COMBO LIMITED EDITON

Pre-order untuk combo Oktober 2019.

COMBO LIMITED EDITON.
.
.
**Pre-Order, BUKAN ready stock.

**LIMITED EDITION maksudnya stok terhad dan TIADA RE-PRINT dan TAK DIJUAL dikedai. Hanya online sahaja.
.
.
**Harga Pre-oder mengikut harga di poster sehingga 20 Nov dan stok akan mula di proses selepas tarikh pre order.
-
** Harga akan BERBEZA selepas tarikh Pre-Order.
.
.
****************
Tajuk : YANG LUAR BIASA
Penulis : Hani Fazuha
Harga : RM26.00(SM)/RM29.00(SS)
Postage : RM8/RM12
Sinopsis :
Tidur sekatil dengan tunang kakak sendiri?

Arissa tak pernah termimpi semua itu akan terjadi. Sejak Zhariz mengaku mencintai Ryana dan mereka ditunangkan dengan persetujuan keluarga, Arissa sudah sematkan dalam hati yang Zhariz itu hanya abang sepupu dan bakal abang iparnya.

Tapi, betul ke Zhariz dan Ryana bercinta? Kalau betul, kenapa fokus Zhariz lebih pada Arissa?

“Abang tak suka Rissa rapat dengan Adam Khalif.” – Zhariz
“Orang tak perlu tahu abang suka atau tak.” Arissa

Apa yang Arissa buat serba tak kena di mata Zhariz tapi peliknya, Zhariz tak pernah buka mulut tegur Ryana. Walhal, Ryana itu lebih teruk dari Arissa.

“Kenapa abang nak sibuk pasal orang?” - Arissa
“Sebab ‘orang’ tu yang abang nak jadikan isteri.” – Zhariz

Bertunang dengan kakak tapi nak adik jadi isteri? Itu semua tak logik buat Arissa. Tapi mana Arissa sangka yang Zhariz akan kotakan apa yang dikata? Kegilaan Zhariz buat Arissa mahu lari ke hujung dunia dan Adam Khalif tempat dia sandarkan harapan.

Tapi, mampukah Arissa lari dari Zhariz? Jika hati keluarga yang diambil kira, dia harus memilih Adam. Tapi jika hati sendiri yang mahu dijaga, dia perlu lari bersama Zhariz.

Mana satu yang akan Arissa pilih?

*********

Tajuk : MASIH CINTA
Penulis : Farah Husain
Harga : RM27.00(SM)/RM30.00(SS)
Postage : RM8/RM12
Sinopsis :
Kerana Rayyan mengaku tak mampu terima Afzan dan masih cintakan Lily, pertunangan yang terjalin hasil desakan keluarga terputus. Afzan undur diri. Cinta yang wujud tanpa sedar dikuburkan dan dia bawa diri ke luar negara.

Lima tahun berlalu, Afzan pulang. Kedatangannya ke Pulau Langkawi menemukan dia semula dengan encik bekas tunang. Cumanya... Rayyan yang ada di hadapannya sekarang bukan lagi Rayyan yang dulu. Rayyan kini lebih matang dan lebih gentleman.

“Afzan, I nak you. I nak you jadi isteri I.” – Rayyan.

Oh! Afzan baru tahu, ‘cinta mati’ Rayya pada Lily sudah bertukar. Sudah jadi ‘cinta berkubur’. Mungkin Rayyan fikir, mengubat luka di hati Afzan itu semudah menyebut ABC.
Untuk kali kedua, kerana keluarga dan atas sebab cinta buat Rayyan masih tak mampu dipadamkan, Afzan beri peluang kedua yang Rayyan minta. Tapi, rupanya Lily itu tak pernah hilang dalam kisah hidup mereka berdua.

“She still wants you. Do you still want her?” – Afzan.
“Jangan nak mengarut boleh tak? I love you, Afzan. Only you!
Tolonglah percaya. – Rayyan.

Mampukah Rayyan meyakinkan hanya Afzan yang dia mahukan? Atau Afzan akan sekali lagi mengundur diri dan mengaku tewas di tangan Lily?

No comments:

Post a Comment