KOMBO GEDIK ~ HASH AULIA

PRINT ON DEMAND
HARGA SINGLE RM40 SM / RM47 SS
HARGA DOUBLE RM72 SM / RM83 SS
Close 31 Okt. PRINT TERHAD. 
Until Pre order sahaja.
"SEANDAINYA AKU HARUS MENCINTAI HATI YANG SETIA."
🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋
#Seandainya aku
"Agak-agak kalau ada baby dalam rumah ni, meriah tak?" Umar menjeling Farra. Senyum nakal. Kening dijungkit berkali-kali.

Gaya memikat.

"You tak rasa kita sedang buang masa ke?" Umar datang peluk Farra daripada belakang. Dia sangkut dagu ke bahu Farra.

"I banyak kerja, Umar. Jangan kacau."

"I rasa I boleh kurangkan kerja you. Come."

Umar dah cempung tubuh Farra. Cepat-cepat dia belit leher Umar. Risau jatuh. Mata bertaut pandang, Farra ketap bibir.

"Niat you bukan nak kurangkan kerja I, tapi nak tambah. Macamlah I tak tahu."

Geram sungguh! Macam-macam taktik dia guna.

"Mana ada. Memang niat I nak kurangkan beban you. I nak bagi pembantu kecil supaya boleh tolong you buat kerja." Ujar Umar sambil ketawa-ketawa. Kaki dah melangkah keluar dari dapur. Rasa nak melompat turun dari dukung Umar bila jarak ke bilik semakin hampir. Tapi dia tahu.. Kalau dia buat kerja gila tu, Umar pasti jadi gila.

Lebih baik menurut je.. Hikhikhik. Sebab dia pun teringin nak ada pembantu kecil.

🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋
#AkuHarusMencintai..

"Hatta.. I think kita kena pergi petang lagi, kut. Takut jammed."

"You nak pakai baju mana nanti?"

Diam juga. Maira angkat wajah, pandang Hatta. Lelaki itu bersahaja tayang muka malas nak melayan. Perlahan, bibir mengeluh, Maira mula mendekati.

Peluk tubuh. Dia berdepan dengan Hatta.

"Sampai bila you nak lancarkan perang dingin dengan I?"

"Sampai you kembalikan anak I." Sinis Hatta menjawab bersama senyum senget. Hatta ingat dia sorang je bersedih? Habis tu aku? Gembira bila anak yang aku kandung meninggal dunia?

"Okay." Sepatah Maira jawab, dia tolak tubuh Hatta ke katil bersama-sama dirinya. Terbeliak mata encik suami.

"You dah kenapa??"

"Nak gantikan anak untuk you. Tadi minta sangat." Maira balas. Selamba dia panjat tubuh Hatta lalu kunci kedua-dua belah tangan encik suami ke tilam.

Hatta nampak cuak. Halkum dia bergerak-gerak. Bibir terkunci rapat. Bertaut pandang, sengaja Maira jungkit-jungkit kening nakal.
🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋🌶💋
Helena perasan, mata Haider tak beralih dari tenung dia. Sekejap-sekejap mengerling. Rimas pulak!

"Mata tu, tak pernah pandang orang ke?" Dek rimas, Helena menyoal geram.

"Pakai macam tu, mengundang betul! Saja je nak uji keimanan orang."

"Apa yang mengujinya? I pakai baju besar, kut." Helena tilik badan sendiri. Dia pakai baju loose paras paha, kut. Besar gedabak. Mana ada seksi.

"Ya. Baju saja. Buat orang rasa nak menyelinap masuk. Sembunyi dalam baju." balas Haider selamba. Nada suara tu tak puas hati sebab iman dia teruji.

"Kalau dah lelaki, pakai jubah pun still fikir benda sama. Dasar miang!"

Spontan Haider ketawa dengar Helena membebel. Si isteri dah tayang muka menyampah.


No comments:

Post a Comment