KOMBO OBSES LELEH

KOMBO OBSES LELEH
Pre order tutup 25/4. Print on demand sahaja.
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
Possessive
**
“Kita kahwin sayang.”

Harleen pandang wajah Khair tak berkelip. Dia renung lelaki itu lama.

“Kenapa tengok saya macam tu?”

“Awak serius ke ajak kahwin?”

“Saya ada pernah bergurau ke bab macam ni?”

“Awak tahu tak Khair dah berapa lama saya tunggu nak dengar awak cakap macam ni?”

Khair pula yang pandang wajah kekasihnya. Dia semakin jatuh cinta. Harleen senyum. Khair terharu.

“Terima kasih sayang. Hujung minggu ni saya hantar rombongan meminang ya.”

Harleen senyum dengan muka yang tahan tangis. Dia angguk beberapa kali.

“Sekarang kita pergi beli cincin.”

Harleen rasa dadanya lapang. Walaupun Khair agak panas baran, dia yakin dengan cinta yang ada antara mereka, dia akan hilangkan baran Khair perlahan-lahan. 

“Terima kasih awak.”

Khair geleng.

“Saya yang kena berterima kasih. Saya akan gila kot kalau awak reject.”

Khair berkata disusuli dengan gelak kecil. Harleen turut menyambut. 

“Banyak mana awak cintakan saya Khair?”

“Lebih banyak dari nafas yang pernah buat saya bernyawa.”

Harleen capai tangan Khair. 

“Halalkan saya secepat mungkin.”

Dia meminta. Khair genggam tangan Harleen penuh cinta.

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Zine - encik sado cik tomboy
**
“J”

“Apa?”

“Kasar la kau ni. Cuba berlembut sikit. Ini kan bakal suami kau. Karang aku naik segan pulak dengan perangai kau.”

“Kalau dah reti nak segan, jangan transfer hati aku ni masuk ke hati kau. Jadi cerita sedih je nanti.”

“Eh. Aku gurau je la.”

“Buat part time seminggu kat bakery aku baru aku maafkan gurauan kau tu.”

Izzat telan liur. Belum apa-apa dah jadi queen. Dia sengih.

“Kalau aku cakap tak nak kau nak cakap apa?”

“Nak kahwin kan? Cancel. Kau cari orang lain.”

Izzat muncungkan bibir. Dia dah kalah.

Pre order tutup 25/4. Print on demand sahaja.

No comments:

Post a Comment