DATING MR ENEMY

PRE ORDER
LIMITED PRINT
HARGA RM28 SM / RM31 SS
poslaju RM8 SM / RM13 SS
“Kalau harapan kau malam ni sangkakala ditiup, insyaAllah... Semua ini akan hilang. Tapi, dosa mengutuk tak hilang selagi kau tak minta maaf. Nak tak nak... Merangkaklah kau minta maaf kat dia masa kat Padang Masyar tu nanti.”
“Hesy... Aku berharap aku hilang ingatanlah. Bukannya kiamat!”
“Samalah tu!”
“Mana ada sama.”
“Sedangkan kalau mati syahid pun... Kalau masih berhutang tak boleh duk dalam syurga... Apatah lagi yang hilang ingatan!”
“Eh...”
“Dahlah... Aku nak pergi ukur. Pandai-pandai kau fikir macam mana nak minta maaf kat akauntan tu. Lagipun, sampai bila kau nak lari. Minta maaf ajelah. Kalau dia tak okey, barulah bagi surat resign. Jangan mengalah dulu sebelum mencuba. Lagipun... Setakat cakap jodoh pasti berbulu... Kecil punya hal la. Biar orang kata kita ni mulut hangsuang... Tapi, jangan kata kita ni tak ada adab.”
Aku mencebik.
Hesy...
Dahlah esok...
Afgan tu nak datang tadika.
“Sebab saya selalu bersyukurlah. saya tak pernah tanya soal naik gaji! Lagipun, dah Encik Afgan tanya apa yang nak saya kompelin lagi... Saya jawab ajelah apa yang terlintas dalam kepala otak saya. Hal tadika saya dah cakap, hal budak-budak pun saya dah cakap. Saya cakap ajelah bagi pihak staf pula. Lagipun, staf ni aset tau, Encik Afgan. Kalau saya ni bukan sebagai seorang pemegang Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, tadika Encik Afgan ni tak boleh nak beroperasi. Salah tau! Ingat senang saya nak dapatkan ijazah tu?”
“Okey, saya akan semak!”
“Semak cepat sikit. Kalau boleh esok dah dapat keputusan. Yalah... Lagi beberapa hari nak hujung bulan. Untung-untung dapat naik sikit sebelum gaji hujung bulan ni...”
Mata Afgan tu membulat memandang aku.
“Fine. Esok saya datang tadika dan bagi keputusan!”
Teringat betapa bulatnya mata dia...
Terus aku memukul pipi sendiri.
Haih... Matilah aku esok!

atau

No comments:

Post a Comment