri untuk melihat lebih dekat.
“Ke tepi! Ketepi! Dah jumpa ke mayatnya?” Jerit Kamarul tergopoh gapah. Bagaikan ada aksi slow motion, Safiah mendongak. Terkebil-kebil Kamarul menyaksikan Rafik dan Safiah sama-sama sedang basah di dalam sungai yang hanya separas paha.
Hati Safiah yang berkecamuk tiba-tiba sahaja mekar melihat Kamarul. Namun rasa kecewanya jauh mengatasi rasa lega melihat kedatangan Kamarul.
“Fik, kau buat apa kat bawah tu?” Pekik Kamarul kehairanan. Soalan Kamarul bersambut dengan bisik-bisik andaian dari orang ramai. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng.
“Kalau nak bunuh diri pun, tunggulah air pasang. Sekarang ni air tengah surut.” Muzammil mengomel sambil melihat jam tangannya.
“Yang ku nak sangat dia mati tu kenapa?” Soal Jiman.
“Senanglah aku nak viral! Mesti ramai yang akan follow aku. Haihhh…” Muzammil menggeleng-geleng tidak puas hati. Bukan senang nak tengok orang bunuh diri live. Gumamnya lagi.
Jiman pula menggeleng-geleng melihat gelagat Muzammil.
“Hah, baik aku pulak tolak kau. Biar Arul rakam. Bukan senang nak tengok orang kena tolak masuk ke dalam sungai live.” Jiman acah-acah hendak menolak Muzammil. Terus saja lelaki gemuk pendek itu beredar dengan rungutan yang yang dia sahaja yang faham.
Sementara itu, Rafik memujuk Safiah naik semula ke darat. Air mula menunjukkan arus yang agak deras tanda hampir pasang.
“Ini semua sebab kau Arul!” Pekik Rafik. Gerun juga dia kalau air pasang lebih cepat dari jangkaan.
“Cepatlah naik Fea.” Rafik memujuk.
“Tak nak, selagi Kamarul tak ambik Fea kat sini, Fea takkan naik.”
“Ya Allah, kau dah gila ke Fea. Kamarul tukan pengantin baru. Takkan kau nak Orked tu jadi janda.”
“Fea tak peduli. Biar Fea jadi hantu. Fea akan datang cari Arul dan Orked!”
“Jangan Fea, biasanya hantu kat neraka. Fea tak takut masuk neraka. Jadi barbeque tak bergaram nanti.” Pujuk Kamarul pula dari atas jambatan.
“Kalau Fea masuk neraka, Arul dengan Orked juga kena masuk neraka. Arul tipu Fea, Arul kahwin dengan Orked. Arul kejam! Uhhh!” Safiah mengogoi menangis. Kamarul garu dagu. Segala pintu rundingan seolah-olah sudah tertutup antara dia dengan Safiah.
“Fuh, macam lirik lagu dangdut pulak. Jangan dangdut Fea, Arul tu minat rock je. Dangdut nanti dia muntah.” Bisik Rafik dalam kesejukan.
Safiah menjeling tajam. Tiba-tiba dia menyanyikan lagu memori daun pisang dengan lirik yang tunggang-langgang.
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
Berdua jalan kaki dalam hari hujan
Basah baju kita, basah hati kita
Berpayung bersama dengan daun pisang…
Meremang Kamarul mendengar nyanyian Safiah yang sengau itu. Suara yang keluar ikut hidung memang tidak pernah merdu.
“Cukup Fea, cukuplah. Arul tahu Fea kecewa. Arul lagi kecewa Fea.”
“Hati Fea remuk. Sepanjang malam Fea tak mampu tidur memikirkan Arul sedang bersama dengan Orked. Hujan yang turun lebat malam tadi seolah-olah menangisi kekecewaan Fea” Sayu hati Kamarul mendengar rintihan hati Safiah. Terasa ingin dicapainya tangan gadis itu, digenggam lalu dikucup macam dalam filem Hindustan. Tapi apakah daya, Safiah masih belum halal untuknya. :agipun Safiah nun di dalam sungai.
Safiah menangis. Juraian air matanya mengundang hiba juga di hati Kamarul.
“Kita mangsa keadaan Fea, sabarlah. Abang cuba cari jalan untuk membetulkan kembali semua ni. Fea pun tahukan, segala yang berlaku tidak dirancang?”
“Abang akan ceraikan Orked?” Terkedu Kamarul mendengar soalan Safiah. Semua mata memandang ke arahnya. Semua juga ingin tahu jawapan dari mulut Kamarul. Kamarul jadi serba-salah.
“Arul!” Safiah mendesak. Sementara itu, Rafik semakin gelisah bila air semakin naik.
“Cepatlah Arul, bagi jawapan!”
“Iya cepatlah!”
“Kau nak dia mati ke?”
“Hei Kamarul, cepatlah cakap!”
Suara orang ramai semakin membuatkan Kamarul terdesak. Suara-suara itu bagaikan gema yang menyakitkan kepalanya. Kamarul semakin gelisah. Dunianya seakan berputar ligat.
“Cepatlah…!”
“BUAYA!” Pekik Kamarul.
“Hah!”
“Fea, buaya!” Pekik Rafik. Dia bergegas naik ke daratan. Sebaik sahaja naik ke darat, Rafik terus merebahkan badannya di atas rumput. Dia membuka mata. Wajah Safiah terpamer sebesar kertas A3 di hadapinya.
“Fea mana?” Soal Rafik lemah.
“Ni aku!” Pekik Safiah tidak jauh dari situ.
“Hah, macam mana kau sampai dulu?” Soal Rafik kehairanan.
“Aku tarik dia dari atas jambatan. Bukannya tinggi mana pun. Aku hulur tangan, dia sambutlah.” Jawab Kamarul bangga.
“Buaya tadi?”
Kamarul geleng.
“Bukan buaya sebenarnya, tapi biawak.” Jawab Kamarul serba-salah. Dan saat itu Rafik membayangkan dia sedang mengetuk kepala Kamarul dengan sepanar.
Bab 4 part 3
JAM telah menunjukkan pukul 10 pagi. Abang Kamal mengomel tanpa henti sehingga sakit kepala Orked. Kak Maya pula asyik makan sahaja. Semua orang melayan dia seperti ratu. Maklumlah kandungan paling rare di kampung itu. Siapa sangka Kamal lembut boleh menghamilkan bekas jaguh Muaythai macam kak Maya?
“Kamarul tu nanti kena menuntut dengan abang Kamal la kalau kak Leha nak cepat dapat cucu.” Ujar kak Maya dengan bangga seraya mengelus perutnya yang memboyot.
“Berapa bulan dan Maya?” Soal mak cik Leha.
“Baru 4 bulan kak Leha?”
“Apeke besor sangat, kau mengandungkan anak lembu ke?” Soal Tijah CNN.
“Husy mulut kau Tijah, adake anak lembu. Dah tentu anak si Kamal tu.”
Mak cik Leha membidas kata-kata Tijah CNN.
“Aku gurau je, kalau tak boleh gurau pergi la duduk surau.” Tijah CNN buat muka tidak berdosa.
“Aku ni buat kenduri nak ajak kita semua bersilaturahim, bukan makan daging saudara sendiri.” Mak cik Leha bidas paku buah keras kepada Tijah CNN. Tahu sangat dia, nota yang dihantar kepada Kamarul adalah melalui Tijah CNN.
“Dah pukul 10 lebih cikgu Leha oi, sempat ke nak di alter baju pengantin lelaki ni?” Orked serba salah bila maminya beri jelingan tajam. Tijah CNN juga terkulat-kulat.
“Dah jumpa ke bang?” Soal mak cik Leha sebaik sahaja melihat suaminya masuk. Tapi dari riak wajah pak cik Musa langsung tidak membayangkan Kamarul telah dijumpai.
“Itulah kau Tijah, yang kau layan ragam si Safiah tu dah kenapa? Kamarul tukan dah jadi suami si Orked!” Tempelak mak cik Leha.
“Manalah Tijah tahu dia nak terjun kat air surut. Kalau di buatnya mati bunuh diri, habislah jambatan tu berhantu. Di mana kita nak lalu kak Leha. Tijah pikirkan pasal orang kampung ni saja.”
Mak cik Leha tergeleng-geleng. Ada benar juga cakap Tijah CNN.
“Sebenarnya, lepas dah selamatkan Safiah tu tadi mereka terus pergi ke pekan. Cari KFC katanya. Kalau tak dapat KFC si Safiah tu nak terjun lagi bila air pasang nanti.” Jelas abang Kamal. Itupun setelah mendapat berita dari salah seorang lagi mangsa, iaitu Rafik.
“Ya Allah, KFC bukak pukul 10, bila masa nak baliknya?” Mak cik Leha sakit kepala. Keluarga besannya semua buat dia sakit kepala. Rasionalnya sudah sampai ke hujung. Silap-silap menantunya merasa makan penamparnya hari ini.
“Sekarang suruh Rafik panggil Kamarul tu balik. Kalau tak, hari ni jugak dia jadi duda!”
Prengg! Hati Orked dibadai lagu irama thrash metal. ‘Mami ni lupakah, kalau Kamarul jadi duda, Orked akan jadi janda!’ Desis hati Orked, gusar.
“Apake nombor si Kamarul ni, biar Kamal telefon dia.” Abang Kamal bersuara ala-ala Usop Wilcha dalam cerita Hantu Kak Limah.
“Telefon dia tertinggal abang Kamal.” Orked bersuara pasrah. Antara rasa hendak marah dengan rasa kecewa, dia memilih untuk kecewa. ‘Sepatutnya Kamarul jaga jugalah aib dia. Ini belum 24 jam jadi suami, Kamarul sudah curang. Melampau betul! Tak mengapa, selepas ini aku akan usulkan supaya undang-undang anti curang diperkenalkan di Malaysia!’ Desis hati Orked.
Menjelang jam 11.20 pagi, barulah Kamarul sampai semula ke rumah mentuanya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, semua terdiam macam malaikat lalu. Mak andam sedang sibuk menyiapkan Orked. Sementara baju pengantinnya elok tersangkut di satu sudut.
Kamarul Jeling Orked, Orked langsung tidak memandangnya. Kamarul rasa serba salah. Dia keluar bawa baju pengantin untuk bertandang di rumah yang disediakan untuk dia bersiap. Abang Kamal menunggu untuk menyiapkannya. Dan seperti yang di duga, baju pengantin Kamarul menimbulkan bencana yang hebat buat dirinya sendiri.
“Abang dah tak sempat nak alter baju hang. Nasib hang la Kamarul.”
“Tak pe bang, kita pakai je apa yang ada.”
“Tengkorak hang! Mengkalajadi pengantin, itulah hari paling indah untuk kita. Sekali seumur hidup. Ni hang, lengan senteng, seluar senteng, baju senteng semuanya senteng. Baju besaq, tapi senteng. Baik hang pakai kain batik sajalah macam pengantin jawa.” Sepanjang membantu Kamarul bersiap, Kamal terus membebel tanpa peri kemanusiaan. Kamarul terpaksa membatu. Dia tahu dia yang salah.
Akhirnya atas rundingan kedua belah pihak Orked dan Kamarul, kedua pengantin terpaksa menukar pakaian mengikut tradisi jawa. Mujurlah abang Kamal tidak pernah kering idea.
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment