LELAKIMU YANG DULU ~ FARAH DARIANNA

[ LELAKIMU YANG DULU ]
#ADAPTASI

“Let me give you a ride home.”

Daliya yang sibuk menaip di papan aksara segera mengangkat kepala. Sedikit terkejut dengan tawaran Hazrul yang tiba-tiba.

“Tak perlu susah-susah. I drive sendiri.”

Kunci dalam genggaman digoyang-goyang. Biar Hazrul sedar, dia bukan perempuan lemah yang perlu bergantung dengan orang sekeliling. Terutama pada lelaki yang baginya tiada kaitan apa-apa.

“Oh, kalau macam tu I temankan you balik.”

Mengerutkan dahi, Daliya merengus perlahan. Hairan. Dia bagai dapat menghidu usaha Hazrul mencari ruang untuk berdua-duaan dengannya.

“Kenapa dengan you?”

Mata Daliya yang bersinar garang dipandang seketika. Menyusuri kedegilan dan ketegasan yang masih sama. Tetap macam dulu.

“Nothing! I just nak temankan you. Tak elok you balik seorang waktu malam macam ni. Come.”

Hazrul menyentuh lembut belakang siku kanan Daliya. Mengajak wanita itu segera berlalu. Namun langkahnya terhenti apabila Daliya menjauh.

Penolakan drastik si isteri sudah dijangka. Maka dia tidak terkejut ketika tangannya ditepis kasar.

“Jangan sentuh I!” Buntang matanya menikam renungan Hazrul. Liur ditelan sebelum dia menyambung kata.

“You tak perlu pening kepala risaukan keselamatan I. Tahulah I jaga diri sendiri. Bukan tu ke yang you ajar waktu you selalu tinggalkan I kat rumah dulu?”

Kali ini anak mata Hazrul berubah tajam. Nada Daliya yang naik satu oktaf menarik perhatian tetamu yang melewati mereka. Terus sahaja lengan wanita itu dicengkam lembut. Menarik tubuh Daliya menjauh.

“Kedegilan you tak membantu apa-apa. Come, show me your car.” Keras suaranya menahan getar rasa. Sekali gus memberi amaran pada Daliya yang memperlecehkan emosinya.

Mendengar kelainan ton Hazrul, Daliya tidak jadi menghamburkan kemarahan. Sebaliknya merengus kuat. Mengenali lelaki itu, dia tahu Hazrul sedang membendung kesabaran. Tentu lelaki itu tercuit dengan tingkahnya.

Merentap pergelangan tangan, menonong kaki menghala ke arah kereta. Tidak diendahkan Hazrul yang mengekori. Menekan alarm, sempat jelingan dihadiahkan pada si suami. Selamba membuka pintu di sebelah pemandu.

Belum sempat lelaki itu masuk, Daliya menitip sepatah dua kata.

“I tak ada masa nak hantar you balik. So, pandai-pandailah you nak hidup!”
atau

No comments:

Post a Comment