‼️PROJEK EKSKLUSIF 5 FAMOUS WATTPADER: The Fatiha Huda, Hazel Nur, Zu (Peppermint Frappe), Drizellla & Cik Mardiah, kepada anda dengan tag PRINT ON DEMAND dan hanya SEKALI CETAKAN sahaja‼️
❤️DRIZELLLA (THE LONELY PRINCE CHARMING)❤️
Bibik Timah mengebilkan biji matanya. Menyampah! Semua orang di dalam Villa ini kenal sangat dengan perangai Tuan Muda Raiyan yang menjengkelkan.
“Kalau Tuan Muda tak nak makan dekat bawah, Bibik Timah boleh bawa makanan dekat sini. Asalkan Tuan Muda makan. Nanti perut masuk angin sebab lapar. Bibik Timah tak nak tanggung kalau Tuan Muda sakit.”
“Kau ni dah kenapa orang tua? Suka hati akulah. Perut aku bukan perut kau!” Bentak Raiyan lantas menutup pintu kamar.
“Kalau sakit perut nanti jangan cari Bibik Timah ya?” Bibik Timah segera menjelirkan lidahnya ke arah pintu kamar Raiyan. Dasar orang muda tak ada lubang telinga!
❤️Siti Zulaikha (BEST MISTAKE)❤️
“Tengok ni! Tengok ni!” Skrin telefon pintar miliknya dihalakan pada aku. “Aku terserempak Yusuf Uneven tadi! Depan lif!”
Eh? Yusuf?
Aku tatap skrin telefon Rin dalam dalam. Gambar swafoto Rin dengan seorang lelaki kacak itu aku perhati segenap sudut. Sah.. ini Yusuf yang aku jumpa tadi. Rin cuba kata yang Yusuf ni ahli kumpulan Uneven ke? Konsert yang aku pergi petang tadi, Yusuf ke yang menyanyi atas pentas?
Masa konsert tadi, aku memang tak ambil perhatian sangat dekat empat orang ahli Uneven atas pentas. Yalah, kenal pun tidak. Malas aku nak mendongak.
Nanti dulu. Kalau Yusuf ahli kumpulan Uneven, dan roomate dia suruh pulangkan kad aku.. maknanya bilik yang aku tersalah masuk tadi.. bilik Uneven?
“Kau tahu tak apa maksudnya? Uneven duduk hotel yang sama! Mesti bilik diorang sama aras dengan kita! Yelah, aku jumpa depan lif kot!” Sedang Rin melempiaskan perasaan terujanya, aku termenung seorang diri. Kedai mana yang ada jual batu nisan murah ya?
“Lea! Jom! Teman aku ketuk setiap pintu kat aras ni! Aku nak ambil gambar dengan Red pulak! Hariz! Noah sekali!” Tangan aku digoncang kuat oleh Rin.
“Bilik diorang bukan tingkat ni..”
“Hah? Mana kau tahu? Bukan kau yang jumpa Uneven pun. Lainlah aku.”
Shazrin Hana.. percayalah. Aku lebih tahu.
❤️Hazel Nur ( MY SAVIOUR )❤️
“Betul ni?” telus dia memandangku.
Aku menganggukkan kepala dan mengukir senyum.
“Tidurlah.”
Bila dia merebahkan badan secara mengiring, terus sahaja aku mengambil comforter dan membalut tubuh dia hingga ke paras dada.
“Pejam mata, awak akan lena selagi saya ada dekat sini”
❤️Cik Mardiah (MRS MATCHMACKER)❤️
“ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Zuyyin Adeeba bercakap,” telefon bimbitnya dikepit di antara bahu dan telinganya. Tangannya lincah menyentuh papan kekunci komputer ribanya, menaip sesuatu.
“Waalaikumussalam,” satu suara garau menerjah gegendang telinganya.
“Ya, boleh saya bantu?”
“You ni matchmaker yang famous tu ke?”
“Ya, saya. Encik nak guna khidmat saya untuk cari jodoh ke?”
“Yes.”
Zuyyin senyum. Another one customer! Goodluck bebeh!
“Okay. Nama encik siapa?”
“Zhafran. Emir Zhafran,”
“Okay Encik Emir...”
❤Fatiha Huda (TIHANI)❤️
“Uhuk!” Bagai mahu pecah kepalanya menahan. Telinga bengang dengan segala isi yang melalui tekaknya.
Seketika dirasa ada sesuatu yang bermain di kepalanya. Rambutnya terasa ditarik perlahan. Tak dapat memproses, sekali lagi muntah melonjak keluar dari mulut. Tangannya menggenggam kuat tepi mangkuk tandas. Kaki dari tadi sudah terjelopok di lantai tandas kecil itu.
Tihani memejam mata. Perutnya sudah kembali lega. Badan disandar ke dinding dengan mata masih lagi terkatup. Letih. Lemah. Malu! Siapa pulak yang berada di hadapan dia ini?
“Ma’am?” Sekali ditampar lembut pipinya, Tihani terus membuka mata. Bulat.
Otak tak dapat menerima signal dari anggota tubuh. Mata melihat berbeza dari yang sendi dan otot, rasa keseimbangan tubuh tak terkawal dan menyebabkan goncangan terasa.
Kelihatan seorang lelaki bercangkung di hadapannya sambil mata sibuk memerhati Tihani. “Bibir pucat. Peluh dingin.” Ibu jari lelaki itu mengelap peluh di dahi gadis itu. Tangannya pula memicit kaku Tihani yang memang sudah bersimpuh lemah di lantai. Senyum kecilnya terlepas. “ Awak mabuk ni.”
Tihani menolak perlahan tangan lelaki yang memicit pipinya itu. “Awak doktor ke?”
Lelaki itu melihatnya. Lama. Sebelum dia mengangkat bahu dan menjuih bibir. “Just a random read”. Dia tersenyum. “Nathan, Nathan Young. Saya duduk sebelah awak.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan.
PILIH:✔ Pos Laju - RM 66 SM / RM 68 SS
✔ Pos Flexi - RM 58 (Seluruh Malaysia)
Yang belum buat tempahan preorder, jom!
Wassap KOMBO EMO :
No comments:
Post a Comment