MY TERRIBLE PRINCE ~ ADNIL ZAFF

READY STOK 2 NASKAH SHJ LAGI
LIMITED PRINT
ONLINE SHJ
HARGA RM34 SM / RM37 SS
postage RM8 SM / RM12
.
LIMA bulan berlalu, tiba giliran Dr. Raudhah menziarahi besannya. Sebetulnya, dia terbuka hati setelah diajak oleh Prince sendiri. 
Tetapi mendengar Dr. Raudhah mahu ke Perancis dan pemergian itu ditaja pula... maka lebih ramailah menawarkan diri untuk pergi sama. 
Ketika menunggu di KLIA, Eric bertanyakan tentang harga tambang penerbangan mereka anak beranak.
“Berapa harga tiket semua, Laura? Abang boleh ganti semula.”
“Bukan duit Laura. Duit dia. Laura bawa body aje. Bab itu Laura tak pernah ambil tahu pun,” jawab Laura sambil memuncungkan mulutnya kepada suaminya. Lelaki itu melayan anaknya berlari ke sana sini. 
“Trans Sky Airlines ni syarikat baru ke ni?” tanya Ubaidah saat membelek pass perlepasan.
Laura sempat memandang kakak iparnya itu. 
“Entahlah. Tak pernah dengar. Syarikat penerbangan tambang murah kut,” jawab Dalilah. 
“Lantaklah tambang murah ke apa. Janji sampai Paris,” ucap Ubaidah. Dah lama berhajat hendak ke sana setelah kali pertama mereka sekeluarga pergi lima tahun lalu. 
“First time kita pergi Paris dulu naik MAS, kan? Tak mainlah tambah murah, you.” Dalilah ketawa.
“Syukurlah orang nak belanja! Nak harap kita pergi sendiri, nak kena kumpul duit dulu baru merasa” tegur Dr. Raudhah. 
“Kita bukan tak mampu nak pergi. Tak ada masa aje, mama.” Dalilah menjawab dengan tawa main-main. 
Laura mendengus dalam diam. Lekas-lekas bangun untuk mendapatkan suaminya. 
“Mama, Ila dah cakap dengan Ian... nanti kami nak book hotel dekat Paris. Tak mahulah duduk bersempit-sempit di rumah orang. Segan. Lagipun tak selesa.”
“Singgah dulu rumah orang tua Prince. Jaga adab. Dah orang mengajak, kita jangan nak ikut kepala sendiri aje.”
“Dia ajak kita duduk rumah dia sebab ingat kita ni sengkek. Maklumlah... kat Paris tu kan serba serbi mahal.” 
Dr. Raudhah menggeleng tidak senang. “Tengok keadaan macam mana.” 
Sesudah masuk ke dalam pesawat Boeng 777, mereka semuanya ditempatkan di Executive Class.
Tercengang Dalilah dan Ubaidah macam orang baru bangun tidur saat melihat sekeliling. 
“Tambang murah, kan?” perli Laura. Kau ingat laki aku tu sengkek ke? Dahlah tak tahu berterima kasih! Bisik hatinya geram. 
Dr. Raudhah menyenggol lengan Laura. Enggan membiarkan anaknya mencari gaduh dengan menantu perempuannya itu. 
“Jangan layan,” bisik Dr. Raudhah. 
“Sakit hati,” balas Laura perlahan. 
Prince duduk di hadapan bersama Iman. Ketika pramugari bertanyakan minuman untuknya sebelum mereka berlepas, dia meminta pramugari itu melayani isterinya. 
“I’m fine...” jawab Laura lantas tersenyum. 
“What about you, madam? Can I get you a drink?” 
“Maybe later. Thank you so much,” balas Dr. Raudhah lembut. 
Pramugari itu membuka ruang penyimpanan barang di atas. Sehelai selendang bulu biri-biri dikeluarkan sebelum diberikan kepada Laura.
“For me? Thank you so much,” ujar Laura lantas memandang emaknya. 
“Have a pleasant flight, madam. Merci.” Pramugari itu tersenyum manis sebelum berlalu. 
“Pelik mama. Kamu seorang aja yang pramugari tu layan. Orang lain dia tak tanya pun,” ujar Dr. Raudhah.
Laura menarik mamanya lalu berbisik. 
“Lah... iya ke?” Terbuntang mata perempuan tua itu.
“Ya!”
Dr. Raudhah menoleh kepada dua menantunya itu. Masing-masing saling berbual berdua. Patutlah Laura berkata betapa istimewanya dia kerana besannya menghantar sebuah pesawat ke sini semata-mata untuk mereka! 
“Bercakap tak pakai otak,” bisik Dr. Raudhah.
“Mama kata pada Laura ke?” ujar Laura terkejut.
“Bukan kamu,” balas Dr. Raudhah sambil lewa. 
“Jadi, memang betullah mama dia hantar pesawat ni ke sini untuk kita?”
“Eh! Taklah. Itu Laura kelentong aje. Saja nak sakitkan hati dua batu api tu. Sebetulnya airlines ni turun sini empat kali aje sebulan.” 
Dr. Raudhah ketawa kecil. “Ingatkan betul tadi. Terkejut juga mama. Sampai begitu sekali.” 
“Ish! Bukan kita aje yang ada dalam ni. Kan penuh orang kat belakang tu,” ujar Laura lantas ikut ketawa bersama mamanya. 
“First time dia bawa Laura ke Paris, kami naik jet, mama. Kami berdua aja dalam tu. Terkejut beruk Laura. Dia tak suka cerita sangat pasal business keluarga dia,” ujar Laura. 
“Mama ingat kamu pernah cerita dulu mama dia tu dari Yangon.”
“Ya. Keluarga dia memang dah kaya rasa semenjak dulu. Dia ada cerita, moyang dia asal dari Shanghai tapi lari ke Burma masa musim perang. Mama dia dibesarkan dia Perancis. Sekali sekala balik ke Yangon sampai Prince umur tujuh tahun lebih kurang. Lepas tu diaorang menetap di Perancis sampai sekarang. Papa dia tu sebenarnya bekas bodyguard mama dia sebelum jadi pilot. Terus ambil buat jadi suami.” Laura ketawa di hujung bicaranya. 
“Oh... kisahnya,” sambut Dr. Raudhah. Kagum kerana besannya itu amat lembut dan merendah diri orangnya. Bernikah dengan orang kebanyakan rupanya.
Sepanjang penerbangan, bukan main ceria lagi mereka. Prince hanya buat hal sendiri di hadapan bersama anaknya. 
“Kadang dia macam tu, Laura ada masa dengan mama. Dia tak pernah complaint,” ucap Laura perlahan. 
“Yalah. Mama perasan juga tu,” jawab Dr. Raudhah perlahan. 
“Mama tahu... kondo dan kereta Laura tu dia yang bayar,” bisik Laura.
Bulat mata Dr. Raudhah memandang Laura. serta merta teringat dua menantunya itu cukup marah kalau mendapat tahu Prince menggunakan kereta Laura. Di situlah menyala-nyala hasutannya. 
“Laura tak cerita sebab itu rahsia kami. Dia pun tak suka orang tahu. Tapi dulu dia ada cakap dengan Laura. Minta Laura beritahu mama yang dia akan beri duit nafkah setiap bulan. Laura tak tahu apa sebabnya dia cakap begitu. Agaknya dia ada dengar cakap-cakap belakang pasal dia tak kerja.”
Dr. Raudhah diam merenung anaknya. Sudah lupa peristiwa itu. Mungkin ada mereka berkata sesuatu yang mengguriskan hati Prince.
“Tak apalah. Hal dah lepas,” ucap Laura dengan helaan nafas panjang.
“Dia layan kamu baik, mama dah cukup gembira, Laura. abaikan yang lain tu. Lama-lama senyaplah tu,” pujuk Dr. Raudhah kepada anaknya.
Laura kembali memandang mamanya. Memadai emaknya memahami dan merestui perkahwinannya dengan Prince. Itu sudah cukup bererti baginya. 
Dua batu api itu? Nantilah! Perjalanan baru bermula!
atau

No comments:

Post a Comment