KOMBO PINKY LARIS

Pre Oder Sehingga 1/11/19,
Pembeli 300 Yg Terawal Kombo PINKY LARIS Akan Mendapat Sign Dari Penulis..
-
Ada free postage dan diskaun jika beli kombo..... so lagi jimat ... dan InshaAllah kedua2 novel ini tidak menghampakan pembaca semua...

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
Teaser My Price Tag Girl Karya Akira Dorayaki Namaku

“Mak Tam rasa pelik betullah tengok kamu berdua ni. Selalunya, ada saja benda yang nak dibualkan. Sekarang ni masing-masing diam tak mahu bercakap. Masa makan pun susah nak duduk sekali. Apa sebenarnya yang berlaku ni, Caliana? Kamu bergauh dengan Solihin ke” tanya Mak Tam.

“Errr… mana ada bergaduh. Kami okeylah!”

“Dah tu, kenapa muka kamu macam tikus kena lastik bila dengan nama Solihin?” Mak Tam masih tak puas hati.

“Saya tak ada mood. Mungkin sebab period…”

“Hmmph, patutlah! Habis tu, Tuan Solihin pun period juga ke? Mak Tam tengok dia pun tak banyak bercakap. Hesy, pelik pula Mak Tam dengan budak Solihin ni!” Mak Tam nampak sungguh rungsing.

“Mak Tam, period tu apa?” tanya Maream secara tiba-tiba.

“Yalah, Mak Tam. Period tu sama ke macam diet?”
sampuk Qayyum pula dengan wajah penuh tanda tanya.

“Hesy, sibuklah kamu berdua ni! Suka sangat menyampuk sembang orang tua!” marah Mak Tam.

“Oooo… Qayyum tahu kenapa Kak Caliana tak mahu jumpa dengan papa!” Qayyum tersengih-sengih sambil mengoyangkan jari telunjuknya.

“Sebab... Masa kami main nenek si bongkok tiga kelmarin. Kak Caliana malu bila terpeluk papa!” sambung Maream pula. Dua beradik kembar itu pun ketawa terkekeh-kekeh.

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
🔴YOUR WIFE🔴

“You pergi kelab lagi ya, malam semalam? You mabuk lagi ke? ” Soal suara itu lagi.

“Yes! Jangan kacau i, i nak tidur.” Si gadis berambut perang dan beralun menegaskan lagi sekali dalam suaranya yang serak.

“Berapa kali i dah ingatkan you, i tak suka you keluar masuk ke kelab malam tu lagi. You memang degil dan tak nak dengar cakap i, kan?”

“Eh, you siapa untuk paksa i dengar setiap kata-kata you?” Si gadis mengusutkan rambutnya sendiri kerana agak bengang.

“I orang yang menanggung segala perbelanjaan you selama ni. Jadi, i juga berhak tentukan apa yang you patut buat dengan hidup you, Airis Safinna!” Kedengaran tegas suara lelaki tersebut.

Airis Safinna mendengus geram. Setiap kali mereka bertikam lidah, hanya ayat itu sahaja yang akan diungkapkan oleh Dato’ berkenaan. Tiada ayat lain yang digunakan untuk mematahkan kata-katanya.

“Fine!” Hanya sepatah itu sahaja yang dikatakan.

Kedengaran keluhan berat daripada sebalik talian yang masih lagi berhubung.

"Sugar, i just.."

“Kalau you berterusan nak ungkit segala benda dengan i, apa yang you dah laburkan untuk i, kita berhenti sehingga sini sajalah, Dato’ Hisham. I juga masih boleh hidup sendiri tanpa belanja daripada you!” Sinis Airis Safinna bersuara.

Airis Safinna bangun dari baringnya bersama telefon yang masih melekap di telinga. Kemudian dia bergerak melangkah ke hadapan cermin besar yang terdapat di dinding bilik hotel berkenaan. Seketika dia membelek penampilan tubuh dan wajah sendiri. Terbit perasaan bangga apabila merasakan bahawa dirinya masih kelihatan jelita walaupun selepas bangun daripada tidur.

“I cuma nak yang terbaik untuk you, untuk kita. You tahu kan betapa i sayangkan you dengan sepenuh hati i? Tolong jangan ada niat nak tinggalkan i, ya? I love you, sugar.” Ucap Dato’ Hisham dengan lembut.

Airis Safinna hanya mencemikkan wajahnya meski tidak dapat dilihat secara terus oleh lelaki tua itu. Lelaki yang menjadi sugardaddy kepada dirinya. Itu pun kerana lelaki itu yang mahu dan tergila-gilakan dirinya, bukan Airis Safinna yang mahukan lelaki tua itu.

“You dengar ke tak apa i beritahu you ni?” Tanya Dato’ Hisham apabila tiada jawapan daripada si gadis.

“Dengar.” Acuh tak acuh Airis Safinna membalas.

“So, do you love me?” Tanya Dato’ Hisham semula kepada si gadis. Sengaja mahu mengetahui isi hati wanita yang telah dibeli dan dilaburkan segala duitnya itu.

"Yes, i love you too." Airis Safinna memutarkan bola matanya sambil menuturkan perkataan keramat itu.

No comments:

Post a Comment