READY STOK
HARGA SPT DALAM POSTER
STOK TERHAD!
TAJUK : MERTUAKU MY SOULMATE
Apa akan jadi kalau perkara ini akan berlaku pada diri anda apabila anda mendapati bakal bapa mentua anda sebenarnya adalah Soulmate anda? Siapakah yang anda akan pilih? Anak atau bapa?
"Ehh... Awak tak apa-apa ke, cik?" Suara lunak itu berkemundang dengan indahnya di telingaku.
Kaki ku yang sakit ku urut-urut sendiri. Air mata sudah mahu menerpa keluar namun ku tahan.
Malu jika aku menangis di hadapan lelaki pertengahan umur yang datang menerpa membantuku entah dari mana ketika kasut tumit tinggiku termasuk sebelah ke dalam jejaring besi di jalan luar Mall itu.
Aku menggeleng laju. Tanpa bersuara. Namun berdecit menahan rasa ngilu di pergelangan kakiku.
Dah sah aku terseliuh ni.
"Cik... Biar Pak Cik tolong ya... " lembut sahaja suara itu ingin membantu. Aku mendongak menatap wajah lelaki itu. Tidak ada yang istimewanya wajah lelaki separuh umur itu. Seperti lelaki di usia 50-an sahaja. Alur-alur kerut di dahi dan di tepi hujung mata semakin ketara.
Tanpa aku dapat menolak, lelaki itu memapah aku ke tepi. Kedua belah bahuku diampunya dengan lembut sambil membantu aku keluar dari laluan orang ramai yang lalu lalang yang menoleh ke arah kami.
Mungkin mereka berfikir seorang ayah sedang membantu anak perempuannya yang telab terjatuh. Jadi mereka tidak perlu turut sama membantu apalagi masuk campur.
"Ouchh!" spontan dengan itu aku menjerit kesakitan apabila pergelangan kaki ku dialihkan.
Kali ini air mata tadi mengalir jua.
"Ya Allah, Cik ni. Terseliuh ni. Mari Pak Cik tengok dulu macamana." Tanpa sekali lagi aku dapat menolak pertolongannya, kaki ku disentuh dengan lembut. Aku menahan diri dari mengaduh kesakitan lagi.
“Iya, dah rindu. Sebab tulah Nazim tak nak tunggu lama-lama. Alangkah bahagia kan kalau kita dapat cepat-cepat kahwin dan tinggal bersama. Tak payahlah nak rindu-rindu macam ni. Nampak aje kat depan mata. Terus aje boleh peluk.” - Nazim
“Alaa.... abang ni. Bukan Ila tak boleh buat semua tu dah. Tapi dulu juga abang yang benarkan Ila sibuk ke sana ke mari agar tak bosan duduk di rumah. Dah berpuluh tahun kot Ila buat apa yang Ila buat semua ni. Dengan izin abang juga, kan? Habis tu. Ila kena berhenti buat semua ni ke, bang? Macam tu maksud abang?” - Datin Zarila
“Nad... uncle tak sangka, uncle boleh ada perasaan macam ni pada Nad. Maafkan uncle ya. Tapi percayalah... perasaan uncle ni benar-benar ikhlas...Uncle-“ - Datuk Dr. Nasrul
“I tak buat apa-apa pun dengan papa youlah!!" - Nadira
-
-
💖MAMA TIRIKU MABELES!💖
°
"Kamu jangan mimpi ummi kamu dapat datang masa akad nikah kamu nanti, tahu tak!"-DIRA
°
"Eh, kau ni memang nak bunuh anak tiri kau ke, Dira?"-PUAN IMAH, nenek tiri MILA
°
"Kau memang dah hilang akal ya? Itukan mak budak tu. Yang kau nak kawal kesemuanya kenapa ha?"-JAJA, kawan baik DIRA
°
"Abang call janda lama abang kan? Abang nak menggatal lagi ke ha?"-DIRA
°
"Jangan buat hal Dira, abang call bersebab."-ANUAR
°
Bagi Dira, dia tetap tidak dapat menerima kehadiran semula bekas isteri suaminya itu. Walaupun sekadar mahu menghadiri pernikahan anak tirinya.
°
Apakah akhirannya di dalam kemelut yang sedang melanda di jiwa Dira?
°
Mama Tiriku Mabeles mengungkap segalanya!
No comments:
Post a Comment