MIMPI KITA SAMA

MIMPI KITA SAMA
RM44 sem / RM49 ss
termasuk poslaju

blurb..
Airis mengatur langkah ke ruang dapur. Dia perlu cepat membasuh pinggan dan piring kotor kerana selepas ini dia perlu bergegas ke pejabat.
Telefon bimbit yang diletakkan atas kabinet pinggan, bergegar kuat. Ya Allah, orang nak cepat ada saja yang mengganggu. Tanpa melihat si pemanggil, butang hijau ditenyeh kuat. Geram.
“Waalaikumusalam…” Airis menjawab salam pemanggil di hujung talian. Sedikit terpinga-pinga dia apabila dimaki sebaik saja dia selamat menjawab salam diberi.
Bagi salam kira dah baik tetapi apa kes pula memaki hamun orang sampai tak ingat dunia? Tanpa memperkenalkan diri dia diserang bertubi-tubi.
“Apa hal call ni? Akak tengah sibuk ni,” soal Airis. Entah apa mimpi agaknya pagi-pagi buta dia menerima panggilan daripada adik sepupu suaminya itu. Dia mengambil span dan mencapai pinggan dalam singki untuk dibasuh.
“Amboi sombong sekarang ni. Baru saja dapat Abang Iddan dah sombong tak ingat dunia. Akak kena ingat akak tu tak layak langsung dengan Abang Iddan,” langsung tidak beragak-agak kata-kata yang keluar dari mulut Dahlia.
“Kalau Lia dan abang Iddan Lia tu sesuai sangat takkan dia pinang akak pulak. Lebih baik dia pinang Lia saja kan?” soal Airis. Dahlia diam.
“Maknanya akak yang sesuai dengan dia bukan Lia,” tambah Airis. Panas telinganya mendengar kata-kata Dahlia tadi. Ada hati nakkan laki orang, dengusnya.
“Akak jangan ingat Lia suka dengan perkahwian akak dan abang Iddan ni. Lia akan pastikan abang akan ceraikan akak!” Makin menyakitkan kata-kata yang keluar dari bibir gadis itu.
Mengucap panjang dia dibuatnya. Telefon bimbit dijauhkan sikit dari cuping telinganya. Bingit medengar suara jeritan Dahlia. Airis mengeluh.
Seminggu gadis itu menghilang. Dia sudah mampu menarik nafas lega. Ingatkan sudah insaf, tetapi rupa-rupanya sibuk mengatur strategi untuk memisahkan dia dengan Khaled Zidan.
Sekejap itu juga dia terasa mahu menepuk dahinya kuat-kuat. Ya Allah dengan budak berhingus pun dia boleh ambil kisah. Dia pun dah jadi macam budak-budak juga.
“Ada apa-apa lagi Lia nak cakap? Akak tengah busy ni, sekejap lagi nak masuk pejabat. Akak bukan nak menyombong dengan Lia. Lia adik sepupu suami akak jadi automatik jadi adik sepupu akak juga,” katanya. Dia seperti dapat melihat di hujung talian gadis itu mencebik.
“Assalamualaikum.” Tanpa menunggu jawapan Dahlia butang merah ditekan. Dia melepas keluhan. Dahlia… Dahlia… beberapa kali nama itu diserunya. Tak sangka gadis itu sanggup berkelakuan sebegitu. Hanya kerana mahukan Khaled Zidan.
Isy, dah lambat ni. Baru dia tersedar agak lama dia termenung di meja makan selepas menamatkan perbualan dengan Dahlia.Lebih kepada memikirkan gadis itu. Airis terus menghala ke tingkat atas.
Dia perlu bersiap untuk ke tempat kerjanya. Kalau difikirkan fasal Dahlia sampai esok pun tak akan habis. Daripada dia pening kepala lebih baik dia bersiap untuk ke pejabat.
Cepat saja tudung jenis satin warna biru laut diletakkan dikepalanya. Beberapa kali dia bepusing di depan cermin dia akhirnya menarik nafas lega. Sempurna!
Kakinya diatur ke tingkat bawah. Sempat lagi dia mengerling kotak-kotak yang tersusun di penjuru dinding. Belum dibuka dan belum sempat dikemas lagi. Kotak barang-barang miliknya yang dibawa dari rumahnya.
Tiada apa yang penting dalam susunan kotak itu, cuma novel-novel yang dibeli sejak belum berkahwin. Nak ditinggalkan di rumah ibu bapanya terasa sayang, akhirnya diangkut semua apabila dia berpindah ke rumah Khaled Zidan.
Tapi sampai sekarang kotak-kotak itu masih lagi tersadai. Tak sempat untuk dibuka dan dikemas! Dia agak sibuk selepas bercuti dua minggu. Dia perlu mencari masa yang sesuai untuk memunggahkan isi kandungan kotak berkenaan. Pada masa sama dia perlu mencari rak buku untuk menyusun atur semua novel miliknya.
Hari tu pun Khaled Zidan terbeliak biji mata melihat isi kandungan dalam kotak berkenaan. Pakaian tak banyak tapi yang banyak novel-novel yang belum dibuka sampulnya.
Pintu rumah dikunci. Kondominium mewah milik Khaled Zidan ditinggalkan. Butang lif ditekan. Ada beberapa gadis menunggu bersamanya. Dia melempar senyuman manis. Apa salahnya bersedekah senyuman di pagi hari. Bimbang pula dikatakan sombong.
“Baru pindah di sini ke?” Ramah salah seorang gadis itu bertanya.
“Ye. Baru seminggu pindah,” ujar Airis. Ramah juga gadis berbaju hijau ini. Kawannya langsung tidak bersuara. Senyum kepadanya pun tidak.
“Menyewa ke? Ada kosong lagi? Rasa unit di sini macam semua dah berpenghuni.” Tiba-tiba rakannya sebelah menyampuk. Eh, ramah juga bertanya, ingatkan yang seorang itu berat mulut!
“Akak tak sewa dik. Akak baru pindah sini, Pindah rumah suami. Rumah sendiri,” dia menerangkan kepada gadis itu. Entah betul ke tidak Khaled Zidan membeli rumah itu. Hentam sajalah labu.
“Oo… pindah rumah suami. Itulah kami rasa unit kat sini semua dah penuh. Jadi hairan jugalah bila ada orang baru pindah di sini. Unit yang mana satu akak?” soalnya lagi. Ya Allah ramah betul gadis ini. Layan sajalah Airis, entah-entah nanti kau boleh buat kawan dengan mereka berdua ni.
Airis luruskan jari telunjuknya. Nasib baik unit Khaled Zidan tidak jauh dari lif. Jadi boleh nampak dengan mudah.
“Rumah Encik Zidan ke?” Teman si gadis itu bertanya.
Airis angguk.
“Encik Zidan dah kahwin?” soal gadis itu.
Sekali lagi dia angguk. Eh, apa kena budak ni kalut semacam dia lihat? Takkan budak ni juga peminat Khaled Zidan. Kalau betul, kalut jadinya. Jangan macam-macam Khaled Zidan, penat nanti dia mahu bersoal jawab.
“Bila masa Encik Zidan kahwin?” Kali ini gadis yang ramah bertanya. Airis tarik nafas. Apalah malang nasib dia ini, pagi-pagi lagi dah kena soal siasat macam polis pencen. Lif pula merangkak dari satu tingkat ke satu tingkat. Lambat betul mahu lihat pintu lif terbuka ditingkatnya.
“Dah tiga minggu dik. Resepsi pun belum dibuat lagi. Er... Encik Zidan tu famous sangat ke kat sini dik?” soalnya. Ingin juga dia tahu pergaulan suaminya dengan jiran disitu.
“Husband akak tu peramah. Baik hati, suka tolong kami semua. Kadang-kadang tu ditumpangnya kami dengan kereta dia tu,” katanya.
Beri tumpang? Hm… memang baik sangat. Dia melemparkan senyuman kepada gadis itu. Baik ada maknanya tu, desisnya.
“Husband akak memang baik, dik. Lebih-lebih lagi dengan perempuan muda macam adik-adik ni,” katanya lalu tergelak. Kalau didengar dek Khaled Zidan mampus dia kena nanti. Matanya mengerling ke arah gadisyang kurang senyum itu. Dia nampak si teman berbisik-bisik.
“Kan aku dah kata Encik Zidan tu tak maksudkan apa-apa bila dia buat baik dengan kita. Dia sekadar mahu membantu saja. Kau saja yang perasan lebih cakap Encik Zidan sukakan kau,” gadis itu berbisik tetapi masih jelas ditelinga Airis.
Patutlah muka masam mencuka. Tunjuk wajah tegang, rupa-rupanyanya bengang lelaki pujaan sudah berkahwin. Haiya! Khaled Zidan, I dah mahu pengsan ni. Parah betul jadi isteri lelaki pujaan Malaya ni.
Belum sempat dia mahu menjawab, pintu lif terbuka. Penuh! Patutlah lif lambat merangkak-rangkak, rupa-rupanya berhenti di setiap tingkat. Cepat saja dia meloloskan diri masuk dalam perut lif.


atau

No comments:

Post a Comment