[PRE-ORDER] H.U.D: HIJRAH UNTUK DIA NOVELIS ARSYA AISYA
.
.Cerita ni best ke??? Opkos la best.. bila dh mula pasti hgpa x sabaq utk smpai ke perkataan tamat.. kita belanja blurb dulu yer...
P M / www.wasap.my/60189666752/ DwiMekComel
.
.Cerita ni best ke??? Opkos la best.. bila dh mula pasti hgpa x sabaq utk smpai ke perkataan tamat.. kita belanja blurb dulu yer...
P M / www.wasap.my/60189666752/
BLURB:
Cinta?
Sampah!
Perempuan?
Hiburan!
Itulah pendapat Hud Wazir tentang hidup berpasangan. Menjadi lelaki kacak dengan kerjaya yang kukuh, untuk memiliki perempuan semudah memetik jari sahaja. Pasti ramai yang datang menyerah diri.
Tiada yang menduga di sebalik seorang playboy terulung itu tersimpan sejuta rahsia yang mampu melemaskan jiwa. Hidup yang tenang mula berubah ritma dengan kemunculan si dia. Si gadis yang simple dan biasa-biasa.
Nurratul Asma’!
Sekeping nama itu membuatkan kerajaan hati seorang Hud Wazir nanar.
“Err, encik nak apa?’’ -Asma’
“Nak awak, boleh?’’ – Hud
Berdepan dengan Asma’, segala skil playboy tumpul. Segala ayat manis dipandang sepi si gadis. Semakin Asma’ menolak, semakin kuat Hud mencuba. Semangat mahu memiliki menguar dalam tubuhnya.
Titik hitam mula menghambat hidup Hud. Dia mahukan Asma’, namun saat dia hampir berjaya, dirinya dikejar dosa lalu. Mia dan Nur hadir menuntut sebuah tanggungjawab. Namun andai sudah jodoh, siapa mampu menghalang. Dalam kekalutan hidupnya, Hud melamar Asma’.
Akad menyatukan mereka. Sangka Hud itulah pengakhiran bahagia, namun dosa ibarat bayang-bayang mengejar di setiap langkahnya. Dendam hati hitam manusia melingkari perkahwinannya dengan Asma’.
Apakah mampu sebuah perkahwinan yang diniatkan kerana Allah mengharungi cabaran? Mampukah Asma’ menangkis godaan dendam dari masa lampau Hud?
Amacam...nk lagi??? Kita belanja 3 bab pertama naaa.. 😀
H.U.D
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Surah Al- ‘Asr)
Bab 1
Bunyi muzik yang kuat menenggelamkan pengunjung dalam khayalan. Menikmati keasyikkan dunia, masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Larut dalam bahagia ciptaan mereka sehingga lupa akan batasan antara mereka.
Di satu sudut, Hud duduk sambil meneguk air coke dalam gelas. Matanya liar memandang lantai tari di mana pasangan-pasangan berpelesaran. Kemudian anak matanya lari melihat sekitar, senyum sinis merekah dibibirnya. Mood mahu berseronok hilang entah ke mana, kalau bukan kerana ajakan Mia dia sudah terlantar atas katil empuknya. Itu lebih menyenangkan memandangkan tubuhnya yang letih kini.
Sedang asyik memerhati gelagat manusia yang bermuka setan, mata Hud menangkap susuk tubuh gadis yang tidak biasa dia lihat di kelab ini. Dari pemerhatiannya, dia boleh agak yang inilah kali pertama gadis itu jejak kaki ke kelab. Kali pertama dikelilingi lelaki kacak berhidung belang. Memang jadi lauklah gadis itu malam ini.
Gelas yang berisi coke diangkat lagi, lalu ditegus rakus. Sesekali lambaian Mia mengajak dia ke lantai tari, dibalas dengan gelengan. Walaupun dia pengunjung tetap kelab ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak pernah sekali pun dia jejak kaki ke lantai tari itu. Terkinja-kinja menari bagaikan manusia tidak bertamadun baginya hanya menjatuhkan pesonanya sebagai lelaki macho. Macamlah apa yang dia lakukan sekarang ini menunjukkan dia lelaki yang bertamadun.
Terkadang dia yang melihat pun naik rimas. Mereka itu semua bukan menari pun hanya lebih kepada bergeselan antara satu sama lain. Ambil kesempatan! Kalau dah berada di lantai tari itu, pasangan pun boleh bertukar ganti dengan pasangan orang lain. Sudah seperti sistem barter. Ah, bukanya ada yang peduli pun. Masing-masing dengan dunia masing-masing. Melayan kemabukkan yang menenggelamkan kewarasan akal. Silap hari bulan boleh berlaku adegan bertumbuk pula.
Tatkala matanya memandang seorang pelayan, tanganya melambai.
``Yes, sir?’’
``Coke, please,’’ pinta Hud kuat mengatasi bunyi kuat muzik.
``Hey, man! Coke aje? Tak nak air lain ke? like this?’’ suara itu mengunjukkan gelas yang berisi air kuning itu.
Hud berpaling sekilas ke arah suara itu sebelum kembali kepada pelayan yang sedang menanti arahanya.
``Coke yer,’’ ujar Hud lagi. Pelayan itu angguk dan berlalu pergi.
``Hey,’’ tubuh itu dilabuh kasar atas riba. Tangan si gadis bermain dengan kolar bajunya.
Hud simpan senyum. Bau nafas gadis itu membuatkan tekaknya loya tapi ditahankan saja. Adatlah siapa yang bertandang ke sini akan berakhir dengan keadaan seperti gadis ini. Berapa banyak arak yang sudah diteguk pun dia tidak tahu. Tubuh genit gadis itu melorot jatuh namun cepat disambar Hud. Tanganya kemas melilit pinggang ramping si gadis.
``Easy girl,’’ bisik Hud.
Gadis itu senyum. Tanpa segan silu, tangannya mencapai sebelah lagi tangan Hud lalu dijatuhkan atas pahanya yang terdedah itu.
Hud tarik senyum. Pucuk di cita ulam mendatang. Rezeki depan mata jangan ditolak, bukankah begitu? Dia hanya membiarkan tingkah si gadis yang sedang bermain dengan jari-jemarinya. Membiarkan gadis itu menuntun tanganya menari dia peha miliknya. Berani! Gadis ini memang berani! Matanya meliar melihat sekeliling mencari pasangan si gadis. Dia tidak mahu kerana seorang gadis, wajah kacaknya menjadi makanan penumbuk sesat.
Setelah puas hati dengan pemerhatian yang si gadis sesat ini bukan milik sesiapa, dia mengemaskan pelukan di pinggang gadis itu. Mendorong si gadis dekat padanya. Dada bertemu dada. Bau minyak wangi yang tercalit ditubuh genit itu membuatkan nalurinya bergetar.
``I dah lama perhatikan you. Baru malam ni I dapat dekati you,’’ lunak suara si gadis memberitahu.
``Ooo, really?’’ Hud jungkit kening. Tidak tahu pula yang dirinya ini di intai dalam diam. Bibirnya mengukir senyum manis.
``Ya,’’ tangan si gadis melingkar di lehernya.
Bibir merah si gadis diratah penuh asyik. Ah, jika di momok begini, bagaimana dia mahu sabar. Tangan yang tadi berada di atas paha gadis itu kini naik membelai rambut ikal itu.
Gadis itu hanya membiarkan. Seronok dibelai manja begitu. Bibir bawah di gigit lembut menggoda. Turun naik nafas Hud melihat aksi liang lentok si gadis. Terang-terangan gadis itu menggodanya. Dan dia sudah… Tergoda!
Tanpa menunggu lama, ditarik pinggang gadis itu merapat. Kali ini lebih rapat hingga hidung mereka bersentuhan. Hanya lirikan nakal berbicara dengan mata kuyu gadis itu. Tidak semena-mena gadis itu merapatkan bibirnya menyentuh bibir Hud.
``Ehem,’’ suara seseorang berdehem mematahkan tautan asyik antara Hud dan si gadis.
Mata Hud yang terpejam, di buka sebelah mengintai gerangan siapa. Bibirnya dengan si gadis sesat masih bersatu. Perasan wajah gadis pelayan di hadapanya yang merona kemerahan, Hud melepaskan tautan bibirnya dengan si gadis. Seketika dia mencuri nafas yang hilang sebelum kembali memandang wajah merah di hadapanya ini. Malu? Kalau malu kenapa pilih jadi pelayan kelab dik? Selar Hud dalam hati.
``Anything?’’ soal Hud.
``Coke.’’ Ujar gadis pelayan itu seraya meletakkan air tersebut atas meja.
``Thanks. Awak boleh pergi,’’ ujar Hud.
Gadis itu pandang Hud sekilas sebelum berlalu pergi.
Hud terpanar. Pandangan gadis pelayan itu…. Sinar mata itu menggambarkan kesedihan. Kenapa? Kami kenal ke? persoalan yang bermain di minda Hud putus begitu saja apabila pipinya dikucup lembut oleh gadis tadi. Namun kali ini dia tidak mampu membalasnya. Hanya membiarkan bibir bersalut lipstick merah itu meratah wajahnya. Renungan gadis pelayan tadi berlegar-legar diruang matanya.
Bab 2
Asma’ lempar dulang atas meja kaunter. Panas hati dengan adegan yang dia lihat tadi. Tidak adakah rasa malu di antara keduanya? Bercumbuan di khalayak ramai! Ikutkan hati hendak saja dia simbah dua makhluk tadi dengan air coke. Memikirkan ini tempat dia mencari rezeki ditahan amukan hati.
``Kau kenapa ni?’’ tegur Azyan.
``Tu… Kau tengok tu. Sakit mata aku ni tahu!’’ muncung Asma’ di hala ke arah Hud dan pasanganya.
Azyan ketawa. ``Macamlah kau tak biasa tengok. Memang itulah tujuan dia orang datang sini. Enjoy dan enjoy,’’ jelas Azyan. Tak faham dengan sikap Asma’. Nak kata baru kerja tapi dah dua minggu di sini. Takkanlah masih malu lagi? Atau ada sesuatu yang dia tidak tahu? Bukan dia tidak perasan, adakalanya mata kecil Asma’ akan mencuri pandang Hud setiap kali lelaki itu datang ke sini. Dan setiap kali itulah, wajah Asma’ akan hilang seri dan pandangan mata sahabatnya itu bagaikan satu kesalan melihat Hud begitu. Agak-agak kenapa ek? Mahu tanya pada tuan empunya badan dia masih tidak berkesempatan.
Hud? siapa tidak kenal lelaki kacak itu. Memiliki aura yang buatkan mata tidak akan mengalih dari memandangnya. Susuk tubuh yang tegap, serta bentuk wajah Hud yang bujur; rahang terbentuk elok. Mata yang redup, tajam tapi memikat. Kening yang tidak tebal. Ditambah pula hidung yang mancung. Bibir? Bibir nipis Hud membuatkan setiap memandang mahu menyentuh bibir merah itu. Bukankah itu satu gambaran sempurna bagi seorang Hud?
``Yer la, enjoy… enjoy juga. Dibuatnya tengah bercemolot tu Allah ambil nyawa, haaa… Tak ke niaya aje? Mati sebelum bertaubat!’’ selar Asma’. Geram! Ini bukanlah kali pertama dia melihat adegan seperti itu. Malah, bukan lelaki itu saja yang berkelakuan seperti ini, hampir kesemua pengunjung kelab ini begitu. Tidak kira umur! Tua… yang kubur dah panggil kembali pun tetap mengunjungi tempat jahanam ini.
Azyan senyum senget. ``As, jangan kata orang. kita ni… Kalau tengah angkat gelas arak ni, Allah tarik nyawa… kau rasa kita mati dalam iman ke? arak ni dosanya bukan hanya mereka yang meneguk tapi yang menjualnya pun berdosa!’’ tempelak Azyan. Bukan mahu menunjuk alim tapi menyedarkan sahabatnya itu bahawa mereka juga sama seperti pengunjung kelab ini.
Asma’ diam. Pegun. Apa yang dikatakan Azyan itu betul, tepat mengena hatinya. Dia terlupa yang dia juga sama. Kerana mahu mencari rezeki, dia sanggup bekerja sebagai pelayan di kelab ini sedangkan dia sendiri sedar bahawa ini semua salah. Niat tidak menghalalkan cara! Astaghfirullah, siapa dia hendak persoalkan apa yang dilakukan lelaki itu? Bukan sesiapa pun dengan dia. Dosa pahala pun masing-masing yang tanggung.
Dia melangkah ke bahagian belakang. Baju seragam kerja dia buka berganti baju lain. Waktu kerja dia sudah tamat. Rasanya selepas ini dia harus pertimbangkan balik untuk terus kerja di sini. Rezeki yang dicari dengan cara yang tidak halal, maka hasilnya juga tidak halal. Apakah dengan duit yang tidak halal dia mahu membayar hutang orang tuanya?
``Kau nak balik dah?’’ tegur Azyan lagi.
``Ya. Waktu kerja aku pun dah habis ni. Lagi pun kau tahukan, pagi esok aku shift aku kerja kat seven eleven tu. Kalau aku balik sekarang sempatlah lelapkan mata sejam dua.’’ Ujar Asma’ bersama senyum tawar.
Azyan tepuk dahi. Baru dia teringat yang Asma’ banyak lakukan kerja part time! Sahabatnya ini bukan tidak ada ijazah, ada! Tapi sudah banyak kerja yang di pohon namun masih belum menjadi jodoh rezekinya. Sekarang untuk bayar hutang PTPTN dia perlu lakukan apa saja kerja. Mak ayah dah lama tiada. Dia anak tunggal. Susah senang dia sendiri yang tanggung.
``Hati-hati balik tu,’’ pesan Azyan. Mereka tinggal serumah. Tapi jadual kerja mereka tak sama. Kadang selisih jalan, seorang keluar; seorang balik rumah.
``Ya, bye.’’ Dia melangkah keluar ikut pintu belakang. Gila dia hendak keluar ikut pintu depan. Jelik mata dia melihat aksi lepas bebas pasangan-pasangan kat dalam tu.
Beg silang ditarik kemas. Dia pandang kiri kanan, kawasan belakang kelab ini juga sama meriah seperti di dalam; ada kumpulan merokok tidak kurang juga yang melakukan projek terlarang. Nafas berat dilepaskan. Entah sampai bila dia harus kerja sebagai pelayan di kelab ini? dia sudah rasa muak melihat aksi-aksi melampau manusia-manusia ini. Lemas malah bahunya terasa sangat berat. Dia melihat kemungkaran namun dia tidak dapat menegurnya, bagaikan dia juga turut bersubahat. Untuk menegur dengan hati, dia sendiri sedang melakukan dosa. Menjadi pelayan menghidangkan arak, satu dosa! Keluhan berat dilepaskan.
Tambahan pula, dia terpaksa mengorbankan tudung yang menjadi pakaianya. Rasa berdosa mendedahkan aurat tidak pernah tinggalkanya, menghantui dirinya bagaikan bayang-bayang. Rasa bersalah pada arwah orang tuanya kian menebal.
Kaki yang berat diangkat gontai meninggalkan lorong yang kelam ini. Ya Allah, kenapa aku masih belum beroleh pekerjaan yang lebih baik? Aku mahu mencari rezekiMU yang halal bukan yang begini. Aku bimbang hilang keberkatan dalam rezekiku. Sedang kepala melayang memikirkan nasib diri tiba-tiba tubuhnya dilanggar dari arah depan.
``Auch!’’ mujur dia sempat menyambar baju orang yang melanggarnya menahan dari dia terjatuh.
Prak! Bunyi seperti benda terkoyak.
Bulat mata Asma’ memandang belahan di bahagian depan baju tersebut. Menyerlahkan dada bidang si pelanggarnya. Kalau ikutkan ukuran dada ini mesti… Lelaki! Oh my! Makin luas mata Asma’ mengenang hakikat itu. Perlahan-lahan dia angkat matanya memandang susuk di hadapanya ini.
``Awak!’’ naik seoktaf nada Asma’. Laju tanganya melepaskan pegangan tadi.
Hud pegun. Matanya memandang gadis di hadapanya. Bukankah ini gadis yang sama tadi? Pelayan di kelab ni? Matanya tajam menikam anak mata si gadis yang kelihatan kalut.
``Err, saya minta maaf sebab koyakkan baju awak. Hmm… Nanti dapat gaji saya ganti baru. Maaf!’’ pinta Asma’ laju. Hanya itu yang terlintas dalam kepalanya ketika ini. Jantung sudah tidak keruan melihat pandangan tajam lelaki itu. Kenapa hati aku ni?
``Saya Hud. Nama awak?’’ soal Hud tanpa hiraukan apa yang dikatakan gadis tadi. Gadis cantik depan mata; senyum nakal Hud terbit.
``Hah?’’
``Saya tanya nama awak, apa?’’ soal Hud lagi.
``Untuk apa?’’ soal Asma’ pula.
``For this,’’ Hud tarik bajunya yang koyak.
``Ooo, takpe. Saya kerja kat sini. Saya pun tahu awak pelanggan tetap sini. Jadi, jangan risau. Saya takkan tipu. Awak akan jumpa saya setiap masa kat sini. Maaf, saya minta diri dulu,’’ ujar Asma’. Laju dia mengatur langkah meninggalkan Hud. Panggilan lelaki itu dibiarkan begitu saja.
Bukan mahu mengelak tapi hatinya! Entah kenapa melihat renungan tajam lelaki itu hatinya bergetar. Gila! Kau dah gila Asma’.
Hud hanya memerhatikan langkah tergesa-gesa si gadis itu dengan muka bingung. Setelah jauh susuk tubuh itu menghilang dia melangkah ke keretanya. Melihat pada keadaan bajunya ketika ini, lebih baik dia balik ke rumah saja. Gila nak masuk kelab tu balik dengan baju rabak begini.
``Hey, Hud! Nak pergi mana ni? Lama I tunggu you kat dalam tadi,’’ ujar Mia. Tadi Hud bagitahu nak keluar sekejap tapi dah lima belas minit berlalu lelaki itu belum memunculkan diri. Sebab itulah dia putuskan untuk cari lelaki ini.
``Kenapa cari I? skandal you kat dalam tu tak marah ke?’’ sinis ayat Hud. Bukan dia cemburu pun tapi meluat. Ajak dia keluar tapi merenyam dengan jantan lain. Nak tunjuk diri tu laku ke apa?
``Hey, you jelous ke?’’ manja lenggok suara Mia. Dia mendekat. Dada bidang Hud diusap lembut. Namun tanganya terhenti pada koyakkan baju lelaki itu. Keningnya berkerut. Pelik.
Hud Wazir pandang wajah berkerut Mia tapi tidak diendahkan. Tangan Mia ditolak perlahan. ``Oh, come on Mia! You dah kenal I lama, okay. Cemburu dengan I bukan `bestfriend’. Lagi pula apa guna I nak cemburu dengan you. Yang kat dalam tu bukan skandal you yang pertama, tapi entah yang ke berapa. Membazir tenaga I aje la nak cemburu bagai,’’ mendatar kata-kata Hud. Bosan!
Mia telan liur kelat. Terhiris hatinya. Susah benar nak dapatkan hati seorang Hud. Dia bisa memiliki tubuh lelaki itu tapi jiwa dan raga Hud, susah! Mereka boleh lepak bersama, habiskan masa berdua berjam-jam. Hud juga amat menjaga dirinya tapi, itu semua atas dasar sebagai kawan! Dan dia, tidak mahu menjadi kawan Hud. Dia mahukan tempat dihati Hud. Menjadi wanita istimewa dalam hidup lelaki itu.
``Okay. Fine.’’ Ujar Mia mengalah. ``But, boleh I temankan you malam ni,’’ sambung Mia dalam nada menggoda tanpa sedikit pun rasa segan. Matanya melirik manja ke arah Hud. Usaha yang tak pernah jemu walau tidak pernah membuahkan hasil. Dengan Hud, dia sering menawarkan dirinya, merendahkan maruahnya. Hatta sepicing pun lelaki itu tidak pandang.
``Sorry Mia. I nak sendiri malam ni,’’ putus Hud. Dia sebenarnya penat. Dua tiga hari ini kerja pejabatnya begitu banyak. Malam ini kalau bukan kerana pujukan Mia dia tidak akan datang ke sini. Dia akan memilih untuk berada di rumah dalam dakapan si manis yang baru dikenalinya semalam.
``Wow! Since when?’’ sinis nada Mia.
``Since when… what Mia?’’ soal Hud malas-malas. Dia dah muak melayan sikap Mia ni.
``Ya laa, sejak bila pula you pandai nak sendiri. Bukankah selalu buaya macam you ni akan bawa mangsa bersama ke `sarang’,’’ ujar Mia. Sakit hati.
``Hahaha, kalau I nak bawa mangsa pun, yang pasti bukan you. Hey, I ni buaya millennium. Tak mainlah cilok barang secondhand banyak kali. Sekali cukupla,’’ pedas ayat Hud. Dia terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Malas mahu terus mendegar soal jawab dari Mia. Dia pandang cermin pandang belakang, terbias susuk tubuh Mia yang sedang menghentak kaki. Marah barangkali. Senyum senget terbit di bibirnya. Siapa suruh naikkan marahnya. Sudah dibagitahu dengan baik dia ingin sendiri, masih juga mendesak.
Bab 3
Hud pandang keluar cermin balkoni kondonya. Kuala Lumpur di waktu malam lebih indah ditemani cahaya lampu. Air tin yang dalam genggaman di teguk rakus. Jam di dinding sudah menginjak 3 pagi. Sejak kebelakangan ini dia kerap terjaga dikitaran waktu begini. Jika sekadar terjaga dari lena dia tidak mengapa tetapi… dia mengeluh berat.
Jiwanya memberat dengan segunung rasa resah dan gelisah. Hatinya memberontak mencari sebuah ketenangan yang kian pudar dari hidupnya. Otaknya mula menyelongkar kenangan lama yang cuba dihapuskan dari hidupnya namun ia berakhir dengan kelelahan yang panjang apabila kegiatan gelapnya bersilih ganti datang mencelah. Jiwa resahnya kian lemah.
Sedang jiwanya bergelut dengan insani, warasnya dikejutkan dengan pelukkan di pinggang dari belakang. Serta merta bibirnya merekah senyum. Kegusaran, kelelahan tadi terbayang jauh bagaikan tidak pernah singgah dibenaknya.
``You buat apa kat sini? Biarkan I sorang-sorang atas katil,’’ manja suara gadis itu.
``Kenapa Lynn? Masih tak puas lagi ke?’’ tubuh genit Lynn ditarik berhadapan denganya. Bibirnya terukir senyum nakal. Rambut ikal Lynn menjadi mainan jari-jari kasar Hud.
Tangan halus Lynn dibiarkan bermain di dada bidangnya yang tidak berbaju. Hanya berseluar pyjama sahaja. ``Kalau dengan you, mana pernah puas. You pandai bawa I ke syurga dunia,’’ lunak nada Lynn menggoda. Matanya melirik manja pada Hud, bibir bawah digigit menggoda.
``You pandaikan nak beli jiwa I,’’ ujar Hud. Dagu Lynn diangkat sehingga wajah itu mendongak ke arahnya. Pantas tanpa isyarat, bibir nipis Lynn menyatu dengan bibirnya. Dihisap lembut dua ulas bibir gadis itu bagaikan manisan yang tidak pernah hilang rasanya.
Tangan Lynn naik melingkari leher Hud. Dia hanya menuntun kaki mengikut setiap langkah Hud; membenarkan dirinya dikerjakan lelaki itu. Desahan nafas nikmat mula kedengaran. Hud melepaskan pautan bibir mereka. Tubuh genit Lynn dicempung lalu di bawa ke ranjang. Apa lagi yang hendak ditunggu jika keduanya sudah merasakan gelora yang sama.
Tawa manja Lynn, menerbitkan senyum pada bibir Hud. Perlahan dia letak tubuh kecil Lynn atas katil. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Lynn yang sedang merenungnya dalam. Sepasang mata gadis itu menghantar isyarat mahukan lebih. Dan tanpa mereka sedar yang setiap perlakuan mereka itu, ada mata yang memerhati. Allah Yang Esa!
Sikap terlupa manusia seringkali memakan diri malah Allah telah memberi peringatan tentang ini dengan firmanNYA dalam kitab suci ; ``katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanya tentang apa yang mereka kerjakan.’’ (Annur : ayat 30)
Bunyi telefon yang menjerit nyaring menganggu lena Hud. Dia berpaling ke kananya, kelihatan Lynn masih tidur pulas. Senyuman puas diukirkan. Kemudian dia beralih memandang kepala meja di sebelah kiri. Telefon yang sedang menjerit dicapai. Tertera nama setiausahanya. Laju dia menekan butang hijau itu.
``Hello, Aniz. Kenapa call saya awal pagi ni?’’
``Bosss,’’ meleret Aniz memanggil majikanya itu.
``Haisy, janganlah menjerit. Kenapa ni?’’ soal Hud lalu bangun bersandar belakang pada kepala katil.
``Bos masih tidur ke? Ya Allah, bos tahu tak hari ni boss ada meeting penting dengan Mr David. Berkenaan pembinaan resort dia dekat Pantai Timur tu,’’ ujar Aniz mengingatkan.
``Hah? Hari ni ke?’’ soal Hud. Tegak badan dia mendengar ujaran setiausahanya itu. Macam mana dia boleh lupa ni?
``Betul la bos. Semalam saya dah ingatkan boskan? Ni Mr David dah sampai. Dah lima belas minit dia tunggu bos. Nasib baik Encik Khaliq ada. Ini kalau bos besar tahu, habislah bos,’’ menceceh Aniz dihujung talian. Nasib baik big bos mereka ada urusan di luar negara.
``Haih, ini baru kali pertama saya lewat masuk kerjalah. Dahlah, suruh aje Khaliq layan dia. Saya siap kejap dan terus ke pejabat,’’ putus Hud. Sebaik talian dimatikan dia bangun ke bilik tanpa seurat benang.
Lynn menggeliat. Lenanya terganggu dengan suara perbualan lelaki itu. Dia menggosok matanya perlahan. Susuk tubuh Hud yang baru keluar dari bilik dengan hanya bertuala diperhati penuh minat.
``You…’’ meleret Lynn memanggil.
``Oh, jangan Lynn. I dah lewat nak masuk kerja. You pun I rasa lebih baik bersiap sekarang,’’ pantas Hud mencapai kemeja warna biru dari dalam almari. Tuala di campak atas katil. Seluar slack di sarung pantas. Sesekali matanya mengerling jam di dinding bilik.
``Lynn!!! Cepatlah siap! I nak kena keluar ni,’’ desak Hud lagi.
``Alaaa, biarlah I kat sini tunggu you balik kerja,’’ ujar Lynn masih bermalasan di atas katil.
``Oh, jangan buat gila! Bangun cepat. Atau you nak I heret you keluar dengan hanya berselimut begitu?’’ ugut Hud bercekak pinggang. Dia sudah lambat untuk mesyuarat dan dia tak ada mood nak bermanja sekarang ni.
``Huh! Mentang-mentanglah you dah dapat semalam. Nak campak I macam tu aje,’’ cemuh Lynn.
``Whatever! Cepat!’’ gesa Hud lagi.
Lynn mendengus. Dia kutip baju yang berselerak atas lantai lalu berlalu ke bilik air. Lima minit kemudian dia keluar tapi Hud sudah tiada di kamar itu. Beg tangan dicapai sebelum dia keluar ke ruang tamu.
``Okay, ni tambang teksi. I dah panggilkan teksi untuk you,’’ Hud menghulurkan beberapa keping not 50.
Buntang mata Lynn memandang Hud. What? Teksi! Dia ingat aku ni pelacur ke?
``Kenapa bukan you hantar I aje?’’ soal Lynn tak puas hati.
``Hello, bukankah I dah cakap I dah lewat ni. Syukurlah I bagi you duit tambang teksi tau,’’ sinis nada Hud. Dia sudah mula rasa jengkel dengan sikap perempuan ni.
``Tapi,’’
``Dah, keluar! I nak kunci pintu ni,’’ Hud tolak tubuh genit Lynn keluar dari dalam rumahnya.
Lynn mendengus. Dia jeling Hud seraya berlalu ke lif. Butang lif ditekan kasar. Semalam bukan main lagi lembut layananya. Dah dapat apa yang nak, buat layan tak layan aje. Dasar lelaki!
Hud butakan mata. Malas melayan sikap tidak puas hati Lynn. Lagi pun gadis itu bukan sesiapa pun dengan dia. Hanya persinggahan saja. Bak pepatah orang putih, one night stand! Tak lebih dari
itu.
No comments:
Post a Comment