CINTA KAU DI MANA


READY STOK
Suraya merasa begitu tidak senang dengan Ikhsan yang mengekorinya dari belakang. Kelibat Maya dan Yasmin mula dicari. Pulak, mana perginya anak dara ni pergi. Takkan dia ditinggalkan bersama-sama dengan Ikhsan. Suraya mencapai telefon bimbit dari beg tangan. Terbaik! Telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Telefonnya bukan macam orang lain yang boleh pakai power bank! Rasa seperti nak menangis bila kelihat Maya dan Yasmin tidak kelihatan.


“Dah pilih nak beli warna apa untuk baby?” Suraya tersentak. Melepas semua pandangannya mencari Maya dan Yasmin. Dia memandang ke belakang dan kelihatan Ikhsan sedang memegang baju bayi berwarna hijau. Suraya menggeleng kepala. Dia sendiri tidak tahu apakah warna yang perlu dia beli. Lagi pun dia tidak pernah scan untuk mengetahui akan jantina anak yang dikandungnya. Apa yang penting, biarlah anak darah dagingnya bersama-sama dengan Aliff sihat dan sempurna sifatnya.

“Awak scan lagi ke awak dapat baby apa?” Sekali lagi Suraya menggeleng. Ikhsan juga menggeleng. Semenjak kehilangan Aliff, banyak betul perubahan yang ketara dari Suraya. Wanita itu lebih banyak mendiamkan diri dari bersuara.

“Mulut awak ni tertinggal kat rumah ke? Saya tanya awak buat tak tahu je. Atau awak nak buat senaman leher? Tak tahu pulak ibu mengandung ni ada senaman leher.”

Suraya diam. Geram pula dia dengan bebelan Ikhsan itu. Di dalam hatinya rasa terbakar dan marah. Hai, apalah malang rasanya berjumpa dengan dia ni. Suraya sendiri pun tidak tahu mengapa dia agak emosi hari ini. Mungkin kah dengan kehadiran Ikhsan yang membuatkan dia mati untuk membeli-belah.

Ikhsan kemudiannya mencapai beberapa helai baju bayi dan hamper kemudiannya diletakkan di dalam troli. Terbuntang mata Suraya saat melihatkan troli yang kosong tadi sudah dipenuhi dengan barangan bayi. Ah, dia dah buat hal pulak. Mahu menjerit rasanya Suraya saat itu.

“Encik Ikhsan, banyaknya beli.”

“Untuk awak.”

“Tak payahlah Encik Ikhsan. Saya bukan nak beli pun. Saya cuma nak tengok je.” Serba-salah rasanya Suraya saat itu bila mengetahui Ikhsan membelikan barangan bayi itu untuknya.

“Ala tak apa. Anggap sajalah hadiah dari saya.” Suraya mengeluh dengan jawapan itu. Dia tidak mahu semua itu.

Entah mengapa, hatinya bagaikan dilanda perasaan sayu yang amat sangat. Wajah Aliff tiba-tiba menyapa fikirannya. Kerinduan mula bertandang dihati. Pada saat itu, air matanya murah untuk menghiasi wajahnya. Kalau Aliff ada mungkin dia akan membeli keperluan bayi bersama-sama dengannya. Tetapi, Allah lebih menyayagi insan yang pernah menjadi suaminya tanpa dapat melihat akan zuriatnya sendiri.

Melihatkan air mata Suraya yang tumpah itu membuatkan Ikhsan terkejut dan rasa bersalah. Ah, adakah tindakannya itu keterlaluan? Niatnya adalah baik untuk membantu Suraya. Dia pernah berjanji dengan Aliff dan keluarga Aliff untuk menjaga Suraya. Cuma Suraya sahaja yang tidak tahu. Dia tidak mahu menambah kelukaan Suraya tambahan lagi dengan keadaannya kini yang sedang berbadan dua.

“Okey…. Okey…. Saya letak balik.” Kali ini Ikhsan kalah dengan Suraya. Bukan apa, dia takut kalaulah si Suraya ni pengsan teruk dia kena dengan Maya dan Yasmin. Nanti dia dicop sebagai lelaki tak bertanggung jawab sebab mendera ibu mengandung. Ikhsan kemudiannya meletakkan semula barang-barang yang ada di dalam troli.

“Maafkan saya Encik Ikhsan.” Ikhsan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Memang susah dengan ibu mengandung ni. cepat sangat ambil hati.

Suraya melambai ke arah Maya dan Yasmin saat dia terpandangkan kedua-dua mereka yang sedang tercari-cari. Maya dan Yasmin terus melangkah ke arah Suraya dan ternyata mereka terkejut dengan linangan air mata di pipi Suraya. Yasmin memandang kepada Ikhsan dengan pandangan yang tajam.

“Apa yang kau dah buat Ikhsan sampai si Suraya ni menangis?” Sergah Yasmin.

“Mana ada. Aku nak tolong je. Itu pun aku dah simpan balik barang-barang yang nak aku beli.”

“Kau nak beli? Sekarang ni Suraya yang mengandung ke atau kau yang berbadan dua?” Gulp! Dah sah Yasmin memikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya. Aduh! Niatnya cuma untuk membantu. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Ikhsan mati dengan kata-kata. Soalan yang dilontarkan oleh Yasmin itu benar-benar membuatkan dia merasa tidak senang hati.

“Dahlah tu. Jom kita balik. Su dah letih lah.” Suraya menarik tangan Maya.

“Tapi kita tak beli lagi barang kau.”
Celah Maya yang tidak mahu mengakhiri pertemuan hari itu.

“Nanti esok aku beli. Jom Min.” Tangan Yasmin pula ditarik oleh Suraya.

“Tapi Ikhsan…” Belum sempat Yasmin meneruskan kata, mereka berlalu meninggalkan Ikhsan sendirian dengan keadaan yang terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment