KUSERU KAU PULANG

STOK TERHAD!
KUSERU KAU PULANG
HARGA RM25 SEM / RM28.00 SS
poslaju RM8 
SINOPSIS
SELIMUT yang menutupi jenazah Reena disingkap, sejenak Salimah terpegun menatap wajah itu yang langsung tidak ada kesan kecederaan itu. Mata jenazah sedikit terbuka, segera Salimah meraup wajah itu untuk menutupkan matanya yang sedikit terbuka itu. Selaku tetangga, sudah menjadi kebiasaan jiran-jiran membantu dalam urusan memandikan jenazah. Tambahan pula wanita itu seorang yang mempunyai latar belakang agama yang baik di kampung tersebut.

Terbaring di atas pelantar memandikan jenazah, seorang gadis pucat sedang melalui waktu-waktu terakhir jasadnya di muka bumi. Sebaik sahaja selesai memandikan jenazah, barulah Salimah sedar mata jenazah terbuka agak luas berbanding sebelumnya. Dia menghela nafas panjang. Belumpun sempat dia meraup mata jenazah agar kembali tertutup rapat, pinggangnya dicuit.
“Mah, kau tengok tu.” Bisik Melah di telinga wanita itu. Salimah mengangguk.
“Sudahlah, jangan kepoh. Nanti jadi fitnah pula.” Bisik Salimah pula. Hatinya tidak enak namun cepat-cepat pula meraup kembali wajah Reena supaya matanya kembali tertutup.
“Harap-harap tiada yang perasan.” Salimah bergumam, sekadar untuk didengari oleh telinganya sahaja. Jenazah itu di uruskan dengan sewajarnya sehinggalah urusan mengkafankannya.

“Mana-mana ahli keluarga yang nak tengok atau nak cium jenazah buat kali terakhir, bolehlah datang sebelum kami tutup.” Salimah tenang membuat pengumuman setelah urusan mengafan hampir selesai sepenuhnya. Sebaik sahaja berkata demikian, Salimah memandang kembali wajah jenazah Reena. Tiba-tiba jantungnya seakan terhenti... mata jenazah seakan terbuka sejenak, memandang ke arahnya sebelum kembali tertutup. Roma wanita itu mendadak mencanak. Dia menghela nafas lantas membacakan beberapa surah dan petua yang diketahuinya.
“MasyaAllah!” kata-kata keramat itu terlafaz agak kuat dari bibirnya. Melah memandangnya. 
“Kenapa Mah?” Soal rakannya yang lain. Salimah kelu untuk menjawab.
“Hmmm… aku terkejut sikit tadi. Nampak cicak dua ekor tu ha, takut diberaknya jenazah ni. Salimah berdalih. Namun Melah merenungnya dengan pandangan tajam.hati masing-masing tidak tenteram dengan apa yang berlaku.
Ibu Reena menjadi insan terakhir yang akan mengucup jasad anaknya sebelum dikafankan sepenuhnya. Wanita itu terpaksa dipapah kerana terlalu lemah kesedihan. Terketar-ketar dia menghampiri jenazah Reena...

“Baik-baik ye, jangan sampai air mata menitis ke atas jenazah.” Salimah cuba mengingatkan petua tersebut kepada wanita itu. Dia mengangguk, namun mata wanita itu tetap sarat bergenang. Usai mengucup anaknya, wanita itu bergegas beredar. Rawan hatinya tidak mampu ditahan. Salimah segera menghampiri jenazah untuk menutup bahagian mukanya.
Tatkala kain kafan dirapatkan untuk menutupi bahagian wajah jenazah, darah wanita itu tiba-tiba berderau. Terdapat titisan air bertakung di kelopak mata jenazah yang tertutup. Bulu mata jenazah Reena basah oleh air mata ibunya. Salimah menahan nafas, cepat-cepat pula dia mengelap mata jenazah lalu mengemaskan balutan kafan.

No comments:

Post a Comment