KOMBO RATU

๐Ÿ’— Preorder hingga 27 september 2019๐Ÿ’—
๐Ÿ‘ธ Kombo Ratu ๐Ÿ‘ธ
-
TULIP UNGU - (Photograph)

๐Ÿ’ƒ Novelist bestseller
๐Ÿ’ƒ Mini novel Edisi Terhad (tiada cetakan susulan)
๐Ÿ’ƒ Jualan online 100%
๐Ÿ’ƒ Hearthrobe queen
-
CIK MARDIAH (Drama King)
๐Ÿ‘ฐ Wattpad famous Malaysia - 24300 pengikut
๐Ÿ‘ฐ Romantic komedi queen
๐Ÿ‘ฐ113000 bacaan wattpad!
********
PHOTOGRAPH
Penulis : Tulip Ungu
Ahmad Tabrani...,
Dia tidak pernah melupakan Jasmine walau terpisah lama dan pertemuan semula itu menguatkan lagi perasaannya kepada Jasmine. Walaupun Jasmine berterusan berlagak seperti mereka ‘tiada apa-apa’ namun dia tetap dengan pendiriannya untuk ‘mengingatkan’ kembali Jasmine akan cerita lama yang pernah mereka kongsikan bersama.

Jasmine : “Awak tinggalkan saya tanggung malu sendirian…”
Tabrani : “Apa yang berlaku waktu tu, tak mengubah perasaan saya pada awak Jasmine, you are more than just a bet.”

Berpunca dari salah sangka cerita lama, Jasmine cuba untuk membenci Tabrani, namun benarkah benci itu mampu dia hadirkan bila hati hanya penuh dengan sayang?

Semua cinta yang mereka simpan dalam fotograf menjadi saksi betapa utuhnya cinta yang pernah mereka kongsikan bersama…

*********
DRAMA KING
Penulis : Mardhiah Dhieya
He's an actor & He's a king.

ALYA INSYIRAH – Garang. Dia punya garang sampai cicak dekat dinding pun tak berani keluarkan bunyi. Bukan setakat cicak, nyamuk pun fikir dua tiga kali nak datang hinggap. Oi, garang betul! Tapi segarang-garang ALYA, dalam hati ada Lee Jong Suk.

QAISER EHSAN – Dia seorang artis terkenal. Sebut sahaja namanya, pasti semua orang kenal termasuklah anak-anak dara dan mak-mak dara. Kacak, berdarah Thailand dan bebas kontroversi.

Demi menjayakan satu watak di dalam drama lakonannya, QAISER terpaksa masuk ke sebuah kampung yang terletak di pinggir kota. Pengambaran dan sebuah kisah bermula dari situ.

"Awak tak kenal ke siapa saya? Saya Qaiser Ehsan. Baru-baru ni menang anugerah Pelakon Lelaki Popular." – QAISER.

"Kalau awak bukan Lee Jong Suk, bukan Lee Min Ho atau bukan Park Seo Joon... maaf lah saya memang tak kenal." – ALYA.

Letak lah Fattah Amin dekat depan mata pun, memang dia takkan toleh pandang dua kali. Dipandang sebelah mata aje. Seketul ALYA memang tak minat langsung dengan artis-artis Malaysia ni. Katanya penuh dengan noda gosip yang entah apa-apa.

"Kau kena tolong aku, Alya! Hanya kau je satu-satunya harapan untuk selamatkan masa depan aku dan reputasi Qaiser sebagai artis." – RAIS.

Alya tak tahu sama ada perlu atau tak dia tolong si RAIS ni. Lagi-lagi kalau dia kena masuk dalam dunia hiburan QAISER sebagai artis. Argh, QAISER bukan Lee Jong Suk! Perlahan-lahan ALYA cuba menerima QAISER dalam hidupnya walaupun pada awalnya hatinya begitu berat. Hidup dengan seorang artis terkenal memang tak pernah termasuk dalam senarai impiannya!

"I tetap dengan pendirian I. I tetap nakkan Qaiser." – NATALIA.

Kehadiran Natalia, si pelakon jelita menambah rencah dalam kehidupan QAISER dan ALYA. Mampukah ALYA bertahan dalam kehidupan yang sentiasa menjadi perhatian netizen dan media dan mampukah QAISER mempertahankan mahligainya dengan ALYA?
.
๐Ÿ’œ Buku dijangka siap cetak akhir Oktober 2019
..
Harga :
๐Ÿ‘ฐSingle DK Rm 33 ss /rm 36 ss (Free pos hanya tempoh preorder)
๐Ÿ‘ฐSingle Photograph RM 30 SM / RM 33 SS (include postage)
๐Ÿ’ƒKombo Ratu RM 61 sm/ RM 64 ss (Diskaun berganda!)

atau

No comments:

Post a Comment