READY STOK TERHAD
RM40 SM/ RM45 SS
POSTAGE RM8 SM / RM13 SS
Sinopsis:
Mak Usu Tipah: Dia bimbang kalau keluarga Puan Safiah tak sukakan June. Dia takut June jadi anak dara tua. Dia tahu, di kampungnya, budak-budak lelaki memang takut dengan June. Ini saja caranya agar June berkahwin. Lalu diajaknya June buat photo shoot di studio gambar semata-mata nak dapatkan beberapa keping gambar June yang cantik!
June: Kalau ikut hati, dia memang tak mahu kahwin. Tapi sebab dia kasihankan ayah, maka diterima idea gila Mak Usu Tipah. Sanggup dia berlakon pakai kebaya merah yang dia tak pernah pakai semata-mata nak kaburkan keluarga Puan Safiah agar bersetuju menerimanya sebagai menantu.
Tajul : Dia seorang anak yang baik. Anak emak. Semua cakap emak, dia dengar. Sehinggalah emak menyuruhnya berkahwin dengan pilihan mereka. Tajul setuju, namun dengan syarat dia mahukan seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, pandai memasak dan pandai menguruskan hal rumah tangga sebagai isterinya. Tatkala terpandang sekeping gambar gadis berkebaya merah pemberian Puan Safiah, hatinya terus jatuh cinta. Angaunya melangit sehingga dia menerima calon pilihan ibubapanya.
Maka berkahwinlah Tajul Arif dan Junainah dengan gilang gemilang. Tapi, satu demi satu rahsia June terbongkar. Hari demi hari, June dilihat tak serupa yang Tajul bayangkan.
Gadis berkebaya merah rupanya tak pernah reti pakai kain!
Gadis berkebaya merah tak naik kereta, tapi rupanya ada motorsikal berkuasa tinggi bernama ‘Naruto’.
Gadis yang disangka selembut sutera rupanya asyik bersilat dan tak segan-segan panjat pokok rambutan.
Dan senarai itu bertambah dari hari ke hari…
Apa nak buat? Dah kahwin ni… Tajul sekarang dalam dilema! Rupa-rupanya dia berkahwin dengan tomboy!
Apa terjadi seterusnya?
ANDA WAJIB DAPATKAN NASKHAH INI UNTUK KETAHUI CERITA SEBENAR!
No comments:
Post a Comment